Hotel Review : Legoland Hotel Resort, Malaysia

Hotel Review : Legoland Hotel Resort, Malaysia

Disclaimer : This is not paid review

Masa bulan 7 baru ni, saya dapat grab booking Agoda untuk hotel Legolad dengan harga yang tersangat mampu milik. Kalau korang tahu, hotel Legoland sebelum Pandemik Convid-19 dah mencecah lebih daripada seribu ringgit... yaa betul lebih daripada RM1000+. 

Kenapa boleh cecah seribu ringgit? Manalaa saya tahu dan mungkin pasal best theme hotel in the world selepas Disneyland Resort Hotel. Tapi masa bulan 7 baru ni, Legoland Hotel buat diskaun kaw-kaw sehingga 70% untuk menarik balik pengunjung setelah PKP. 

Jadi dengan nasib yang ada, saya dapat booking hotel Legoland berharga RM350 untuk 1 malam yang kebetulan masa tu adalah cuti sekolah Awal Muharram. Tapi kalau korang rajin tengok-tengok dalam Agoda atau Traveloka, masih lagi dapat harga RM500 jika hujung minggu dan RM430 pada hari bekerja. Tak percaya? Boleh roger saya untuk booking. FOC sahaja tapi kena full payment. Tiada ansuran ye!


Berbaloi ke duduk Legoland Hotel harga merapu-rapu ni? Jawapan saya adalah sangat berbaloi kerana :

1. World Standard Theme Hotel.
2. Fully function for your kids. Boleh kata kids friendly.
3. Bilik luas yang boleh muatkan 2 dewasa dan 3 kanak-kanak (Dalam bilik ada 1King dan 1katil double decker).
4. Ada playground indoor free untuk anak-anak.
5. FYI, Legoland Hotel hanya ada 6 sahaja di dunia iaitu di Malaysia, Japan, USA (2), Germany dan UK. Themepark dan Discovery Center ada banyak, hotel hanya ada 6 sahaja.  

Waktu ketibaan tu korang boleh drop beg pada doorman dan mereka akan register beg korang dengan meletakkan sticker macam luggage tag nak naik flight. Waktu check-in sememangnya jam 3 petang. Jadi kalau sampai awal tu boleh ler masuk theme park dulu ke, waterpark ke atau SeaLife. 

Masa saya pergi tu, hotle dikatakan almost full house pasal gabungan cuti public dan cuti sekolah. Tapi Alhamdulillah hotel berjaya menguruskan crowded dengan cara yang baik, so tempoh menunggu untuk check-in pada waktu peak (3:30pm) hanya mengambil masa 20minit sahaja.

Di kawasan kaunter checkin ada 2 playground ala-ala pirates dan castle, jadi boleh lepaskan anak-anak bermain tanpa kebosanan menunggu parent nak checkin. Kawasan lobby ini juga ada 2 kedai LegoShop. Bahaya betul, memang tricky lalu lobby ni takut kena paw. 



Dah settle proses checkin, ayuh terus masuk ke bilik untuk rehat dan solat. Kawasan lobby ni memang teratur dan bersih. Tapi disebabkan Covid-19, kesemua kepingan lego pada tiang hotel dan playground tu tidak disediakan atas faktor keselamatan pengunjung hotel. Sebelum ni dorang tuang je kepingan Lego tu bagi budak main sepuasnya.



Lif hotel memang menarik. Dah macam disko plak dalam lif pasal dorang pasang lagu Lego dengan lampu disko floor. Mostly budak-budak masuk mesti berjoget-joget. Hahaha...

Masa saya booking dalam Agoda tu, saya pilih Theme Adventure Room. Adventure Room ni dia bertemakan Explorer ala-ala Eygpt. Ada 3 pilihan yang boleh dipilih iaitu, Adventure, Pirates atau Kingdom. Setiap tema ini mempunyai floor yang berlainan. Pirates tingkat 1, Adventure tingkat 2 dan Kingdom tingkat 3. Lain-lain floor adalah jenis Premium Theme Room yang harga lepas diskaun pun cecah RM900, kalau bukan diskaun pergi RM1,800. 


Masuk je bilik sememangnya awesome! Bilik bertemakan Lego. Bohonglah kalau anda sebagai parent tak teruja, sedangkan saya bawa mama dan ayah saya pun dorang rasa kagum, inikan pulak anak-anak? Dalam setiap bilik ni akan ada 1 katil king size dan 1 bunkbed. Kedua-dua katil ini dipisahkan seolah macam bilik yang berlainan. 



Katil bunk bed ni boleh muatkan 3 orang, bawah katil tu boleh tarik dan ada lagi tilam. Saya bagi mama dan abah saya tidur kat king size dan kami 3 beranak ni duduk di bunkbed macam asrama. Setiap seperate room ni ada TV dorang sendiri dan 1 tandas. Tandas tak ada bathtub melainkan korang amik bilik Premium Suite.



Keseluruhan lantai bilik ni adalah karpet yang mempunyai corak Adventure Theme dan dinding pun mereka hiaskan seolah korang betul-betul ada dalam Piramid. Pihak Legoland tidak membiarkan sedikitpun ruang menjadi kosong termasuk ler tandas tu. Malah ada 3-4 buat hiasan Lego dalam bilik. Korang tak boleh cabut pun pasal dorang dah lekat siap-siap. Tapi kalau korang sengaja pecahkan korang kena ganti balik yaww!

Paling best, setiap hotel ni mereka dah sediakan treasure hunt, ada gift dalam chest box setiap bilik yang korang booking. Hanya perlu jawab soalan dalam teka-teki yang diberikan, korang akan dapat membuka chest box tu. 


Bila dah dapat buka chest box tu, ada 2 Lego Gift Ninja Go dan Lego Movie diberikan, bukan seronok ler si Nazril dapat benda tu.  Terus pasang ler jawabnya. Terbaik laa hospitality Legoland.




Untuk amenities macam kopi dan tea, bukan sekadar nescafe atau lipton je. Kali ni dorang sediakan 4 botol mineral, 4 jenis teh raintree pelbagai rasa, 2 nescafe dan 2 vico. Agak berbeza dengan hotel yang lain. 



Kalau bukak TV, pihak hotel ada greeting welcome yang tertulis nama korang pada homepage TV tersebut. Tapi bukan itu yang saya nak cakap, TV dorang ni memang smart pada jenis interactive TV yang mana korang boleh order room service, tengok cuaca di Legoland, kawasan tempat menarik di JB dan juga event schedule dalam hotel tu.


Pasal tertengok schedule event dalam TV tu, pada belah malam ada Ninja Go show. kat area Lobby. So siap-siap solat terus dan turun kat lobby jam 8:20pm. Dah ramai budak-budak bersila tunggu event show kat area stage tu. 

Pihak hotel akan memastikan anak-anak kena duduk 1 family dan dibuat jarak dalam bentuk bulatan. Kalau tak nak duduk boleh je free standing tengok show 30minit. Ala dorang buat lakonan pastu ada la maskot Ninja Go end the of the show. Just nice!



Lepas kuar makan dinner area Gelang Patah, kami layan facility dalam hotel ni. Malangnya saya tak pergi ke swimming pool dia, sorry guys. Difahamkan, swimming pool dibuka tapi diterhad seramai 20 orang sahaja untuk tempoh 20minit. 

Sekitar lobby ni, ada tempat untuk geng-geng Master Building Expert, tapi ditutup pasal dah malam, ada juga Game Room. Game room ni tempat main PS4 dan kena booking slot. Setiap session adalah 30minit sahaja untuk setiap orang. Kalau xada orang boleh sambung la... hehehe.




Booking melalui Agoda ni dapat free breakfast. Jadi waktu pagi kami breakfast dalam Legoland aje. Pasal hotel full house, masa check-in tu saya kena pilih slot waktu untuk breakfast untuk mengelakkan crowded. Masa pertama adalah jam 7:00pagi, kedua 8:00pagi, ketiga 9:00pagi dan terakhir adalah 10:00pagi. Jika korang pilih slot 8:00pagi, korang hanya diberi masa 45minit sahaja, pasal geng-geng slot jam 9:00pagi tu dah beratur nak masuk. 

Breakfast di Brick Restaurant ni mereka hidangkan di meja. Tiada buffet yang korang kena cedok sendiri. Sebelum ni memang buffet, pasal pandemik Covid19 dorang hidangkan di meja. Pilihan makanan adalah Western dan Nasi Goreng sahaja. Bagi saya menu dorang tu tak seberapa pun. SEtakat nasi goreng cina dengan western tu sosej ayam dan hash brown ajo. Side kick ada roti, cereal dan buahan.

Tapi pasal dah include dalam bookign, kita layan aja lah. Nasihat saya, kalau booking korang tu exclude breakfast, tidak digalakkan untuk amik breakfast pasal tak berbaloi pun melainkan dorang bagi free. Baik start kereta breakfast di Gelang Patah makan roti bakar lagi best.





Dah habis breakfast, kami habiskan masa dalam bilik layan budak-budak dok main Lego dengan mainan lain. Maksimumkan masa sehingga check-out biar berbaloi dengan apa yang korang bayar tu kan. Anak-anak buah dok pujuk nak masuk Sea Life, tidak laa kesampaian pasal damage besar dah masuk Waterpark. Next time aje lerr....

Siap-siap untuk checkout, boleh ler sesi bergambar dekat stage yang dorang berlakon malam tadi di area lobby. Pastu cuci mata sket kat Lego Shop... Buat deal terus nak beli Lego tak leh lebih RM50.00.... Hahahahaha cunn...




Overall saya kasi rating 9/10 untuk Legoland hotel ni. Sememangnya berbaloi untuk menginap disini dan lagi awesome kalau dapat rate bawah RM400-500... Pasal Covid19 ni aje Legoland bagi diskaun kaw-kaw, kalau tak jangan harap lah!

InsyAllah kita repeat lagi untuk stay bilik tema Kingdom pulak. Satu lagi, sebelah Legoland ni ada Medini Mall, boleh ler korang nak jalan-jalan kat sana, walking distant ajer pun. Dalam Mall ni adalah banyak restoran dan cafe. Mall ni jenis open concept. Memang awesome


This is Awesome geng!

Comments

Nadia said…
Bole tau mcm mana nak book hotel dgn harga lebih murah
Nazrul Akram said…
1. Subscribe Legoland Resort Mail & News, nnti dia selalu akan hantar update promo dalam email kita, a bit annoy tapi at leaset kita tahu bila dia ada limited promo.

2. Set low price notification dalam Agoda Apps. Tapi ni you kena jadi Platinum Members dulu baru ada button ni.
Dunia Kami said…
Boleh tau tak harga sorang bufet breakfast kat hotel ni?TQ

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam