Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai Perak

Saya selalu juga datang ke Perak tapi jarang pulak nak upload kedai-kedai best di Perak. Kalau tak silap saya last saya upload adalah kedai Konda Kondi yang yang Awesome di Ipoh. Kebetulan saya singgah di Sungkai, rakan saya ajak lunch di restoran Nasi Bamboo Sungai Klah yang awesome!

Lokasi restoran ini terletak tidak jauh dari exit tol Sungkai dan mempunyai space parking yang besar dan selesa. Walaupun datang pada bukan waktu lunch dan hari bekerja, orang ramai macam rumah kenduri dah bro. Suasana seakan kedai Beriani Kambing 40 Hari kat Johor. Korang boleh google maps dengan carian Nasi Bamboo Sungai Klah

Uniknya restoran ini ianya mempuyai hidangan nasi yang dikukus dengan menggunakan buluh. Tak pernah la pulak saya makan nasi kukus dengan buluh. Memang macam zaman Hang Tuah punya da... lepas tu ianya juga dibungkus dengan daun apetah, besar giler.

Antara lauk yang disajikan antaranya kambing bakar, daging bakar, ikan bakar. Ikan bakar tu ada macam macam jenis dengan harganya sekali. Maka tak perlu risau kalau kena ketuk, depa dah letak harga siap-siap. Kalau tang lauk gulai tu ada macam macam jenis. Takut korang je plak rambang mata nak cedok lauk mana termasuk la segala ulam sayuran.

Orang cakap kalau datang pada hari Sabtu atau Ahad memang padat la restoran ni, dekat cermin kaunter tu macam-macam dah sticker club kereta la, kelab pekida la kelab setem dah sampai sini sebagai tanda kenangan. Korang pon boleh tampal sticker kelab sukan taman korang kalau nak.

Tak salah nak mencuba, walaupun restoran ni dah lama bertapak tapi agak awesome dengan nasi yang dikukus dengan buluh.

This is Awesome bro.









Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!