Tasik Chuzenji, Nikko Jepun

Tasik Chuzenji, Nikko Jepun

Baru ni sekali lagi saya terbang ke Tokyo. Kali ini bawa orang pula nak jalan-jalan ke Tokyo katanya. Nak shopping barang-barang streetwear.

Dalam masa sama, saya cuba selit pada hari ketiga masa lawatan saya ke sana untuk melawat Nikko. Sebenarnya dalam plan masa datang dengan family baru ni macam nak pergi ke Nikko. Tapi disebabkan schedule pack, maka Nikko terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan Gundam Yokohama.

Apa yang saya nak ceritakan di Nikko ni, memang best pergi ke Nikko pasal ianya tak macam berada di Jepun. Betul orang cakap, kalau nak melawat Jepun ni elok pergi ke kawasan pendalaman dia. Macam Nagano, Kyushu, Aomori dengan Nikko. 

Saya bertolak seawal 5pagi dari Hotel Tavinos di Hamamatsucho. Jalan kaki dan naik Yamanote Line menuju ke Tokyo Station. Masa blog ini ditulis, Japan berada pada musim panas. Jadi waktu subuh masuk jam 0230pagi. Yeeeee 0230 pagi yerr... Matahari mula terbit jam 0430pagi. Jadi masa jam 0500 tu macam dah jam 0800pagi di Malaysia.

Masa tiba di Tokyo Station, barulah saya rasa suasana betul-betul tak ada orang. Tokyo station ni korang tak yah citer la... orang ramai macam semut. Dorang jalan pun laju macam ribut. Kalau kita slow dorang tengok semacam jek.



Naik Tohoku Shinkansen pada jam 0604am. Terus menuju ke Utsonomiya. Sebenarnya, untuk ke Nikko ni perjalanan dia tak mudah. Kalau dari Tokyo Station, perjalanan dia mengambil masa 2jam50minit dan memerlukan 2 pertukaran train dan naik 1 bas. 

Dia ada 1 bas dari Asakusa terus menuju ke Chuzenji Lake, tapi korang kena bayar tiket atau pass tersebut sekitar 5000yen. Jadi saya nak jimat, saya guna saja Tokyo Wide Pas yang boleh bawa saya ke Chuzenji Lake ini.

Dari Tokyo Station, naik shinkansen Tohoku dan turun di Utsonomiya, lepas tu interchange dengan Nikko Line dan naik Nikko Line tiba di Nikko Station. Dah tiba Nikko Station naik pula Sobu Bus dan tiba di Chuzenji Terminal Bas. So total perjalanan merangkumi 2jam 50minit kalau korang follow schedule public transport betul-betul. Kalau terlepas satu, maka tambah laa masa korang.



Sebelum saya bertolak, saya akan study jadual perjalanan dulu saya taknak buang masa menunggu train dengan tunggu bas. Shinkansen dan bas bukan tiba setiap 10minit, silap-silap 30-60minit sekali. Jadi rancang perjalanan korang. Korang boleh rujuk jadual bas Nikko menuju ke Chuzenji Lake disini.

Ini pertama kali saya naik bas luar kawasan Tokyo. Bas dia agak selesa macam bas express. Senang saya pasal dorang paparkan next station bas dalam paparan TV. So kita boleh compare dengan google maps. Sama macam rapid bas KL, kalau tak ada orang tekan loceng atau tak ada orang pada hentian bas maka bas tak berenti. So dia jalan saja melintasi stesen bas tu. Jadi daripada schedule perjalanan 40minit, kami tiba awal dalam 25minit saja. 

Dalam perjalanan bas menuju ke Chuzenji Lake tu, korang jangan tidur. Korang layan scenery kawasan kampung dan pada sebelah kanan ada sungai. Lawa permandangannya. Bila tinggal 2station, bas akan announce kira macam sila duduk dan pegang handle pada kerusi. 



Laluan bas ni dia laluan macam Bukit Akina Initial D. Bapak ahhh... style giler cara pemanduan driver bas. Slowly aje drive layan lap u trun tah berapa banyak corner U.

Ini kerana, Chuzenji Lake ini terletak dikawasan bukit. Tinggi tasik ini adalah 1270meter dari paras laut. Jadi perjalanan dalam bas ni memang macam jalan genting. Tapi driver layan corner slow-slow supaya penumpang tak muntah tepi jalan. Style beb jalan dia. Sebijik macam Bukit Akina!

Bila dah tiba di Chuzenji Terminal bas, saya perlu turun disini kerana Chzenji Lake dan Kegon Waterfall terletak disini. Masa saya sampai, kawasan ini masih gerimis, sejuk dan berangin. Nasib baik bawa jacket. Suhu kawasan sekitar pada waktu pagi adalah 14c kauu.....

Baca review jalan jalan saya ke Tokyo pada musim sejuk!

Saya ingat nak cari cafe untuk lepak minum dulu, tapi disebabkan hari Ahad, kebanyakkan cafe buka pada jam 1000pagi. Apa daa.... orang weekend laa bukak awal. Kan nanti ramai tourist datang.

Jadi saya beli saya kopi panas dalam vending machine, lalu jalan kaki ke Kegon Fall. Semua kawasan sekitar ini adalah percuma. Nak turun lebih dekat boleh bayar 1000yen untuk down-elevator.


Saya rasa sedikit kagum bila tengok Kegon Fall. Kegon Fall ini adalah sebuah air terjun datang dari Tasik Chuzenji. Tasik ini terletak atas kawasan bukit-bukau dan ianya menghasilkan Kegon Fall ini.

Apa yang menariknya air terjun ini pasal dia kadangkala mengeluarkan bunyi tak tahu nak cakap macam mana. Pasal keadaan dia melengkung maka air yang jatuh ni menghasilkan satu bunyi yang unik. Nak kata macam seruling pun tak, nak kata macam bunyi rekoder pun tak. Tahhhh kena pergi dan hadap sendiri. Saya ada share Kegon Waterfall ni dalam ig stroy saya. Visit IG @nazrulakram.

Sambil layan waterfall, saya duduk minum kopi panas dulu. Walau dalam botol, kopi ini mampu bertahan 1jam untuk bagi panas. Bagus... dapat laa saya pegang untuk panaskan tangan ni.


Baca itinerary perjalanan saya ke Tokyo disini

Hujan di Tasik Chuzenji

Selesai lepak minum kopi menghadap Kegon Fall, cuaca masih lagi hujan gerimis. Seolah tiada tanda untuk berhenti. Saya jalan kaki berpayung menuju ke Chuzenji Lake. Gigihkan jua untuk lihat tasik tersebut dengan mata sendiri. Sebelum ni tengok dalam youtube saja.

Sampai saja di kawasan tasik, ada sebuah gerbang entah apa yang dia tulis. Gerbang macam ni banyak ada di Jepun seolah gerbang yang menyambut kedatangan orang pada sesuatu tempat. Walau dalam keadaan gerimis, suasana tasik agak tenang. Jauh sudut permandangan tu terlihat Nantai Mount. Puncak bukit ini berkabus dan dibawahnya pula Tasik Chzuenji.

Kalau hari tidak hujan, cuaca panas mungkin nampak suasana lebih cantik. Apa yang saya perhatikan, kawasan sini terdapat banyak hotel, Hilton ada, Sheraton ada malah beberapa Embassy pun ada disini seperti Embassy Italy dan France. Setiap hotel sini menghadap Tasik Chuzenji dan Mount Nantai. Banyak logon perkhidmatan onsen (air panas) ada kawasan sekitar tasik. 

Orang jepun memang suka berendam air panas tak kira masa. Mungkin disebabkan itu juga kulit-kulit mereka tegang dan tak kedut walau dah berusia 50tahun keatas. 

Saya tak dapat jalan jauh sekitar tasik pasa masih lagi hujan dan banyak becak. Sayang kasut nanti basah tak selesa pulak.





Jadi saya hanya jalan menyusuri kedai-kedai yang tengah bersiap untuk dibuka pada orang awam. Pada waktu jam 1000pagi ini, ada beberapa kedai saja buka itu pun pada kawasan entrance Kegon Lake tadi. Tiada kedai halal saya ketemu di kawasan ini. Jadi kalau datang, korang boleh berkelah dan bawa makanan sendiri. Masa di Utsonomiya, saya sempat beli sandwich telur dengan biskut di Family Mart. Boleh laa buat lapik perut.

Dah nak masuk waktu tengahhari, saya mula lihat pelancong mula tiba di Chuzenji Terminal Bas. Bas untuk balik ke Nikko jam 12:08pm, saya naik bas tersebut dan terus menuju ke Nikko Station. Senang saja nak tau, pergi ke Station bas tu, pastu tengok map yang ada di station bas. Jadi korang akan tahu bas ni pergi Nikko ke tak.




Perjalanan sama macam datang tadi, akan lalu jalan yang bengkok ala drift. Cuma bas tak boleh drift. Bas kat sini kalau ada kereta di belakang, dia akan bagi kereta tu pass/potong, pasal dia nak kena amik side bila nak buat corner bentuk U. Jadi masa nak turun ni banyak kali bas berenti hanya untuk amik side turun supaya taknak bas terbalik.

Baca review kami bermain salji di Karuizawa Tokyo

Bila saya tiba di Nikko Station, naahhhh orang mula ramai. Kat sini macam baru habis hujan. Train saya pula lagi 20minit tiba. Maka, saya ambil kesempatan untuk layan amik gambar sekitar station Nikko. Tak jauh dari sini ada sebuah restoran halal, nama kedainya Kamaya. Saya tak singgah pasal saya plan nak makan di Tokyo. Lagipun saya ada train untuk dikejar, terlepas train tu saya kena tunggu lagi 1jam.

Bandar Nikko ni agak best juga. Mengingatkan saya seperti bandar Katoomba di Sydney. Kira macam sebuah pekan yang aman damai, lepas tu ada beberapa kereta dan bas yang tidak sibuk.





Memang berbeza dengan bandar metropolitan Tokyo. Walaupun pergi ke Kawaguchiko, bandar Nikko ni lagi tenang dan santai saja. Ada sebuah koban, kecik comel aja... jangan buat hal di Koban yer... makan tak habis. Law is law tak kira kita pelancong ke tak. Kalau nak cuba nasib tanya pasal tempat menarik boleh laa kot. Tapi kat sini juga ada tourist center di Nikko Station. Dorang boleh speaking english.

Tiba di Utsonomiya Station, saya singgah kedai Yodobashi bersebelahan dengan station. Kat station sini juga ada McDonalds dan juga Starbucks. Kiranya banyak kedai dan cafe dan station Utsonomiya berbanding dengan Station  Nikko, pasal Station Utsonomiya adalah stesen Shinkansen. Tak hairan kalau ada banyak kedai dalam stasun dia.

Jadi, pengalaman saya, memang berbaloi untuk datang ke Nikko walau kena naik 3 jenis transport selama hampir 3jam dari Tokyo. Mungkin kena datang pada waktu Autumn, rasa dan alami bagaimana daun-daun di hutan Nikko menjadi keemasan dan suasana sejuk dari gunung Nikko.

InsyAllah kita datang nanti waktu autumn.

This is awesome gaisss...  

  

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam