Edinburgh, Scotland

Edinburgh, Scotland

Kalau pergi ke London, boleh lajak pergi ke Edinburgh Scotland󠁧󠁢󠁳󠁣󠁴󠁿. Sewa kereta lagi murah berbanding naik train. Jarak kota London ke Edinburgh adalah 660km, lebih kurang 7jam pemanduan. 

Sewa sebuah SUV di London harganya RM100-RM150 sehari. Kalau menuju ke Edinburgh, singgah tidur di Manchester atau Liverpool. Esok sambung drive ke Edinburgh.

Mengapa Edinburgh? Ini kerana satu²nya bandar lama yang tidak terusik dan masih dijaga rapi sepenuhnya untuk kita lawati. Dalam bandar Edinburgh ni ada kawasan nama Old Town yang berhampiran dengan Edinburgh Castle. Suasana sini macam set lokasi penggambaran Harry Potter. (Hari Pottah slang Brit).

Perancangan bandar ini agak lama dibina sehingga memakan masa 500 tahun yang bermula dari kurun 14 lagi. Disebabkan itu juga, beberapa siri peperangan tercetus yang membuatkan Raja Edinburgh membina istana gah di atas bukit. Ianya adalah Edinburgh Castle. 

Jika tengok istana ini dari jauh, ianya seperti sebuah Hogwarts School. Memang benar, kebanyakkan inspirasi cerita Harry Potter diambil berdasarkan seni bina disini. 

Malah, buku siri Harry Potter karya agung J. K. Rowling ditulis di sebuah cafe di Edinburg, iaitu The Elephant House. 

Boleh buat day trip dan menginap di guesthouse yang harganya jauh lebih murah berbanding London. 

Kebanyakkan pengunjung disini lebih gemar berjalan kaki. Ada juga subway tapi tak banyak. Harganya juga murah dan boleh beli untuk visitor pass.

Kalau anda rajin google maps, korang akan jumpa spot free tour untuk lokasi seperti Harry Potter Diagon Alley. 

Calling all out Potterhead.














Comments

Dengkiut said…
Assalamualaikum, boleh share itinerary ke? Kalau boleh iti dr London smpi ke Edinbur skali budget. TQ 0146836042
Unknown said…
askm, mohon share itenary n cost jua
tq.
Kakak Tecy said…
Hi, boleh share itinerary dan budget juga? And also recommended place to stay kalau bawa kanak2. Tq.
Boleh emel ke :jaybone034@gmail.com
Tq

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang