7 Projek Besar di Kelantan Ketibaan Perdana Menteri Malaysia ke negeri Kelantan Darul Naim semalam telah disambut oleh rakyat-jelata seramai 50,000 orang. Turut hadir adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Dalam ucapan PM, beliau telah mengumukan tujuh projek besar yang bakal dilaksankan oleh Barisan Nasional untuk memajukan negeri Kelantan. Antara projek yang dinyatakan beliau adalah : 1. Pembinaan Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu. 2. Pembinaan Stadium Kelantan baharu. 3. Membina perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit. 4. Pembinaan kampus banbar Universiti Teknologi Mara (UiTM). 5. Pembinaan masjid terbesar yang menjadi ikon negeri Kelantan. 6. Mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu. 7. Serta menyelesaikan masalah air Kelantan.