Kembara ke Europe : Amsterdam City (Day 12)
Kembara ke Europe : Amsterdam City (Day 12) Hari ini adalah hari terakhir untuk pengembaraan di Eropah. Perjalanan memandu 5 Negara dan sejauh 4797km pasti tidak akan dilupakan. Alhamdulillah tiada halangan dan dugaan besar sepanjang perjalanan ini. The Chef menghabiskan kesemua stok makanan untuk sarapan awal pagi kami dan kami dapat rasakan sarapan pagi terakhir ini sangat bermakna. Walaupun hari terakhir ini, masih ada lagi tempat yang berbaki yang belum kami kunjungi. Menggunakan kad Amsterdam Travel Ticket, kami menuju ke Zaanse Schans yang terletak tidak jauh dari hotel. Mengambil train dari Zaandam Station dan menuju ke Zaandijk Zaanse Schans Station. Setelah menaiki beberapa kali train Sprinter Amsterdam, baru pertama kali tiket kami disemak oleh pegawai pemeriksa tiket. Tak perlu risau pasal kami dah beli 2 Days Travel Pass. Pegawai hanya mengucapkan Enjoy your Holiday sahaja. Sejuk Kalbu di Kincir Angin Tiba di Zaandijk Zaanse Scha...