Jalan - Jalan ke Legoland Waterpark, Johor Bahru

Jalan - Jalan ke Legoland Waterpark, Johor Bahru

Baru ni kami buat short plan untuk masuk ke Legoland setelah beberapa pertanyaan diajukan kepada pihak Legoland sendiri. Secara jujur, Legoland Waterpark ini adalah sebuat taman tema air awesome untuk anak-anak anda selepas Sunway Lagoon.

Ianya dibina sememangnya hanya untuk kanak-kanak yang inginkan kelainan daripada taman tema air yang sedia ada. Jadi oleh itu, jangan lah kamu inginkan sesuatu yang extreme atau yang agak mencabar didalam Legoland Waterpark ini.

Kenapa saya cakap macam tu? Pasal ianya hanya bertemakan Lego. Hahahaha... Tiada yang lain selain daripada tema berkenaan. Tapi kalau nak best korang boleh layan The Lost World Tambun. Ini saya letak nombor 1 pada senarai waterpark yang pernah kami masuk.


Benda pertama yang korang kena ada sebelum masuk ke Legoland Waterpark ni adalah tiket. Harga tiket kalau dalam websote Legoland adalah fix rate. Tapi korangboleh dapat diskaun jika korang memilih untuk membeli dengan third party agent seperti Klook atau Traveloka.

Saya membeli tiket ini dengan menggunakan aplikasi Klook pasal saya dapat lebih diskaun dan akan dapat point. Point tersebut boleh digunakan (redeem) untuk purchase tiket yang lain nanti. Bawah ni saya dah listkan perbandingan harga tiket masuk untuk Waterpark sahaja.



Syarikat Dewasa Kanak Kanak
Legoland RM139.00 RM114.00
Klook RM112.00 RM92.00
Traveloka RM115.13 RM92.69

Oleh kerana masa datang sini saya akan menginap di Hotel Legoland, maka saya dapat parking didalam hotel parking, jadi tak jauh lah nak jalan kaki daripada Medini Mall tu. Parking ni boleh validate di kaunter check-in di dalam hotel kalau nak keluar nanti.


Oleh kerana datang pada waktu PKPP (Covid-19) ni, maka aspek keselamatan dan kesihatan sememang diperketatkan untuk masuk ke Thempark dan Waterpark. Jadi sebelum masuk macam biasa pekerja akan check dulu suhu dan memohon untuk kita scan MySejahtera terlebih dahulu. Alhamdulillah semuanya boleh masuk.


Bila dah check suhu, barulah ke kaunter security untuk check bag. Kat sini bagi saya dorang lebih kepada tolak ansur aje. Target dorang untuk check makanan dan barang-barang yang merbahaya sahaja. Masa ni saya ada bawa roti creme gardenia, tapi saya letak dalam towel aje. Botol air mineral pun bawa tapi dorang tak suruh tinggal ke apa. 

Nice, cuma kalau korang bawa mangkuk tingkat atau nasi dalam bekas besar mungkin staff akan mintak tinggalkan nasi dalam stor yang disediakan. Pasal policy Themepark tidak dibenarkan membawa masuk makanan/minuman darpiada luar. so pandai-pandai ler korang nak seludup masuk. Hahaha...

Bila dah lepas security, baru dorang check tiket. Bawa saja tiket yang purchase online tu, kalau tak bawa, tunjuk attachment tiket dalam email. Pasal dorang nak scan barcode. Settle masalah.

So kita bergerak naik terus ke Themepark, awal-awal lagi dah ada Brick Store. Hampeh ini semua cubaan tuan-tuan, cubaan untuk mengepaw duit mak ayah! Jangan dilayan semuanya, ayuh tukar baju di changing room. 

Menarik di sini, korang tak payah susah-susah nak sewa pelampung apa bagai. Pelampung adalah percuma. Life jacket yang korang tengok dalam youtube tu pun percuma tak perlu sewa pun. Cuma yang kena sewa adalah locker. Itu pun kalau korang nak sewa lah. Harga Locker kecik RM20.00 dan Locker besar RM30.00. Locker ini unlimited open/close. Lepas bayar, masukkan barang, korang boleh bukak tutup locker ni bila-bila masa sahaja. Password ikut birthday korang dan colour code pilihan sendiri.


Okay ini adalah mesej penting! Korang yang datang waterpark musim PKPP ni memang kena banyak bersabar. Korang tak boleh main redah aje masuk pada semua kawasan, jadi Legoland telah menetapkan kawasan-kawasan tertentu mempunyai masa tersendiri. Ini kerana untuk memberi laluan kepada orang lain pula untuk masuk. 

Kesimpulannya, korang kena beratur untuk masuk kawasan Wave Pool, Joker Soaker, dan Duplo Safari. Bila dah dapat masukm korang diberi masa 20minit untuk mandi-manda. Wisel bunyi semua kena keluar. Kalau nak puas, kena beratur sekali lagi. Macam tu haaaa...... Kalau slide tu beratur macam biasa aje. Nanti korang tengok lah masa dia, saya dah lupa.

Built a Raft!

Budak-budak dah tak sabar betul, pool pertama yang kami layan adalah Built a Raft. Tempat ini adalah seakan sungai yang mengelilingi Waterpark. Okay not bad, jangan bandingkan dengan waterpark lain pasal Legoland Waterpark khusus untuk kanak-kanak under 12 tahun. Adalah tak sesuai kalau korang couple-couple datang untuk cuba nasib extreme. Dalam ni semua kanak-kanak akan dipakaikan lifejacket. Kalau bukan musim Covid-19, sepanjang Built a Raft ni ada Lego Foam, korang boleh kumpul dan buat rakit atau bot kecil. Tapi dorang tak sediakan untuk pencegahan.






Lego Wave Pool

Dah habis main keliling Built a Raft tu, kita naik ke atas sikit untuk layan Wave Pool. Kat sini kami kena tunggu turn selama 20minit. Bila dah dapat turn tu, mandi laa puas-puas. Dah nama Wave Pool, pastinya ada ombak, ombak kat sini just nice dan sikit juga kena kanak kanak kena pakai lifejacket. Jangan risau life jacket memang cukup dan banyak. Cuma kat sini dia terlalu open, cahaya matahari tu memantul balik buat silau kaw-kaw. Kalau ada tempat teduh macam Lost World Tambun tu pasti lagi menarik.  

Pada sebelah pool ini terdapat kedai makan, jadi parent boelh lepak santai ka kedai makan ni, meja tak banyak disediakan tapi boleh ler nak lepak kat kerusi tepi pokok untuk berteduh sementara tunggu dorang dok repeat main Pool Wave tu.






The Restaurant

Belum apa-apa lagi perut dah lapar, mana taknya bau ayam goreng tu macam memangil manggil. Maka elok benarlah kita membuat order makan tengahhari sebelum layan slide kat atas bukit nun.

Harga makanan di Waterpark boleh mengundang senak perut bro. Paling murah adalah kids meal berharga RM25.00 untuk 1set iaitu Chicken Nuget, Fish and Chips atau Nasi Lemak. 

Time ni saya amik 2 set kids meal dan 1 set ayam goreng beserta 1 air ice lemon tea harganya RM90.00. Fuhhhh padu harganya.

Kids Meals : Chicken Nuget + Lego Fries + Air Kotak + Lemon Cake = RM25.00 x 2 = RM50.00
Adult Meals : 3pcs Chicken + Lego Fries + Ice Lemon Tea = RM40.00

Belasah laa makan untuk alas perut, nak makan betul-betul boleh makan kat Medini Mall. Roti yang kami bawak tadi takde sapa nak makan, dorang nak makan fries lego ni jugak. Layankan aje. Zaman PKPP ni saya rasa pihak Legoland juga bertolak ansur, boleh la bagi alasan untuk bawa bekal tapi macam saya cakap la, pandai-pandai ler sorok jangan korang setup macam nak buat party pulak kan.






Red Rush & Splash Out

Ini adalah gelungsur pertama yang kami naik selepas isi perut. Agak kenyang laa juga nak abiskan makanan ni walaupun share. Red Rush ni best pasal korang boleh naik maksimum 6orang, tak kira dewasa ke kanak-kanak. Tahap nak beratur untuk naik gelungsur ni lebih kurang 15minit. Cepat jugak laaa pasal gelungsur tidak ler panjang, so bila orang dah mula naik, yang lain tu dah get ready untuk depart. Just nice!

Pada sebelah Red Rush ni juga ada sebuah gelungsur nama Splash Out. Gelungsur ni warna biru dan tidak memerlukan pelampung untuk ride. Kanak-kanak bawah 100cm tidak dibenarkan untuk menaiki gelungsur ini. 

Saya pun layan jugak gelungsur Splash Out ni, sakit pulak punggung kena gap gelungsur. Aduiii... Pastu tempoh menunggu untuk menaiki gelungsur ni lebih kurang 20minit, agak ramai sikit pasal pelepasan guest one by one. Berbeza dengan Red Rush tadi boleh tangkap muat 6orang atau per family terus.




Built a Boat

Sementara dah sampai kebawah dan nak menunggu turn gelungsur yang lain, adalah lebih baik korang cooldown kan anak-anak kat Built a Boat. Tempat ni adalah sebuah permainan yang anak anda boleh main melancarkan perlumbaan boat lego. 

Sebelum PKPP ni, tempat ini disediakan kepingan lego untuk diletakkan didalam bot. Bot-bot ini diletakkan pada starting line dan boleh lumba sapa yang sampai dulu tanpa terbalik. Tapi sekarang ni kepingan Lego tu tak ade.... Jadi budak-budak tu main jugak bot buat lumba jugak. Biarkan dorang main sampai kering baju. Hew hew hew....





Splash n Swirl

Gelungsur kedua kami naik adalah Splash n Swirl. Gelungsur ni hanya boleh muat 3orang sahaja tak boleh lebih. Naik naik sorang boleh, dua orang boleh dan maksimum hanya 3 orang. 

Bagi saya gelungsur Splash n Swirl ni best pasal laluan dia jauh sikit daripada Red Rush taid cuma.... yang tak bestnya korang kena angkut pelampung besar tu sendiri dari bawah naik ke atas.

Bro, perut tengah kenyang ni rasa macam nak muntah angkut pelampung besar naik ke tempat depart platform tu. Macam nak naik 4 tingkat bangunan bro... Hampeh btol rasanya.

Boleh pulak budak-budak ni nak repeat dua kali. Dah sampai turun bawah, terus amik lagi pelampung bawak naik atas. Mula-mula tolong laaa kejap, tolong golekkan pelampung, dah mula naik tangga dorang tinggalkan kita ni ha!

Splash n Swirl ni best pasal gelungsur dia besar sikit dan ayunan dia tu tinggi laaaa... jadi budak-budak mula laa suka nak teriak apa bagai. Tu pasal dorang nak repat. Cuku dua kali aje, tak larat nak bawak pelampung naik atas.




Joker Soaker

Ini adalah permainan last yang kami main pasal jam dah hampir pukul 3 petang. Alhamdulillah cuaca pun cerah aje tak ada macam nak hujan. 

Joker Soaker ni best pasal dia sebuah waterpark playground yang besar. Jadi kat sini saya beratur 40minit bro untuk dapatkan slot masuk. Setiap slot diberikan selama 20minit. Sementara saya beratur, budak-budak boleh main Build a Raft kat sebelahnya atau Duplo Safari.

Bila dah dapat turn masuk, gunakanlah 20minit yang berharga tu. Korang tak payah laa nak ngelat kononnya tak nak kuar, life guard dorang bersepah-sepah. Bila dah cukup time dorang panggil untuk keluar. Kena bagi kerjasama laa zaman-zaman skang ni pasal orang lain pun nak masuk jugak kan. 

Benda paling best tu adanya tank yang tuang air dari atas. Skali air dilepaskan, macam taufan beb bawah ni... memang best Joket Soaker ni, patut ler ramai yang beratur nak masuk sini.





Okay selesai sudah layan waterpark ni, kembali ke changing room untuk mandi dengan tukar pakaian. Pada sebelah changing room ni ada sediakan Surau. Kalau nak solat boleh terus solat lepas tukar baju. Saya tak amik kawasan changing room atas faktor privacy. Agak selesa dalam tu pasal ada bahagian mandi dan bahagian kering untuk tukar baju anak-anak. Hospitality dorang memang best.

Secara keseluruhannya , Legoland Waterpark ini sangat berbaloi dan puas hati bawak anak kesini walaupun musim PKPP ni. Kena pastikan anak anda dah besar dan mencecah 100cm untuk mendapatkan full ride dan akses jika nak main mainan seperti gelunsur. 

Sila semak kajicuaca sebelum datang kesini, kalau selalu hujan pun xbest juga pasal kolam mandi akan tutup untuk keselamatan pengunjung. Memang laa masuk waterpark dah basah lencun tapi dorang takut kalau ada petir.

Boleh rujuk map ini untuk pentujuk arah atau permainan yang korang nak layan nanti.



Berikut adalah beberapa tips untuk ke Legoland :

1. Sila pastikan anak anda mencecah 100cm keatas untuk mendapat full ride dan akses pada mana-mana mainan di dalam Legoland. Kurang daripada tu boleh datang, cuma gelungsur tu tak dapat laa naik. Life jacket disediakan untuk semua peringkat kanak-kanak secara percuma.

2. Parking di Medini Mall lebih selesa kerana ada banyak kedai makan seperti KFC, Burger King dan kedai runcit News. Kalau menginap di Hotel Legoland boleh parking di basement hotel, nanti tiket validate di kaunter.

3. Buat perbandingan pembelian tiket didalam website Legoland dan juga mana-mana travel agent seperti Klook untuk mendapatkan diskaun lebih.

4. Makanan dan minuman seperti periuk nasi bertingkat tidak boleh dibawa masuk. Tapi kalau dimasukkan didalam bekas kecik-kecik lepas ajer untuk penjimatan lebih.

5. Sila bawa baju anak lebih pasal lepas mandi kadang-kadang basah lencun jugak jadinya.

6. Kalau beli makanan combo set akan dapat bersama air besar. Lepas untuk minum 2orang dewasa. Rata-rata harga makanan bermula daripada RM25.00 hingga ke RM40.00 untuk satu hidangan. Untuk anak-anak boleh beli kids meals, harganya RM25.00 ada spagetti, nuget atau nasi lemak.

7. Waterproof bag dibenarkan masuk untuk layan gelunsur, jadi tak perlu risau mana nak bawa waller atau handphone setiap masa. Boleh beli dalam Shopee.

8. Bilik air ada dimana saja ada, surau ada 1 iaitu di Entrance dan dan klinik emergency berada disebelah Lego Shop / Entrance.

9. Tempat merokok adalah terhad, tapi ada jangan risau. Rokok tidak dijual didalam Legoland. Sila beli siap-siap. Saya tak merokok.

10. Skateboard, skooter budak dan basikal tidak dibenarkan bawak masuk atas sebab keselamatan. Untuk sewaan juga tak ada, yang ada hanya stroller sahaja. Kecuali Wheelchair yang dibenarkan masuk.

11. Bila cuaca panas, banyakkan anak minum air dan belikan ais krim untuk menyejukkan badan walaupun main air. Jangan pulak suruh anak minum air kolam. Bahay tu tuan-tuan.

12. Storage untuk menyimpan handbag ada di bahagian changing room. Eloknya simpan didalam storage dan bawa wang untuk pembelian didalam Legoland. Menjadi kebiasaan ibubapa letak barang dalam stroller anak, dan tak kesemua tempat boleh bawak masuk stroller. Banyaknya kena parking di kawasan yang disediakan. 

13. Musim PKPP ni Legoland telah menetapkan garis panduan keselamatan iaitu seperti menghadkan pengujung untuk memasuki kawasan secara beramai-ramai. Maka oleh itu, Slot Session dia tetapkan untuk 20minit sahaja dan setiap permainan ada penjaga SOP untuk mengawal kemasukkan setiap kawasan. Harap bersabar ya...

This is Awesome guys.

Comments

Unknown said…
Salam, tiket tak bleh beli dikaunter ke?
Nazrul Akram said…
Boleh beli dikaunter ataupun lebih baik secara online kerana akan ada discount lagi.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam