Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 2

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 2

Pada hari kedua, saya terus ke Tokyo Station. Macam saya ceritakan sebelum ni, trip kali ini adalah trip untuk shopping hype-beast. Jadi pada hari pertama ini juga kena bawa ke Karuizawa Outlet. 

Lepas light breakfast di hotel, jalan kaki ke Hamatsucho Hotel dan terus menuju ke Tokyo Station untuk pembelian JR Pass. JR Tokyo Wide Pass ni dah naik harga dah. Apa yang tak naik skang ni kat Jepun. Semua makin mahal bro! Tokyo Wide Pass ini hanya dijual untuk pelancong yang mempunyai visa pada harga JPY15000 dengan perjalanan selama 3 hari.


Korang boleh beli JR Pass ni di JR East Pass office. Pejabat jualan dibuka seawal jam 0730pagi hingga 0830malam. Nak tau kat mana lokasi JR Office ni senang saja, tengok map dalam station tu, pastu point ke Imperial Palace. Pejabat dia berada di North Gate atau exit Imperial Palace gate.



Dah dapat JR Pass, kami terus menuju ke Karuizawa. Untuk ke sana, dengan adanya pass ini dah tak perlu beli tiket lain dah. Tokyo Wide Pass ni boleh naik Shinkasen unlimited ride selama 3 hari pada kawasan luas region Kanto, Nikko, Nagano dan Yamanashi. 




Disebabkan naik pada awal pagi, jadi saya tak reserve seat. Akan ada banyak seat kosong kerana perjalanan train adalah keluar bandar. Jadi tak sesak dengan orang nak masuk pejabat.

Masa bulan Feb, saya juga datang ke Karuizawa ni untuk main salji dan shopping. Tapi bila datang pada bulan Jun ni, tak ada salji laa... jadi sepanjang perjalanan tu nampak menghijau sahaja. Berbeza winter dengan summer.

Baca winter trip ke Tokyo saya bersama keluarga disini

Perjalanan Tokyo ke Karuizawa hanya mengambil masa selama 1 jam sahaja. Sampai di station kita bergambar dulu dengan shinkansen dan kasi trade-mark Have2Travels dulu.


Kat sini lebih kurang macam JPO Malaysia laaa, semua premium brand ada dalam ni. Korang sebagai pelancong akan dapat lebih discount lagi bila beli pastu tunjuk passport. Pasal kita tidak akan dikenakan cukai. Biasanya adala tolak lagi 8% pada total bayaran. 

Masa kami sampai di Karuizawa ni, cuaca mendung dan baru habis hujan. Biasalah kalau musim panas ni cuaca selalunya panas, cerah, mendung, hujan lebat. Badan pun cepat berpeluh dan panas dia jenis panas kering. Panas betul!



Karuizawa Prince Outlet ni agak besar sampai terbahagi kepada 3 bahagian. Korang tengok aje laa peta outlet dia ni. Kat tengah outlet ni siap ada tasik lagi bro. Ada dua restoran berada tepi tasik tapi malangnya restoran tersebut tak halal. Boleh dikatakan tiada 1 pun restoran halal dalam outlet ni melainkan 1 kedai food truck yang jual kebab. Tapi kebab ni dia buka pada jam 12.00 tengah hari sampai jam 06.00 petang saja. 


Kalau korang datang bekeluarga, boleh bawa bekal dan makan di kawasan open space garden dengan food court. Boleh beli fries with vegies oil sambil layan pokok bunga. Saya tahu, kalau bawa orang shopping, kaki memang penat. Boleh juga nak layan kopi kat sini. Ada 1 Starbucks dalam ni dan saya syorkan korang beli 1 tumbler atau mug pasal, design dia hanya ada kat Nagano sahaja. Korang tak akan jumpa di Tokyo mahupun tempat lain. 





Saya apa lagi, kita beli laa Lego untuk souvenir Nazril. Barang Bape kat sini pun murah, siap ada discount after purchase. Kalau coach, biasanya discount 50%+10% dan tolak lagi 8% untuk tourist. almost 70% tu akak-akak oiiii.... Mana nak dapat long wallet Coach RM500 ajer....






Settle shopping kat Karuizawa, kami menuju balik ke Tokyo dan membuat singgah di Ueno Station. Kat dalam station ni ada 1 Hard Rock iaitu Ueno Eki Station Hard Rock. Kita bergambar dengan beli baju orang kirim sepukul dulu!

Sebenarnya, diluar Ueno Station ada sebuah taman yang besar tau. Siap ada Zoo lagi. Kalau korang ada masa, korang boleh jalan kat taman dia, layan Zoo dengan Science Museum. Cuma datang musim panas ni, orang pun ramai giler pastu berkicap laaa ketiak beb!


Jadi saya tak memilih untuk lepak kat taman. Perut kami lapar dan kami nak makan nasi! Ayuh mari mengisi perut yang lapar ni. 

Masa sebelum sampai Tokyo, saya tengok dalam tiktok yang Tokyo ada kedia nasi kandar. Sebagai tukang rasa nasi kandar yang tak bertaulih, jadi saya nak merasa nasi kandar Tokyo tu.

Restoran nasi kandar ni terletak tak jauh dari Kanda Station. Memang ngam kolasi kedai dengan nama station tu. Kalau nak search, korang boleh google Zero Two Nasi Kandar. Lebih kurang 10minit jalan kaki dari Kanda Station.


Tak macam Penang, kedai nasi kandar ni tak ada orang pun. Hahahahaha! Masa sampai kami 4 orang dan terus amik order. Tengok cara jokie dia tuang kuah tu tak ada surrrrr. Pastu kuah tak boleh campur pun. Huhuhuhu. Saya pilih ayam dengan telur saja. Harga makanan lebih kurang JPY1500 sepinggan. Nohhhhhh!

Lapar punya pasal, kita bedal sampai licin jugak kan dan kalau korang nak tau, kesemua restoran di Jepun akan menyediakan air kosong percuma. Biasanya jug air atau botol air akan disediakan pada satu sudut. Korang hanya perlu di amik dan pulangkan balik saja. Pastu, kalau korang nampak atas meja ada tisu basah atau kain basah. Itu bermakna lepas makan, korang kena kembalikan pinggang dan lap meja tersebut. Ini adalah etika budaya dorang. 

Gagal berbuat demikian, korang mungkin akan ditegur untuk mengemaskan meja korang masa nak gerak. Malu pun dapat. Itu adalah budaya meraka. Datang tempat orang, kena laa follow. Jadikan budaya dan etika ini kat tempat kita, InsyAllah slow-slow kita boleh buat.



Perut dah ketat, kami sambung shopping pula di Akihabara. Syurga para kaum lelaki untuk membeli G-Shock, die-cast, colletors dengan macam-macam lagi lah. Jalan kaki saja menuju ke Yodobashi di Akihabara sambil membakar lemak nasi kandar tadi.


Kat dalam ni, spent masa lama sikit memandangkan banyak barang diborong. Masing-masing barang kiri kanan, nak masuk train pun susah sampai kena balik hotel untuk drop barang. Nasib baik hotel pun tak jauh dari pusat bandar dan perjalanan ke hotel cover by JR Pass.




Waktu magrib pada bulan 6 lebih kurang waktu Malaysia saja, cuma, waktu subuh dia tu masuk pada jam 0230pagi. Yaaaaa 0230 pagi bro!! Waktu cerah dia pada jam 0400pagi. Nahhhh kalau puasa musim panas memang lama tunggu waktu berbuka.

Waktu malam kami jalan-jalan area Roppongi. Roppongi adalah kawasan tempat orang lepak untuk ke Bar dengan Pub. Kami kesini bukan nak masuk club pun, kami pergi pasal ada Hard Rock Roppongi kat situ. 

Baju Hard Rock kat sini akan tulis HRC Tokyo dan ada versi Roppongi. Beza dengan HR Ueno. HR Ueno hanya ada Rock Shop tapi HRC Roppongi mempunyai Rock Shop dan juga Restaurant. Cuma restoran dia tak halal aje laaa. Hanya boleh beli baju saja jee....

Habis shopping HRC Roppongi, kami dinner kedai Istanbul tak jauh dari HR. Macam saya cakap, kawasan sini banyak pub dan bistro, jangan salah masuk yer dan kalau kesini juga harus berhati-hati dengan barangan anda. Kebanyakkan orang kat sini adalah pelancong dan orang Jepun sendiri pun macam dah mula kurang untuk lepak dikawasan ini. Jadi pencopek serta scammer menguasai kawasan ini. 

Nama kedai yang saya dinner adalah Mamo Turkish Restaunrant & Bar. Bar tak ada, hanya kedai saja. Guna nama bar hanya untuk tarik pelanggan lepas minum kat bar kot. Salah satu pelayan dalam ni pernah bekerja di restoran di Damansara. Dia boleh bertutur dalam bahasa melayu bhai.


Perut sudah kenyang, kita layan view Tokyo Tower waktu malam dan terus pulang ke hotel untuk perjalanan hari esok. Kalau nak tengok view Tokyo Tower waktu malam yang cantik boleh pergi ke Shiba Park. 

Thi is awesome gaisss!

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 5

Disclaimer : Blog ini ditulis oleh Nazrul Akram sendiri dan kesemua tempat dan lawatan mahupun pembelian adalah berunsur peribadi. Sebarang pertanyaan boleh rujuk atau mesej di Instagram @nazrulakram

 

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam