Posts

Gunung Kinabalu, Sabah

Image
Gunung Kinabalu, Sabah Kalau dah boleh rentas negeri, pergilah ke Negeri Sabah melihat gunung Kinabalu. Ini kerana saya pasti jika anda melihat gunung ini, baru lah anda berasa betapa kerdilnya diri kita ini. Itu lah kekuasaan-Nya supaya kita sedar bahawa ego yang kita bawa ini hanya halus sahaja disisi Illahi. Gunung Kinabalu tingginya 4,095meter, manakala Gunung Everest pula 8,849meter. Sekali ganda tingginya. Bayangkan besar mana pula Everest. Memandu melalui Tuaran-Tamparuli-Kundasang, lihat sendiri dengan mata kasar anda "The Majestic Kinabalu". Adalah lebih bagus jika sampai di Kundasang seawal pagi untuk penampakkan puncak. Kalau ada rezeki. Biasanya seawal pagi ni tak mengecewakan. Dapat hirup kopi pagi² memang best. Lepas tu plan balik melalui Polumpung Melangkap, bypass Kota Belud pastu turun balik ke Kota Kinabalu. Kat situ ada view sawah padi berlatar belakang Gunug Kinabalu. Kalau pegi Pulau Manukan atau Mantanani, jika diizinkan, dapat tengok kemegahan gunung in...

Titik Paling Utara : North Pole 90ºN

Image
Titik Paling Utara : North Pole 90ºN  Kalau anda pemikiran Flat Earth, anda dilarang membaca artikel ini. Tahukah anda, dimanakah tempat paling utara di dunia ini? Masa kecik kita didedahkan dengan rumah Santa Claus iaitu di North Pole. Dimana North Pole? Apa ada di North Pole? Mari saya share dengan anda. Anda boleh pergi kesana dengan membawa wang yang agak banyak. Titik paling utara didunia adalah di North Pole 90ºN. Ianya tidak terletak pada mana-mana negara atau pun jajahan malah ianya bukan terletak di Perlis. Pada titik  North Pole 90ºN ini, tiada apa yang ada disini melainkan ais laut yang membeku dan kalau beruntung korang anda berjumpa dengan penguin, polar bear malah anjing laut. Ya Kutub Utara tidak seperti Kutub Selatan, ianya adalah ais laut yang membeku setebal 10kaki pada permukaan air dan boleh mencair menjadi pulau kecil pada bulan Jun Julai dan Ogos kerana suhu pada waktu ini adalah 0 Selsius. Suhu paling sejuk direkodkan adalah -30Selsius. Bagaimana untuk k...

Salam Aidilfitri 2021 - PKP 3.0

Image
Salam Aidilfitri 2021 - PKP 3.0 Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua umat Islam. Lebaran Aidilfitri pada tahun ini sekali lagi disambut tanpa sanak saudara di kampung.  Kali kedua rakyat Malaysia berhari raya didalam pandemik Covid-19 yang mana kerajaan telah mengumumkan PKP 3.0 seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.  Maka kita sebagai rakyat, harus bersyukur dan redha pada apa jua arahan atau keputusan kerana ianya melibatkan nyawa diri sendiri malah keluarga rapat terutama kepada ibubapa. Bersabarlah wahai saudara, semuanya hendak berjumpa keluarga, tetapi kesihatan juga perlu dititikberatkan juga. Saya upload entry ini sebagai tanda kenangan kelak yang mana kita pernah menyambut Hari Raya didalam situasi PKP sebanyak 2 kali. InsyAllah semoga Allah mempermudahkan segala mala-petaka ini agar kita dapat berhari raya yang sebenarnya bersama keluarga terchenta. Bersabarlah wahai saudara, semuanya hendak berjumpa keluarga, tetapi kesihatan juga perlu dititikberatkan juga....

Tim's Teapot Terrace, Taman Melawati

Image
 Tim's Teapot Terrace, Taman Melawati Taman Melawati sekarang tak macam dulu. Kalau dulu banyak gerai otai lama skang ni dibanjiri dengan kedai kopi pelbagai variasi. Sama ada korang nak ala hipstur, ala mamak, ala British mahu pun ala-santai. Kalau nak nak layan semua kedai kopi kat sini memang tak habis. Tambah plak nak masuk bulan Ramadhan ni. Saya datang lunch kat sini, pasal asik dok tengok Kak Wan Zarina pekena teh dengan kopi kat sini. Jadi eloklah kita mengorak langkah untuk mencuba kopi dengan masakan yang disediakan. Nama restoran ini adalah Tim's Teapot Terrace, terletak di Taman Melawati, nak cari parking bukan sesuatu yang mudah. Anda haruslah bersabar jika datang pada waktu lunch hour. Boleh set tetapan pada Google Maps dengan carian Tim's Teapot Terrace disini. Masa saya datang, macam pelik juga, kenapa tak ada signboard kedai? Ohhh rupanya saya masuk dari bahagian belakang kedai, ada pintu masuk jugak cuma signboard dia halus aje. Okay kedai ni memang menar...

Lego Time : Porsche 911 RSR

Image
 Lego Time : Porsche 911 RSR Standard waktu PKP tak ada buat apa kita kasi susun Lego. Kali ni kita pilih Lego Technic yang saya beli copy ori dalam Shopee harganya yang super duper murah dan kualiti yang baik! Lego ini adalah model Porsche 911 RSR yang mempunyai 1580 kepingan sehalus mungkin. Pasal untuk level Technic, perincian pada model yang dikeluarkan lebih terperinci dan kebanyakkan peminat Lego Technic ini terdiri daripada golongan dewasa. Kalau beli yang jenis lori atau kren, ianya boleh digerakkan malah boleh mengangkut barang. Saya tak nak peningkan kepala sangat, jadi saya pilih model Porsche 911 ini untuk model Technic pertama saya. Untuk pengetahuan korang, model ini agak details sampai steering rack dan engine piston boleh digerakkan. Ianya memerlukan ukuran tepat semasa memasang dan ianya bukan satu benda yang mudah dan remeh. Silap ukuran settting rack anda tak boleh pusing. Tak cukup gear, enjin korang tak jalan. Untuk pasang enjin saya kena repeat 2x pasal enjin ...

Merancang Trip & Itinerary (Brisbane ke Sydney Australia, 8 Hari 7 Malam)

Image
Merancang Trip & Itinerary (Brisbane ke Sydney Australia, 8 Hari 7 Malam) Di bumi Australia, anda dapat explorer begitu banyak road trip pada seluruh pelusuk negaranya. Dari Sydney ke Perth, Melbourne ke Goldcoast malah Darwin ke Adelaide semuanya boleh. Hanya memerlukan sedikit perancangan dan juga beberapa tips yang perlu anda ambil tahu terutama jika anda memilih untuk memandu. Baru ini saya ada share mengenai seorang artis British didalam programnya bersama Nat Geo People iaitu Griff's Great Australia Adventure. Beliau menaiki train dan kembara ke seluruh benua Australia ini. Sememangnya sangat menarik! Cuma kali ini saya hanya nak share bersama, Itinerary yang pernah saya rangka (draft) dalam impian saya untuk kembara dari Brisbane ke Goldcoast. Mari saya share apa yang perlu disenaraikan untuk draft Itinerary perjalanan anda. 1. Mana Nak Pergi? Set destinasi anda nak pergi. Turun dimana dan balik ke mana. Dalam rancangan ini, saya memilih untuk menaiki Singapore Airline ...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...