Karuizawa, Nagano Japan

Karuizawa, Nagano Japan

Karuizawa adalah salah tempat terbaik pernah saya kunjungi di Tokyo Japan satu ketika dahulu. Berada di utara Tokyo dengan jarak sejauh hampir 175km jika memandu dari bandar Tokyo. Terdapat beberapa cara untuk ke destinasi ini iaitu dengan cara memandu, menaiki bas mahupun menaiki train. Menaiki train adalah pilihan terbaik malah anda akan dapat merasai pengalaman menaiki train kelajuan tinggi (high-speed train) yang dinamakan sebagai Shinkansen. 



Jika anda suka menikmati permandangan disepanjang jalan, korang boleh menyewa kereta di mana-mana bandar Tokyo dan terus memandu ke destinasi ini. Hanya tapping pada Google Maps dan teruskan pemanduan anda. Jangan risau, google maps di Jepun adalah pemetaan yang terbaik di dunia. Saya tak pasti pula kalau ingin menaiki bas, pasal saya merasakan menaiki bas untuk ke kawasan pendalaman seperti ini akan memakan masa lama dan mampu membuatkan jadual trave landa sedikit padat.

Untuk menaiki train, anda perlu memilik tiket JR Pass atau korang boleh membeli single-tiket yang pastinya harga dia seperti kena penampar sulung Jepun. Korang boleh merujuk jenis tiket yang korang kena beli di Tokyo untuk menjimatkan kocek anda disini. Memiliki Metro Pass ataupun JR Pass adalah sangat berharga kerana anda tidak lagi perlu risau dengan harga tiket perjalanan anda malah korang boleh naiki Shinkansen beberapa kali yang korang larat dalam tempoh dan jarak yang tertentu.

Saya tiba di Tokyo Station seawal jam 7pagi. Pada tika ini adalah hari bekerja dan menjadikan satu pengalaman yang pasti saya tak lupakan kerana meredah lautan manusia yang begitu ramai yang berlumba-lumba untuk ke tempat kerja. Sedikit silap percaturan. Tokyo Station adlaah station utama di Tokyo kerana kesemua Shinkansen akan berhenti disini. Hasil daripada maklumat Wiki, Tokyo Station menerima pengunjung sebanyak hampir 500,000orang dalam satu hari dan 3,000 keretapi akan berhenti mengikut jadual yang ditetapkan. Bagi saya, memang ramai giler beb, nak jalan pun susah. Bagi yang bawak anak kecil, sila rancang perjalanan anda supaya tidak bertembung pada waktu puncak mereka. Gile!



Berpandukan google maps, saya menunggu train pada waktu yang ditetapkan berserta platform yang betul. Sila guna google maps jika ke Jepun, kerana ianya sangat membantu dan berguna. Begitu canggih google ini mereka memberitahu waktu train akan berlepas serta pada platform berapakah korang patut tunggu. Ianya 99.99% tepat. Jika korang kuang yakin, korang boleh bertanyakan pada petugas mereka. Pastikan mereka faham pertuturan English korang. Sebab tu saya lebih suka bercakap dengan google kerana mereka tidak faham apa yang korang tanya.

Saya tidak perlu membeli tiket pasal saya dah ada JR Pass jenis Tokyo Wide Pass yang membenarkan saya menaiki Shinkansen selama 3 hari berturut-turut. Pass ini berharga 10,000Yen, terasa mahal tapi kalau korang beli single-tiket ke Karuizawa ini berharga RM220 satu hala. Belum kira train didalam bandar lagi. Jangan kamu ingat tiket train di Jepun macam harga naik Komuter yer bro... Setiap 1 station korang kena bayar hampir 120Yen. 1 Station ajer bro... kalau dah 20 Station? Maka beli saja pass ini, sangat jimat. Jangan kedekut kalau nak travel.

Perjalanan menaiki Shinkansen dari Tokyo ke Karuizawa memakan masa hanya 1jam 10minit sahaja dengan jarak 175km. Laju bro... Ketika sasaya di Tokyo, saya datang pada awal Winter dan sepanjang perjalanan menampakkan salji mulai turun meliputi bumbung rumah dan juga pokok. Sangat cantik.

Baca : Percutian saya ke Tokyo selama 4hari

Tiba di Station Karuizawa anda perlu pantas, sebelum tiba condutor akan mengumumkan ketibaan pada setiap station supaya penumpang bersiap sedia untuk turun. Ini kerana train Shinkansen tidak menunggu kamu untuk keluar dari gerabak. Mereka hanya berhenti selama 1minit sahja untuk setipa station dan terus menuju ke destinasi lain untuk mengelakkan kelewatan masa. Jadi, jika korang banyak barang dan bawak stroller tu, bila dah depa announce nak tiba di station boleh la siap-siap bangun dan berdiri di pintu gerabak. Kalau lambat pintu tutup, terus jalan, dan say bye bye! 

Keluar sahaja dari station korang akan dapat melihat sebuah permandangan yang sangat indah. Mengapa saya datang ke sini? Kerana disini terdapat sebuah outlet macam JPO Johor yang dipanggil Prince Shopping Plaza dan juga terdapat sebuah Karuizawa Ski Resort. Kalau korang datang awal Winter, korang dapat main salji secara percuma kalau setakat nak berguling-guling tu. Kalau nak layan ski kenalah bayar bro.




Menuruni dari station, korang terus memasuki kawasan shopping outlet ini. Kawasan ini sangat tenang dan sunyi sepi walaupun ada beberapa pengunjung. Kiri dan kanan terdapat salji tebal dan dari jauh boleh nampak pergunungan salji yang cantik. 

Kalau korang jenis kaki shopping, disini adalah salah satu destinasi untuk habiskan duit anda selepas Outlet Gotemba. Nike dan Adidas sangat besar dan harga kasut memang murah giler beb. Gucci, Coach semua ada, tapi saya tak mampu nak beli... hanya mampu tengok jer. Tapi saya ada tengok jugak beberapa kedai perfume, harga perfume macam lebih kurang ajer dengan harga duty free di Malaysia walapun terdapat diskaun untuk pelancong asing. Ahha... datang sini mesti kena bawak passport, korang akan dapat lebih diskaun jika pembelian dengan menunjukkan passport asing.




Kalau penat, korang boleh lepak minum di Starbuck ataupun Delifrance. Boleh pekena kopi sambil cicah roti kosong. Lagi menarik, kat sini ada silent room dimana boleh solat. Silent room ini berhampiran dengan Delifrance dan sebelah silent room ada bilik kaca untuk playground anak-anak. Kerajaan Jepun sekarang dah mengalu-alukan kedatangan pelancong asing, malah mereka sedaya upaya untuk memperbanyakkan restoran halal serta bilik atau surau untuk pelancong muslim bersolat. Jadi kita sebagai pelancong kena hargai usaha mereka dengan menjaga kemudahan yang diberikan. Jangan tunjuk adab kampung korang yang tak berapa senonoh tu macam kejadian 3 ekor beruk Osaka.

Berbalik kepada cerita asal, selepas lepak santai di Starbuck pekana kopi memanaskan badan, kami berjalan kaki menuju ke Karuizawa Ski Resort. Resort yang sempoi ini terletak bersebelahan dengan Prince Shoppping Plaza aje. Laluan jalan kaki disediakan dengan melintasi anak sungai yang membeku. 

Korang akan melalui kawasan chalet cabin resort yang sunyi sepi, tapi ada kelibat manusia tengah lepak kat balkoni. Salji agak tebal disini sehinggakan kereta tidak dibenarkan masuk kekawasan laluan jalan raya. Oleh kerana berada dikawasan resort, anda tidak dibenarkan membuat bising serta bermain salji berguling-guling disekitar kawasan ini. 



Jalan sikit ikut papan tanda korang dah nampak sebuah bukit tinggi dan cable car untuk peluncur salji. Jadi kat sinilah tempatnya untuk korang bermain salji berguling guling sambil makan ais kacang. Walaupun permulaan winter, salji agak tebal dan pemakaian saya sedikit tidak sesuai. Kasut yang tidak kalis air menyebabkan mudah debu debu salji memasuki celahan kasut yang menyebabkan kaki anda mudah sejuk dan basah. Suhu di Karuizawa ketika itu adalah 0 Celcius.

Sememangnya saya tidak lepak lama sangat di kawasan Ski Resort ini melainkan bergambar sahaja. Lesson learn, sediakan pemakaian yang sesuai untuk kekawasan pendalaman serta kelengkapan yang cukup dan tepat. Kasut dah mula basah, jadi saya berangkat pulang kembali ke Prince Shopping Plaza sebelum bunyi kasuh yang melepet. 





Ahaaaa, satu lagi tips. Kalau korang menaiki Shinkansen, korang perlu tengok masa berlepas dan masa ketibaan kereta api tersebut. Shinkansen adalah sistem keretapi paling tepat didunia dan purata kelewatanya adalah 30 saat sahaja. Oleh kerana shikansen adalah train jarak jauh, maka duration train mereka memang lama, ada sesetengahnya 30minit dan ada juga 1 jam. Jadi semak jadual ketibaan train untuk mengelakkan kerugian masa. Lesson learn sekali lagi. Semak jadual didalam google maps dan patuhi masa mereka. Tiba seawal 10minit sebelum train tiba atau laraskan jam anda mengikut jam di station. Paling tidak korang masih ada masa untuk berfoya-foya di Prince Plaza Shopping.



Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, dengan adanya JR Pass, korang tidak lagi perlu membeli tiket train, hanya tunjuk JR Pass dan anda boleh lalu dengan mendabik dada. Untuk JR Pass, kamu dibenarkan menaiki Shinkansen di gerabak non-reserved seat. Tak silap saya ada 4 gerabak tersebut.

Perjalanan menaiki Shinkansen balik ke bandar Tokyo mengambil masa lebih kurang 1jam, rehat dan tidur adalah aktiviti terbaik didalam train selain melihat permandangan diluar. Tiba di Station Tokyo agak berbeza kerana kesesakan orang ramai yang sememangnya padat. Kalau di Karuizawa tadi tenang-tenang aje.

Seperti korang tahu, Tokyo sememangnya padat. Cuba masukkan itinerary korang untuk ke kawasan pendalaman mereka untuk menikmati kehidupan kampung negara Jepun. Indah dan terbaik bro.

This is Awesome bro.  

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam