Posts

How To Be A Mountain Biker

Image
How To Be A Mountain Biker Selalu orang tanya best ker kayuh basikal? Secara jujurnya, perkara paling best masa kayuh basikal adalah turun bukit ajer.. selebihnya anda akan rasa nak campak bila tengah kayuh tang naik.. Tapi jika anda memikirkan itu berbasikal adalah salah satu sukan yang anda mampu buat, so sila jangan berhenti. Saya pun dah lama tak kayuh basikal sejak dapat baby, kena tunggu baby besor sikit so kita akan kayuh dengan basikal yang baru.. En. Adzli sila bersiap sedia, jangan jual lagi basikal anda yerr... Nak mula kayuh basikal tak perlu susah pun, beli aje laa basikal mengikut kemampuan masing2. Jangan ikut duit poket kawan pulak.. sesudahnya anda yang menanggung derita. Temapt nak kayuh basikal nih punya banyak di sekitar KL. Kalau anda jenis sukakan aweks disekeliling anda, anda boleh kayuh basikal disekitar Putrajaya. Kalau anda sukakan tempat berasap-asap, anda boleh kayuh di dalam KL. Kalau anda sukakan kawasan berair, anda kayuh basikal dalam sung...

Top Gear : Race The Stig

Image
Top Gear : Race The Stig Top Gear adalah sebuah rancangan hiburan automobil paling popular di Britain malah mungkin di dunia jugak memandangkan banyak saluran TV yang lain cuba meniru rancangan ini. Anda mungkin pernah menonton Top Gear dan jika anda tidak, anda bukanlah seorang manusia yang Awesome.  Baru-baru ini BBC telah melancarkan sebuah produk video game yang dinamakan Top Gear : Race The Stig dimana Stig menjadi ikon utama dalam video ini. Anda jangan takut bahawa muka-muka Jeremy Clarkson tidak akan muncul dalam video games ini. Secara jujurnya games ini pun macam meniru games yang lain cuma diubahsuaikan menjadi perlumbaan kereta. Anda perlu pilih mana-mana misi salah satunya anda akan menjadi transporter. Terdapat beberapa pilihan lain seperti sprint, arcade, collect point dan pelbagai lagi aksi menarik dalam Race The Stig. Selain itu juga, selepas selesai anda menghabiskan misi, anda akan diberikan award secret items. Difahamkan awards/points ini bole...

Malaysia Formula 1 2014

Image
Malaysia Formula 1 2014 Masih belum terlambat. Bermula pada minggu hadapan akan berlangsung sukan berprestij Formula 1 di Sepang Circuit. Grand Prix ini secara lebih details berlangsung pada 28 Mac hingga 30 Mac 2014. Tahun ini banyak rules baru yang diperkenalkan dalan sukan permotoran Formula 1 terutama pada bahagian enjin dan tyres. Pasukan pilihan Mercerdes AMG Petronas akan membuat satu event besar di KLCC malah juga membuat street demo dengan menggunakan kereta Formula 1. Harga tiket untuk datang tengok demo di KLCC adalah percuma. Untuk tengok Formula 1 Grand Prix di Sepang tiket bermula dari RM80.00 Hillstand sehingga RM1,770.00 Grandstand Diamond. Adalah dimaklumkan bahawa Grand Prix ini tidak seperti konsert music yang mampu membuatkan anda maut kerana menggunakan dadah, akan tetapi ianya akan mampu membuatkan telingan anda berdarah dan bernanah. Oleh kerana big event Formula 1 ini berlangsung, maka After Race Concert dan GRand PRix sememangnya berpisah tia...

Superman With a GoPro

Image
Superman With a GoPro Dude, GoPro camera memang Awesome pasal ianya memang Awesome! Muahahaha, tapi malangnya saya masih tidak mampu memiliki GoPro3.. Demmmm you! Thanks to bro Fariz Taman pasal dia yang sharelink video nih... Huhuhuhu... Nice to watch and nice to try dude! Enjoy!

Iklan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Image
Iklan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Okay, saya tak pasti ini adalah iklan rasmi SPAD atau tidak, tapi yang pastinya iklan ini sangat Awesome dan sangat boleh dipuji. Tahniah pada SPAD dan team member yang menghasilkan iklan animasi yang super cool. Ini barulah dinamakan iklan ikon era teknologi. Janganlah pula kita yang sedang sibuk berkata-kata bahawa Malaysia ini sebuah negara yang membangun tapi bila tengok video promosi Malaysia macam zaman 70-an aje... So malas nak ulas dengan panjang, people who work at Filem Negara should learn something about flash/animation. Kami rakyat Malaysia sudah boooosan dengan cara promosi anda. Guys.. jom tengok animasi dari SPAD, tak pasti sangat ini adalah iklan rasmi ker tak. Kalu tak rasmi pon.. janji superr awesome!

Kuala Lumpur Lapse Time

Image
Kuala Lumpur Lapse Time Pada awal tahun nih saya pernah upload satu post mengenai lapse time dari photographer Rob Whitworth. Jadi kali ini saya upload lagi satu lapse time Kuala Lumpur hasil kerja dari Nathan Kavumbura. Beliau telah mengambil gambar dan menjadikannya dalam versi lapse time hampir beberapa bulan. Hasilnya sangat awesome dan sepatutnya jurugambar kita pun patut menghasilkan video seperti ini. Source : youtube.com

Muhammad Nazril - 2 Bulan

Image
Muhammad Nazril - 2 Bulan Sememangnya makin lama makin malas plak nak update blog walapun input banyak gile.. Oleh kerana dah dapat baby nih, ianya menjadi satu alasan untuk update blog. Mintak maaf my prennn pasal blog kali nih pasal anak saya Muhammad Nazril. Hehehe kadang2 ader jugak orang anto dlm inbox share tempat makan best dengan tempat chill2 best. Malangnya saya pun xsempat nak melawat ke kedai yang anda cadangan. Buat masa skang lebih kerap pigi kedai beli pampers dengan baju anak ajo.... Anak ngam ngam hari nih dah cukup 2 bulan lepas kena injection. Mengelupur gegar satu klinik lepas kena inject. Minggu lepas juga sempat saya balik kampung untuk botakkan kepala Nazril.  Nama saya Muhammad Nazril, saya sudah botak!

Introducing - Muhammad Nazril bin Nazrul Akram

Image
Introducing - Muhammad Nazril bin Nazrul Akram Alhamdullilah diucapkan pada Ilahi dengan rahmat dan kurnianya menganugerahkan hadiah yang bermakna pada keluarga kami. Isteri saya Nurhayatie Zulkiflee telah selamat melahirkan anak pertama kami pada 4 Disember 2013 jam 2.00pagi iaitu seorang baby boy yang comel di hospital Ampang. Kesihatan ibu dan baby sangat cemerlang dan gemilang dan mengharapkan dipermudahkan segalanya akan tetapi pada hari kedua doktor mengesahkan anak saya mengalami hypoglycemia dimana kadar gula dalam darah sangat rendah senhingga mencecah bacaan 1.4 . Oleh itu Muhamaad Nazril terpaksa ditahan di wad NICU kerana glukos beliau tidak stabil walaupun sudah diberi susu ibu. Pelbagai perkara yang bermain dalam pemikiran saya dan juga ibu pada minggu pertama baby dilahirkan kerana macam-macam doktor menjalankan prosedur perubatan. Sapa yang sanggup nak tengok anak yang masih kecil dan baru kena cucuk sana, cucuk sini.... Allah telah membantu kami,...

Express Teppan-Yaki Mid Valley, Kuala Lumpur

Image
Express Teppan-Yaki Mid Valley, Kuala Lumpur Week-end minggu lalu pegi jalan-jalan di Mid Valley bawak wife yang sememangnya dah sarat. Nak berjalan-jalan katenye.. Honestly kami memang dah lama tak pigi Mid Valley terutama level atas skali tempat GSC tu. Agak awesome pasal tempat tu dah berubah terutama Food court tu dah berpindah pigi bahagian yang lain tapi masih di level yang sama. Dalam nak masuk food court tu ada satu kedai simple tapi awesome iaitu kedai Express Teppan-Yaki. Korang mesti dah tau Teppanyaki nih kedai macam mana kan. Kedai pon dah nama Jepun so memang kedai nih Japanese-Style bak kata hang! Dekorasi dengan main menu confirm ala-ala Jepun. Apa yang saya nak highlight dekat korang bahawa kedai nih memang stylo-milo beb. Walaupun kedai nih berkongsi kawasan dengan area food court. Tapi dorang masih dapat idea untuk menghasilkan sebuah restoran lain dari yang lain. Keadaan kedai yang bersih dan perfect sepatutnya Express Teppan-Yaki ini boleh membuk...

Cycling for Syria

Image
Cycling for Syria Tengah syiokk lepak minum kt TTDI, ternampak laa sorang budak (student gamaknya) tengah promote satu program berbasikal yang dianjurkan oleh Unisel Shah Alam. Huuumm tak puashati pasal punya pasal, saya pun try google... Rupe-rupenya Unisel memang menganjurkan satu proram berbasikal yang dinamakan Cycling for Syria. Program ini bertujuan untuk membuat charity hasil dari duit pembayaran/yuran penyertaan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa seagama dengan kita di Syria. Harapnya betullah apa yang dorang buat nih dan dapat disalurkan ke organisasi yang betul. Tapi yang pastinya acara ini bukanlah jamboree mountainbike, ianya lebih kepada santai dan bersuka ria atau dengan erti kata lain ianya sekadar mencuci mata.. muhahahah Program ini akan berlangsung pada 30 November 2013 di Unisel Shah Alam dengan bayaran yuran RM40.00 sahaja. Syarat penyertaan adalah anda mesti mempunyai basikal, beca masih boleh diterima.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...