Jalan Jalan ke MinNature Kuala Lumpur

Jalan Jalan ke MinNature Kuala Lumpur

Minggu lalu, minggu sebelum mengundi kami saja berjalan-jalan ke Bukit Bintang. Entah mana datang idea saja nak singgah lepak ke sana. 

Mungkin saja nak layan Bukit Bintang Crossing macam ala-ala Shibuya crossing. Feel experience katanya. Dah berjalan ke sana, masuk Don Don Donki dah habis idea. Ajak Nazril balik dia cakap tunggu dulu, dia nak jalan-jalan dalam Jumpa @ Sungei Wang.  

Apa ada dalam Jumpa @ Sungei Wang ni? Huhhh rupanya dalam ni ada port baik untuk lepak iaitu MinNature Malaysia. 

Bagi yang tak tahu apa itu MinNature Malaysia, ianya adalah sebuah pameran dunia kecil atau lebih senang nak faham dunia miniature dan dunia diorama. Dulu saya tahu Minnature ni ada kat Malaysia tapi masa tu dorang buka di Bandar Sunway. Sekarang MinNature Malaysia dah pindah masuk di Sungei Wang untuk meluaskan lagi kawasan pameran mereka.

Tiket masuk Minnature Malaysia ni adalah RM25 untuk Dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Kalau korang beli dalam Klook ada laa discount sikit. Saya beli tiket online, walau pada hari weekend, tak ada orang pun sangat. Jadi boleh beli walkin tanpa beratur pun. Huhuhuhu.


Pada pintu masuk, korang akan di-brainwash-kan dengan sejarah MinNature. Kesungguhan pasukan mereka sememangnya cekal dan tabah untuk menjayakan dan menghasilkan seni dunia miniature ini kepada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Kita nampak mudah untuk buat benda sebegini tapi ianya ternyata rumit dan perlu dibuat secara teliti. Sehingga kini, MinNature Malaysia berjaya membuka semula pameran ini kepada orang awam. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu support untuk datang ke sini. 

Next session adalah pameran kecil yang sungguh details dimana model-model contoh gerai di serata Malaysia. Walawey this is insane. Memang jitu dengan details betul dorang buat sampai tulisan pada surat khabar pun dorang tulis betul-betul. Untung tak ada orang sangat jadi boleh spent masa lama tengok ketelitian seni ni.




Pada bilik seterusnya, kat sini korang dipaparkan landskap diorama pada setiap negeri, bermula dengan negeri Perak, terdapat model statin keretapi dan juga keretapi kecil yang bergerak secara automatik. 

Ini adalah kali kedua saya melihat model miniatur selepas lawatan saya di Minatur Hamburg Germany beberapa tahun dulu. Yang tu korang boleh baca kat sini lah, lama kalau nak cerita balik tu.

Lebih awesome, pada setiap 20minit, set diorama ini akan bertukat kepada malam dan akan ada light show projector yang dipaparkan pada dinding model yang dibina. Gila memang hebat idea dorang ni bang!




Dah habis tengok Perak , layan pulak pada negeri lain. Kalau tak silap saya, kesemua negeri ada dalam set diorama ini, cuma saya ambil gambar secara random, dah tak ingat mana dah negerinya.

Setiap negeri MinNature buat sebagai landskap bangunan dan mercu tanda negeri tersebut, contohnya negeri Sabah, ada Gunung Kinabalu, Sarawak ada Dewan Parlimen, Kuala Lumpur ada Dataran Merdeka, Selangor ada Port Klang, Negeri Sembilan ada istana, Melaka pula ada A'Famosa. 








Maafkan saya tak dapat sorting pada setiap negeri, kalau korang nak details, korang pergi laa sendiri tengok puas-puas. Tiket yang dibeli tu tiada had limit masa, cuma ianya hanya valid untuk sekali masuk sahaja. Jadi gunakan sebetul-betul.

Bagi saya, yang membuat saya tertarik dengan set diorama ni adalah landskap yang mempunyai track keretapi. Saya bersetuju dan akur iainya bukan hasil kerja cikai dan cincai. Nak buat set keretapi dan bagi keretapi tu bergerak sendiri pun dah susah bro... Memang style habis dan awesome!






Nanti kalau korang dah tiba di section Kuala Lumpur, korang lepak sekejap pasal setiap 20 minit jugak nanti ada light show di Dataran Merdeka. Suasana akan jadi malam dan boleh laa layan light show dengan lagu-lagu Malaysia. 

Baca : Miniatur Wunderland di Hamburg, Germany

Bila diperhatikan dalam kawasan sini, ada tempat yang dulu seperti sebuah cafe. Tapi macam dah tak buka. Mungkin disebabkan pandemik Covid-19, MinNature tutup sementara untuk orang ramai termasuk cafe. 

Kalau bukak balik cafe ni bagus juga, nanti parent boleh lepak pekena kopi sambil lepas anak-anak tengok miniature dengan keretapi bergerak tu. Tak de laa sakit pinggang nak ikut dorang kesana-kesini. Tapi ada section tempat duduk dan baca buku. Sempat saya snap buku Minatur Wunderland. Rindu nak pi Hamburg nak gi tengok diorama miniature kat sana. Hewhewhew...

At the end diorama ni, ada landskap Gunung Kinabalu, kalau korang perhatikan akan ada Thor kecik yang sedang panjat gunung tu. 


Lupa nak citer, dalam tempoh korang duk tengok diorama ni, MinNature ada buat game hide and seek. Nanti kat dinding dorang akan letak gambar 'Wanted' yang korang perlu cari pada celah celah model tu. Ada spongebob, kungfu panda, karakter Marvel, Batman, macam-macam lagi lah. Jadi korang tak rasa bosan, korang kena cari mana karakter tu tersembunyi. Hint dia tu tengok balik gambar wanted pada bangunan apa. Sempoi duk ada!

Overall, memang puashati jalan jalan kat MinNature ni. Boleh datang lagi nak layan diorama dan bagi peminat dunia miniature, saya sangat sarakan korang lepak tengok keretapi set diorama. Tak yah pergi jauh-jauh, kat Sungei Wang saja.

This is Awesome bro...

Comments

Syu Deris said…
Comel2 dioramanya 😊💕.
MarsilaMahar said…
Best penceritaan��

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam