Jalan - Jalan Ke KL Bird Park

Jalan - Jalan Ke KL Bird Park

Cuti Deepavali baru ni saya tidak meluangkan masa bersahaja di rumah. Sangat tidak produktif. Hahahaha... sememangnya hari untuk cuti umum, maka saya hanya melepak saja dan agak awesome juga pasal ayah saya (Sidi) mengajak cucu-cucunya untuk melawat KL Bird Park. 

Yaaa rasanya last saya melawat KL Bird Park ni masa tahun 1996 ketika umur 12 tahun. Maka agak sesuai saya juga turut sama melibatkan diri dalam aktiviti berjalan-jalan di dalam KL Bird Park sambil menemani Sidi dan cucu-cucunya. Nazril pada ketika itu agak teruja pasal nak tengok bird. Tengok bird ajer yer bukan bebird!


Tiket masuk dengan MyKad berharga RM27.00 untuk dewasa dan RM13.00 untuk kanak-kanak, masih murah berbanding negara Asean dan termasuk negara jiran kita. Itu adalah kata-kata pak menteri, bukan saya yang cakap. Seraya dengan pembelian tiket, saya juga membeli air mineral yang berharga RM4.00, paling murah dan kalau nak air berperisa harganya lebih kurang RM5.00 ke RM6.00. Adalah sangat awesome dan indah sekali harganya.

Pada pintu masuk, seorang penjaga pintu memakaikan tag tiket pada lengan pengujung dan ucapkanlah sedikit terima kasih pada mereka. Jangan sesekali marah pada mereka yang hanya bekerja di waktu cuti umum dan sangup berkorban masa demi rezeki. Bagi korang yang sedang marah dengan harga tiket, gunakan saluran yang betul. Ingat tu!

Sebenarnya agak sempoi dan awesome juga bawak anak-anak datang ke sini. Sememangnya cuaca agak panas dan tidak berawan pada Rabu yang lalu akan tetapi bernasib baik sangkar burung yang besar ni mempunyai banyak pokok serta teduhan yang dibina oleh pengurusan yang tahu cuaca di Malaysia mampu mencecah 39 Celsius.




Anak-anak sememangnya teruja dengan penampakkan burung yang jinak datang sedekat manusia kerana meminta makanan. Ada beberapa slot makanan burung yang boleh kita beli dengan harga RM1.00 untuk satu cawan dan boleh memberi makan pada burung. Nazril dan Nazif sedikit takur bila burung merak menguakkan ekornya yang sangat cantik! Ada pelbagai jenis burung dan ketahuilah saya bukan seorang penggemar burung malah bukan seorang pencinta haiwan. Maka saya tidak tahu apa nama burung melainkan membaca pada kad informasi yang tertera. Maafkan saya... Kalau nak tahu sila beli tiket dan luangkan masa di KL Bid Park.




Walaupun panas terik, ada beberapa kedai minum yang disediakan tapi seperti yang saya cakapkan tadi, harga sebotol mineral adalah RM4.00 dan dari pintu masuk tadi, korang boleh aje bawak dari rumah, depa tak check pon. Nak bawak nasi goreng pon boleh tapi takut time makan kena rembat dengan burung kaler putih yang ape tah nama. untung-untung ada sambal putih jatuh dari langit. Sempoi bak hang!


Kat sini juga ada Bird Show. Sila semak masa pertunjukkan burung kakak tua yang cantik! Rezeki time saya datang memng show nak mula dah. Pandai betul depa dok training burung sampai burung kakak tua reti nak buat work-out dan main basketball. Untung jadi burung dapat makan free. Saya sebenarnya tabik pada manusia penjinak haiwan ni. Tak dapat pikir macammana ler depa sabar dok training burung. Time saya gi Tarongga Zoo di Sydney dulu saya tengok show anjing laut. Pon tak abis pikir lagi macammana ler anjing laut tu reti dan dengar cakap manusia.




Malas nak pikir banyak, hampir 2 jam saya lepak dalam KL Bird Park ni sampai nak berhingus dah hidung dek selsema malam tadi. Maka adalah lebih baik saya balik dan dalam perjalanan nak keluar tu, korang boleh singgah tempat Education serta Research mereka tentang burung. 

Boleh dikatakan banyak juga spesis burung di Malaysia dan banyak juga burung sesat yang mereka tangkap di sekitar KL dan Petaling jaya. Antara burung rare dan besar yang ada disini adalah Great Hornbill kebangaan Sarawak. Memang besar bro... burung helang tak de plak saya jumpa. Mungkin kena gi Zoo Negara kot. On the way tu ade World of Parrots dimana depa lepaskan burung kakaktua dalam sangkar yang korang bleh selfie secra free dengan burung-burung ni. Bagi parrots yang besar tu depa terpaksa asingkan mungkin kerana saiz yang besar dan boleh memberi ancaman pada manusia.




Sebelum keluar tu korang akan melalui kedai cenderahati KL Bird Park. Boleh la buat-but tengok nak beli apa sambil keringkan peluh yang lepas mendaki bukit. Penat beb! Sebelum tempat exit ni ada Hornbill cafe yang boleh lepak santai tengok view penuh sangkar burung KL ni. Dikatakan paling besar di Asia. 

Selesai lawatan tidak rasmi antara Sidi dan cucu-cucunya maka saya kena gi amik kereta nun jauh disana. Ahhaa nak bagitau parking kat KL Bird Park adalah percuma tapi sangat terhad. Tak ada rezeki parking sekitar KL Bird Park ini korang perlu parking kat Memorial Tun Razak, kalau tak ade jugak kena depan lagi dekat Muzium PDRM. Basah juga ketiak menapak amik kerata.

Overall, bagus juga bawa anak-anak ke KL Bird Park. Ok la lapik bawak jalan anak-anak lepas bali vacation. 

This is Awesome! 

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1