Posts

Showing posts from October, 2017

Kos Harga Sebuah Motosikal MotoGP

Image
Kos Harga Sebuah Motosikal MotoGP  Petang semalam berakhir sukan permotoran MotoGP, yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Andrea Dovizioso menjadi juara yang diikuti oleh Jorge Lorenzo pada tempat kedua. Satu kemenangan besar bagi pasukan Ducati kali ini.  Bagi anda yang mengunjungi ke Litar Sepang semalam pasti tidak mengecewakan, dan bagi peminat Rossi pon jangan kecewa. Encik Rossi patutnya dah boleh pencen dan tumpukan perhatian pada VR|46 Rider Academy sebagai tuan pengetua.  Sepanjang korang dok tengok MotoGP, tahukah kamu berapa harga cost sebuah MotoGP yang ditunggang oleh rider MotoGP? Harga motosikal saja ye bukan kos seluruh operasi pasukan yer?  Tak dinafikan dan mencatat rekod bahawa motosikal MotoGP adalah yang paling pantas di dunia , harga sebuah motosikal Motogp sekitar USD 2,000,000 atau bersamaan dengan RM 8.12juta! Mahal giler. Ini adalah harga motosikal sahaja dan belum termasuk harga penyelenggaraan serta kos operasi pasukan untuk satu mu

Lego Time : London Bus

Image
Lego Time : London Bus Tak pasti ianya trend atau hobby baru yang datang secara menyusul. Saya dah lama tengok produk Lego terutama ketika berjalan menghabiskan masa di IOI City Mall Putrajaya. Dalam tu terdapat sebuah Lego Store yang menjual produk-produk Lego baharu serta terdapatnya versi Lego Expert serta Lego Technic.  Penggunaan mahupun permainan Lego ini telah dibuat beberapa kategori dari peringkat anak kecil sehingga la tua pencen. Malah ada beberapa versi kategori Lego yang bersesuaian dengan peringkat umur. Level Expert adalah yang terbaik untuk umur 16-99 tahun. Dalam Lego Store tu ada terdapat beberapa display yang telah mereka bikin seperti London Bus, Sydney Opera serta Disney Castle. Harganya memang mampu membunuh wang gaji malah rasanya seperti tidak munasabah.  Hobby saya tidak mahal seperti abang-abang brader yang lain. Hanya sekadar hobby biasa untuk anak-anak sekali. Ada alternatif lain untuk mendapatkan Lego yang 99.99% sama dengan Lego ini. Maka

Itinerary ke Eropah Barat 12 Hari 10 Malam

Image
Itinerary ke Eropah Barat 12 Hari 10 Malam Beberapa minggu lalu saya membuat pengembaraan ke 5 negara Eropah, iaitu Netherlands - Belgium - Germany - Switzerland - Republic of Czech. Saya kembara dengan memandu kereta jenis wagon ke 5 negara ini sejauh 4797km selama 10 hari dan menginap di guesthouse dan hotel.  Seperti jangkaan anda, ramai tertanya-tanya berapakah total dan budget yang saya telah belanjakan untuk travel mengeliling Eropah Barat ini dan bagaimanakah saya membuat perancangan untuk memastikan kesemuanya berjalan secara lancar. Tips saya akan ceritakan didalam entry yang lain, entry ini hanya untuk itinerary saya dan budget yang telah dikeluarkan. Secara keseluruhan, terdapat 4 matawang yang saya perlu bawa iaitu Dirham (Dubai), Euro, Swiss France (Switzerland) dan Czech Koruna (Czech). Setiap matawang ini saya draft secara details dalam subjek itinerary saya untuk memastikan perbelanjaan under budget.  Harus diingatkan bahawa travel saya ini menggunakan kereta

Jalan - Jalan Ke KL Bird Park

Image
Jalan - Jalan Ke KL Bird Park Cuti Deepavali baru ni saya tidak meluangkan masa bersahaja di rumah. Sangat tidak produktif. Hahahaha... sememangnya hari untuk cuti umum, maka saya hanya melepak saja dan agak awesome juga pasal ayah saya (Sidi) mengajak cucu-cucunya untuk melawat KL Bird Park.  Yaaa rasanya last saya melawat KL Bird Park ni masa tahun 1996 ketika umur 12 tahun. Maka agak sesuai saya juga turut sama melibatkan diri dalam aktiviti berjalan-jalan di dalam KL Bird Park sambil menemani Sidi dan cucu-cucunya. Nazril pada ketika itu agak teruja pasal nak tengok bird. Tengok bird ajer yer bukan bebird! Tiket masuk dengan MyKad berharga RM27.00 untuk dewasa dan RM13.00 untuk kanak-kanak, masih murah berbanding negara Asean dan termasuk negara jiran kita. Itu adalah kata-kata pak menteri, bukan saya yang cakap. Seraya dengan pembelian tiket, saya juga membeli air mineral yang berharga RM4.00, paling murah dan kalau nak air berperisa harganya lebih kurang RM5.00 ke

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...