10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Negara Jepun

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke Negara Jepun

Sebenarnya untuk travel ke negara Jepun tidak susah mana pun asalkan kita membuat sedikit perancangan atau penyelidikan mengenai cara nak naik train pada platform tertentu. Masa saya menjejak kaki di korea ternyata sistem public transport mereka sememangnya power dan kompleks, tapi bila jejak di Jepun, public transport di lagi power pasal dibawah tanah tu ada 4 - 5 interchange dah mampu membuatkan anda sesak terus tak jumpa platform. 

Sama juga seperti menyewa Guesthouse, ianya mengharapkan anda mencara sendiri jalan untuk ke rumah tersebut dan jarang sangat tuan rumah menyambut ketibaan anda. Anda memerlukan survival skill untuk kesana kemari apabila datang ke negara seperti ini.

Walaubagaimanapun, entry ini bukan saya nak cerita mengenai Tip survival skill di Jepun tetapi lebih kepada perkara - perkara yang perlu kita ambil tahu apabila dinegara ini. Malah adalah menjadi tanggungjawab anda jika ke negara orang, anda perlu menunjukkan budaya dan akhlak yang baik supaya mereka tidak memandang rendah pada rakyat Malaysia.



1. Tidak Merokok di Kawasan Public.

Merokok ditempat public mana-mana negara pun tak membenarkannya malah hisap rokok dalam kedai pun Malaysia tak bagi apatah lagi di negara dunia pertama. 

Di Tokyo atau di Jepun, hisap rokok depan rumah juga tidak dibenarkan pada kawasan kawasan tertumpu, jadi kalau nak hisap juga korang boleh hisap dalam partition yang mereka sediakan. Port hisap rokok ni macam tempat bus stop aje. 

Jangan hisap rokok secara terbuka di kawasan orang ramai, nanti kena saman sia-sia sahaja. Malah lebih baik jangan merokok, merokok membahayakan kesihatan.



2. Cara Membayar Tunai dan Menerima Baki.

Kalau membeli belah di kedai 7 Eleven, Family Mart, Lawson, korang akan perasan satu tray kecik di sebelah cash register. Tray itu dinamakan change tray. Jika korang bayar duit secara hulur tangan cashier, biasanya cashier akan letak je duit tu pada change tray. Adap kita macam kurang laaa sikit pasal tak hulur tangan ke tangan, tapi bagi mereka itu cara di Jepun. 

Kalau bayar pakai debit/kredit card pun sama seperti pembayaran cash, lepas masuk pin number dorang akan letak kad dan resit pada change tray tersebut.

Jadi jangan rasa pelik atau terguris hati kerana ini adat mereka memulangkan wang baki dan resit.

Dorang panggil kedai runcit adalah Konbini.



3. Tidak Menerima Sebarang Tips.

Tip tidak diterima di Jepun kerana jika anda memberi tip ianya dianggap seperti biadap. Walaupun anda rapat atau kenal pekerja tersebut, lebih baik anda belanja mereka sahaja daripada memberikan wang tip. 

Jangan cuba selit duit dibawah pinggang atau gelas sebagai tip, nanti pelayan atau pekerja kedai terguris hati pulak. Lebih baik memberikan hadiah jika anda mahu menghargainya. Kalau nak bagi jugak, simpan dan bagi kepada saya saja.



4. Ketepatan Masa (Check-in & Check-out).

Masa bagi orang Jepun sangat sangat sangat punctual. Tiada istilah janji Melayu, janji Cina mahupun janji India. Bagi dorang, ukuran jam adalah masa yang sebenar. tiada rundingan kurang 5minit lebih limit. 

Kalau anda berurusan dengan orang disana, cuba amalkan tiba  10 minit lebih awal. Jangan buat mereka menunggu terutama jika korang berjanji dengan tuan rumah untuk check-in guesthouse. 10 minit mereka itu sangat berharga. Kalau jangkaan lewat, nyatakan lebih awal kelewatan anda semasa check-in.

Sama juga check-in dan check-out hotel. Kebanyakkan hotel waktu check-in adalah jam 2:00petang, jika anda sampai jam 1:45pm, mereka akan tetap menyuruh anda menunggu sehingga jam 2:00pm walaupun bilik tersebut telah sedia. Jika terlebih masa ketika check-out, siap sedia anda dikenakan charge. Tiada negotiation atau rundingan damai bila sembang pasal masa di Jepun ni. 



5. Beratur dan Terus Beratur.

Di Malaysia pun beratur jugak, apa nak dihairankan. Cuma di Jepun beratur dia ni dah macam traffic jam di jalan raya. Kalau nak naik tangga atau escalator, semua berdiri di sebelah kiri dan jika anda mahu cepat, sila potong pada laluan kanan.

Menaiki train pun dorang beratur walaupun  station tu tak berapa nak ada orang. Mereka mengamalkan sistem siapa sampai dulu, dia berhak untuk menaiki train terlebih dahulu. Jangan buat ralat terus masuk dalam gerabak lepas tu buat muka kesian.

Sama juga ketika membeli barangan di kedai runcit atau gerai-gerai yang kecil. Korang tak boleh nak potong queue walapun anda membeli hanya satu barang sahaja. 



6. Penempahan Tiket Online.

Jika anda gemar memasuki taman tema, muzium atau mana-mana attraction park, saya cadangkan anda membeli tiket-tiket tersebut secara online. Ini kerana orang yang datang ke Jepun bukan sikit bang, dia punya ramai dalam Tokyo tu sahaja dah macam 1 Malaysia punya penduduk. Belum kira tourist lagi yang datang.

Jadi, kalau ke Disneyland / Disneysea / Universal Studio / Legoland, eloklah beli tiket online dan kalau ada duit lebih boleh beli express pass. Ada yang pernah pergi ke US Osaka, beratur nak naik ride saja pun dah 1jam lebih, belom yang lain-lain lagi. Kalau Disneyland tu nak naik roller coaster Mickey pun dah 45minit. Punya laa ramai manusia dalam tu kan.

Kadang kala, beli tiket online ni korang akan dapat lebih diskaun berbanding walk-in. Cuba check dalam Klook ke, Traveloka ke atau website theme park tu sendiri. Saya suka beli guna Klook, nanti  akan dapat point dan point tu boleh redeem untuk next purchase. Nice!



7. Tempat solat dan Wuduk

Bilik solat agak mudah untuk didapati di Jepun kerana pihak kerajaan Jepun telah mengalu-alukan pelancong beragama Islam untuk datang ke negaranya. Banyak kerjasama Halal / Muslim yang telah mereka patuhi dan sertai. 

Jadi, tiada alasan kamu untuk tidak solat atas alasan susah untuk mendapatkan ruang solat atau wuduk. Buka saja google maps dan cari carian Mosque atau Prayer Room / Silent Room. Ada berpuluh tempat ruang solat yang disediakan untuk orang Muslim menunaikan solat. 

Kalau di station train yang besar, kebanyakkan mereka menyediakan bilik solat ini beserta tempat wuduk termasuk juga taman tema Disneyland / Universal Studio. Di Karuizawa Prince Plaza Outlet juga ada menyedia tempat solat.

Ada sesetengah tempat bilik solat tidak disediakan tempat wuduk, jadi bawalah botol air atau spray, korang boleh berwuduk didalam tandas atau tepi jalan saja. No problem. Elok juga sejadah nipis untuk kegunaan sendiri.



8. Mencari Kedai Makan Halal

Ini adalah paling senang. Soalan yang selalu ditanyakan senang ke nak makan kat sana? Ada ke kedai halal? Bang... kedai halal di Jepun bersepah-sepah ada, cuba guna teknologi yang ada tu jangan asik tengok facebook aje. 

Bukak google map dan search Halal. Beratus restoran halal di Tokyo sahaja, apa yang penting - sediakan sahaja wangnya... Hahahaha. 

Makanan halal paling murah bermula 600yen iaitu kebab nasi/roti di Ueno. Sana ada banyak kedai halal orang Turkey dan Indonesia dan pastinya halal. Kalau nak makan masakan Malaysia pun ada cuma jauh dan mahal aje. Kalau nak jimat memasak di rumah dan bawa bekal.

Semasa entry ini ditulis, harga 100yen = RM3.98, jadi kalau roti kebab tu harganya 650yen, ianya bersamaan dengan RM25.00. Hehehe itu adalah harga roti kebab paling murah saya jumpa. Kalau nak makan nasi curry jepun, ramen halal lebih kurang 1000yen.



9. No English - Japanlish

Di Jepun English tak digunakan secara meluas pun lagi walaupun sekolah mereka telah mula memasukkan subject English. Ini kerana mereka lebih meng-agungkan bahasa ibunda mereka daripada English. English adalah bahasa optional dan sekunder dimana untuk komunikasi dengan orang luar sahaja. 

Tetapi, kebanyakkan public transport, tempat awam mempunyai Bahasa Ingeris untuk kemudahan pelancong yang tidak tahu tulisan Kanji. Bahasa Jepun kalau ditukarkan kepada tulisan rumi, ianya senang untuk difahami dan dituturkan. Contohnya, Balai Polis = Koban, Convenience Store = Konbini, Restaurant = Inshokuten.

Tips saya, jika anda nak bertanya sesuatu tempat, saya lebih gemar masuk ke Starbuck atau Hard Rock. Rata-rata barista atau pelayan agak mahir berbahasa Ingeris. Kadangkala, penjual tiket train juga boleh berbahasa Ingeris yang mudah. 

Lebih senang, download saja Google Translator, lepas tu download Japan Language. Kalau korang ada internet, google translate tu boleh translate terus kepada anda dengan suara sekali. Mudah bukan?



10. Public Transport

Ini adalah perkara paling penting yang korang kena fahami. Saya letak pada last tips kerana ianya memerlukan skill dan kecekapan untuk memahami sistem keretapi api di Tokyo. Yaaa saya cerita di Tokyo saja pasal kalau di Osaka, entry ni akan jadi panjang jela. 

Di Tokyo sistem train dia sangat besar dan meluas. Daripada, shinkansen (Bullet Train), Metro, Subway, Monorel semuanya menggunakan sistem yang sama. Kalau station-station besar seperti Shinjuku, Akibahara, Ueno, ianya sangat besar dan mempunyai beberapa tingkat bawah tanah untuk interchange laluan keretapi yang lain.

Station utama mereka adalah Tokyo Station. Bawah tanah ni ada kompleks beli-belah dan mempunyai 6 tingakt bawah tanah untuk laluan Subway, JR Train dan Shinkansen. Kalau turun escalator tu, punya dalam kita turun kebawah. Sememangnya bertingkat-tingkat.

Jadi, untuk mengelakkan pening nak cari platform atau laluan train mana senang sahaja. Bukak Google Maps, set tetapa nak pergi mana, nanti maps tu bagitahu train mana nak naik dan platform mana korang kena pergi. 

Fisrt, cari laluan train dulu samada Yamanote ke, Chou Line ke, Ginza Line ke... ada berpuluh-puluh line bro, lepas jumpa line baru tengok platform. Kalau korang suka naik train korang akan mudah memahami macammana nak cari laluan train tu.

Kalau naik Shinkansen, korang tak boleh main redah naik pada gerabak tertentu pasal, setiap gerabak adalah berlainan. Ada First Class, Green Class, Reserve Seat dengan Free Seating. Biasanya kalau beli JR Pass tu, korang boleh naik shinkansen anytime aje tapi korang takde access untuk naik semua class. JR Pass hanya untuk free seating sahaja. 

Jadi kena cari gerabak train korang yang free seating tu. Biasanya ada 2-3 gerabak untuk free seating. Jangan rembat seat orang pasal dorang bayar untuk seat tersebut. Biasanya akan ada lampu LED yang mengatakan seat ini telah booking. Kalau ade orang cuit-cuit pastu tunjuk seat yang korang duduk, korang wajib bangun. Dia mungkin tak pandai english nak bagitahu, maka korang kena bangun pasal tu seat dia yang korang duduk. 

Saya pernah cerita di Japan mempunyai beberapa pilihan pass untuk menjimatkan kocek anda. Anda boleh membaca entry pass train tu disini



Itu sahaja perkara yang saya boleh share untuk anda bila nak pergi ke Negara Jepun ni.

Maka, mindset anda kena ubah, bila datang ke Jepun ni sememangnya padat dan padu. Pergerakkan orang pun pantas dan walaupun Jepun negara yang selamat, tapi kita harus sentiasa berwaspada  tambah tambah lagi jika bawa anak kecil. 

Tajamkan mata anda untuk memerhatikan mereka supaya tidak menaiki train atau terlepas didalam train. Kalau yang aktif, jangan malu untuk pakaikan tali pada tangan anda, ramai aja yang buat kat sana supaya anak-anak tak ikut orang lain naik train.

This is Awesome bro...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam