Iman Koey Teow Kerang, Alor Setar

Iman Koey Teow Kerang, Alor Setar 

Datang ke Kedah kalau nak berdiet sila abaikan niat anda tu. Saya tabik spring jika korang yang berjalan-jalan ke negeri ini tanpa membawa nafsu makan yang pelahap tu. Pasal sememangnya negeri Kedah memang banyak port makan best dan dulu saya pernah highlight 5 Tempat Makan best di negeri Kedah satu ketika dahulu.

Kali ini saya mahu share salah satu lagi tempat makan malam yang sempoi baq ang iaitu Restoran Iman Koey Teow Kerang yang terletak di Jalan Sultanah Bahiyah, kalau susah nak cari hangpa google maps saja dengan carian Iman Kuey Teow. Tak susah mana pon. Jangan malas sangat.

Kedai ini dibuka pada waktu petang sampai ke larut malam. Menu paling menarik adalah Keow Teow Kerang, didatangi dengan telur mata goyang atasnya. Kalau tanya saya, untuk perut lelaki one pack adalah lebih afdal order 2 pinggang supaya anda tidak menyesal kemudian hari. Sepinggang saya tak ingat berapa ringgit tapi agak sedikit saja bagi lelaki pemakan seperti kami.

Kalau datang pada waktu lepas magrib, agak susah juga nak dapatkan table. Kebiasaannya memang penuh tambah tambah pulak pada malam minggu dan hari cuti. Biasalah kedai glamour memang macam tu yer. 

Bagi korang yang terpaksa follow kawan tapi jenis tak makan koew teow kerang (takut kena gaut), korang boleh order satay ayam dengan brader tukang amik order. Satay ayam ni pon sempoi jugak tapi kalau order banyak tu memang lambat sikit nak sampai pasal orang yang bakar satay ni menumpang kedai dengan Restoran Iman.

Tapi menu paling hebat sememangnya keow teow kerang. Pendek kata jangan heran kalau ade abang brader order bertingkat-tingkat koew teow ni walaupun makan sorang. Silap tanya kena boh penampaq... baru ang tau!

This is Awesome baq ang...





Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam