Hard Rock Hotel Penang, Malaysia

Hotel Review : Hard Rock Hotel Penang, Malaysia

Disclaimer : This is not paid review

Masa bulan 7 baru ni, saya dapat grab booking Hard Rock Hotel (HR) didalam website HR sendiri. Saya dapat bilik Deluxe Hillview dengan harga RM330 kerana tarikh pilihan jatuh pada cuti sekolah dan weekend. Kalau korang korang pilih weekday ianya berharga RM270 sahaja tanpa sarapan pagi. Pada tarikh yang sama saya saja buat carian dalam Agoda.com, ternyata tak dapat harga RM300 ni, semuanya jadi RM450+

Macam mana nak tau harga murah? Korang kena subscribe newsletter Hard Rock secara percuma dalam website dia. Nanti tiap minggu atau jika ada apa-apa promo dorang akan maklum dan masa itulah korang grab promo untuk tempahan bilik. Kalau tak ada promo, harga untuk bilik paling murah boleh mencecah RM500+ kot... mahal bro.

Saya dah datang HR Penang ni banyak kali, tapi datang sekadar untuk pergi Rock Shop, Hard Rock Cafe dengan ronda-ronda kawasan pool dia. Kali ini rezeki anak dapat juga staycation di HR Penang yang saya kasi rate 9/10. Ya 9/10 dan kenapa tak dapat full, pasal datang time school holiday, manusia agak ramai, time breakfast pun ramai. Huhuhu...



Waktu checkin adalah jam 3PM, saya datang sekitar jam 2PM pasal dah habis ronda lalu ikut  Balik Pulau, customer service checkin akan menerima anda sebagai guest, tapi mereka akan maklum waktu check-in jam 3PM, untung datang awal korang dapat supplementary welcome drink and food di restoran mereka. 

Bagus juga, jadi dapat laa chill makan koew teow, kueh, buah dengan pekena kopi. Ianya free ya tuan-puan, amik laa berapa meals yang korang nak asalkan tak membazir. Dalam tempoh menunggu tu, sempat laa saya pekena 2kali Latte. Hahhh!




Bilik dah ready, dorang terus kasi tag untuk mandi pool. Tag ini akan tukar setiap hari untuk mengenalpasti guest dan outsider. Jadi bila ada tag ni outsider tak boleh masuk pool. Tapi, kalau korang ada family ramai, korang boleh mintak seberapa tag yang korang nak.. hahahaha janji ada booking bilik. Easy tricks.

Masa saya menuju ke bilik, banyak bilik yang masih dalam penyediaan yang mana banyak troli-troli room service parking depan bilik. Hotel dijangkakan fullhouse pada hari yang saya tiba kerana ianya adalah hari Sabtu dan school holiday. Jadi terima sajalah situasi berkenaan. 



Menariknya HR Penang ini, pada setiap floor tu ada serba sedikit pameran dan poster original rockstar dari pelbagai negara. Antara yang menarik perhatian saya dalah suit pakaian yang dipakai oleh vokalis Rammstein dan Slipknot. Bapak tinggi gila dorang ni. Kalau kena penampar mau berdesing sampai seminggu. 


Lepas tu ada beberapa pakaian artis lama seperti Rihanna, Alicia Keys, Elton John aahhh ramai lagi la, elok korang pegi tengok sendiri nanti. Dan kalau tak silap saya, HR Penang ni ada galeri tersendiri untuk guest, lepas tu kena booking slot untuk masuk. Pihak pengurusan telah menghadkan pengunjung untuk masuk beramai-ramai. Galeri dibuka pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad sahaja.






Ok dah masuk bilik, standard macam biasa. Jadi tak perlu saya nak ceritakan panjang lebar, mostly hotel lain ada, HR Penang pun ada. Cuma bezanya dari segi decoration dia dengan light ambiance tu agak menarik. Lampu pada dinding tu korang boleh tukarkan kaler dari purple, warm light atau putih. 

Kalau agak-agak nak setup small party boleh laa pasal, setiap bilik dalam HR ni adalah sound-proff dan disediakan speaker Bose untuk guest. Tak cukup lagi, korang boleh request untuk rental guitar dan speaker jika korang nak mini jamming dalam bilik. Kalau tak reti tak yah pinjam, buang masa aje. Yang ni kena booking awal-awal dari Hotel, bukan masa check-in baru nak order.





Most and the best part dalam HR Penang ini adalah swimming pool. Yezza, swimming pool dia memang terbaik macam ala-ala theme park. Jadi tidak hairan mengapa HR Penang ini penuh dengan anak-anak pasal swimming pool dia sememangnya awesome. 





Jadi dengan membayar harga bilik, korang dapat akses swimming pool dari jam 7pagi sampai ke 9 malam. Yang paling saya suka adalah tempat kawasan kids pool yang mana HR Penang sediakan pool yang ada pasir halus didalamnya.

Pasir tu jugak anak-anak korang boleh main untuk buat sand castle pastu tuang dalam pool balik. Takde masalah guard tak marah melainkan korang kencing je dalam pool tu.. kalau nak rental pelampung pun boleh.





Untuk yang bilik ada pool-access lagi sempoi. Bukak pintu bilik terus boleh terjun, cuma kedalaman pool depan bilik tu lebih kurang 1.6m, jadi awasi anak-anak dan sentiasa pakaikan pelampung atau life jacket swimming. Kawasan ini kalau korang diving boleh dengar music. Yaaa aaa music in the pool. Awesome beb... !

Kalau dah boring mandi kolam, korang boleh mandi pantai depan HR Penang ni, tapi bagi saya, pantai Feringgi ni tak de best sangat macam pantai di kawasan Laut Cina Selatan. Mostly pantai LCS ni jenis landai dan selamat. 

Jadi kalau nak golek-golek mandi pada gigi air pantai tu boleh, bagi saya pantai Feringgi ni agak cerum, bahaya untuk anak-anak mandi. Kena pantau dorang kalau mandi kat pantai jangan asik leka dok berselfie saja. 


Disebabkan pantai ni berada dihadapan HR Hotel, maka, pihak pengurusan hotel juga sedikit sebanyak menjaga kebersihan kawasan pantai walaupun pantai ini adalah kawasan terbuka. Ada orang cakap pantai HR ni adalah kawasan private. Tidak ya tuan-tuan, orang lain boleh lalu lalang kawasan ini pasal dorang tak buat pagar pun. 

Cuma orang lain tak boleh masuk je kawasan pool dari pintu pantai. Nanti ada guard yang jaga pagar nak masuk kawasan hotel. Tak ada tag tak boleh masuk. Maka tag tangan tu sentiasa kena pakai. 

Ahaa, kawasan pool ni juga terletak cabana dan juga Rock Spa. Bagi korang nak manjakan diri, boleh booking Rock Spa di lobby dan Spa mereka terletak bersebelahan dengan Pool.

Sama juga dengan Roxity Kids Club, kemudahan ini diberikan kepada guest tapi saya tak sure kena bayar ke tidak. Kids club ni lebih kurang macam korang nak tinggalkan anak seharian (nursery ayat jujur) dan dorang tolong jaga. Sementara dorang jaga tu, macam-macam aktiviti yang dorang buat dalam tu, dance, belajar music, macam-macam lagilah. 

Oleh kerana kami datang waktu weekend, jadi saya tengok traffic kat jalan Batu Feringgi memang jem teruk. Maka makan malam kami ni order saya grab food hantar ke hotel. Lagi pun badan dah penat seharian dok mandi kolam. 

Waktu malam pula korang boleh layan free live band kat kawasan lobby. Kalau nak duduk ada seat tapi kena order minuman atau makanan. Takde masalah pun. Tapi serius memang enjoy beb waktu malam, ada lagi orang dok mandi kolam pasal pool tutup jam 9malam. Kalau tak hujan boleh berjalan kawasan pantai amik angin malam beb.



Untuk lunch atau dinner di HR Cafe, korang kena booking awal dan tak boleh walk-in. Masuk je weekend semua HR Cafe memerlukan reservation untuk korang lunch/dinner. Jadi jangan kecewakan diri. Sila buat reservation terlebih dahulu daripada duk menunggu meja tak kosong-kosong. 

Live band HR Cafe bermula jam 11pm sehingga 0130pagi. Liveband dalam HR Cafe ni untuk kategori dewasa (bagi pendapat saya) pasal pada waktu ini, restoran ditukarkan kepada club macam HR KL. Tak manis kalau budak-budak dok tengok botol alkohol atas meja. Saya tak join yang ini pasal saya dah layan free live band kt lobby. Not bad bro!

Sarapan pagi kami di HR Penang, top-up masa checkin harga RM100. Secara jujur, ramai yang orang cakap breakfast HR ni best, nasi lemak signature dia sedap. Tapi bagi saya, saya rate 7/10 sahaja. Yang sedap tu brew coffee. Makanan dia saya rasa sama seperti hotel Hilton, Le Meridien, malah rasanya breakfast HR ni tak boleh tapau breakfast Jen Hotel Georgetown.Breakfast Jen Hotel stakat ni no.1 dalam pilihan saya.

Kalau datang next time, tak perlu nak amik breakfast. Amik grab pi breakfast kat roti canai transfer road. Kalau tak cukup lajak terus pi Nasi Kandar Kampung Melayu.




Sebelum checkout jam 12pm, kita layan lagi mandi pool puas-puas. On weekend dorang kadang kala pasang buih kat kids pool. Lagi la suka budak-budak ni layan kolam. 3jam berendam sampai tengahhari. 

Overall, bagi saya HR Penang adalah sebuah resort dan percutian terbaik yang pernah saya kunjungi. Berbaloi dan puashati cuma kena pandai cari room rates murah dalam website mereka. Kalau taknak pergi jauh, boleh cuba lepak di Cyberview Resort. Kat sini pun best juga, tak jauh dari KL.



This is Awesome guys!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam