Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 4

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 4

Hari ini bangun seawal jam 5 pagi. Wife mula prepare brakfast dengan buat light meal untuk lunch di Nagano. Itinerary pada harini adalah bermain salji. Saya check weather pada kelmarin mengatakan harini cuaca cerah dan berawan. Waktu yang sesuai untuk bermain salji.

Seawal jam 6pagi selepas solat subuh, kami jalan kaki ke Asakusabashi Station, naik Sobu Line menuju ke Tokyo Station. Snow play yang kami nak pergi ni terletak di Karuizawa. Jaraknya dari sejauh 180km. Orang cakap kenapa tak pergi saja Gala-Yuzawa? Saya tak pergi sana pasal kat Gala Yuzawa ramai dengan orang kita dan untungnya Karuizawa ni, sebelah Snowplay ni ada Karuizawa Outlet. Jadi 2 dalam 1. Malah, Snowplay di Karuizawa ni jauh lebih murah berbanding dengan Gala Yuzawa.

Kalau korang ingat, masa day 2 saya ada beli JR Tokyo Wide Pass. Jadi hari ini adalah hari pertama yang saya gunakan pass ini untuk naik bullet train (shinkansen).Dengan adanya pass ini, saya dapat naik shinkansen unlimited ride pada kawasan-kawasan tertentu. Boleh rujuk gambar dibawah untuk rujukan coverage Tokyo Wide Pass.

Bila sampai Tokyo Station, cari saja logo shinkansen. Tak kisah mana pintu masuk pasti akan ada logo shinkasen. Bila dah tiba tu, masuk saja pass dalam gate tiket dan cari platform untuk ke Karuizawa. Kalau ke Karuizawa, kita kena naik shinkansen jenis Hokuriku. Dari Tokyo Station ke Karuizawa mengambil masa 65minit sahaja dengan jarak perjalanan 180km.

Shinkansen berlepas tepat pada jam 0705am seperti dijadualkan. Dalam shinkansen ni korang boleh makan dan minum, berbeza dengan local train. Selesa naik shinkasen ni dah macam flight. Nanti dalam perjalanan ni ada stewardess jual air dengan makanan. Makanan halal tak dijual. Bawak saja siap-siap untuk breakfast.



Tips untuk best view korang perlu duduk seat sebelah kiri apaabila menuju ke Karuizawa. Nanti korang akan dapat view Mount Fuji. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dapat laa snap gambar Mount Fuji yang dipenuhi dengan salji. Sepanjang perjalanan nampak bukit bukau yang cantik tapi tidak banyak salji. Dalam hari duk risau, ada ke salji nanti kat Karuizawa ni. 


Ohh ye, Karuizawa ni terletak di Nagano. Nagano ni kiranya negeri lain. Tokyo pula adalah ibu negeri kepada Kanto. Japan ada banyak negeri. Belum habis belajar untuk cerita lebih details.

Bila tiba di Karuizawa, dari atas bukit dah nampak keputihan salji untuk orang main ski. Suhu pada waktu pagi kat sini adalah 1c. Angin bertiup serdahana dan ada sedikit penampakkan debu salji berterbangan. Huru hara si Nazril kejap debu salji yang tak seberapa tu. Dalam ig story saya ada banyak video.

Keluar sahaja station, kena jalan kaki sekitar 800meter untuk ke Snowplay Park tu. Sebelah station ini hanya ada outlet dan juga coffee house. Ada juga tempat main ski tapi untuk Snowplay tu kena jalan ke kawasan resort dan tempat parking jauh sikit. 

Disebabkan ini adalah pertama kali depa nak main salji, jadi kena jalan jauh tu tak merasa sangat tambah-tambah pulak bro kecik ni. Masa saya tiba sini sekitar jam 09:00pagi. Orang tak ramai, cuma yang ada beberapa pengunjung yang sedang bersiap dengan peralatan main ski. 

Bagi saya, cukup memadai untuk snowplay salji sahaja. Orang cakap rugi laa tak main ski dengan snowboard. Hamboihh... hangpa ingat nak main ski dengan snowboard tu macam ko berdiri dalam air kaaa.... cuba try duluuu tengok boleh luncur ker idak. Paling tidak cuba dulu main ice skating kat IOI City Mall, boleh berdiri ke tak tu...? Susah yerr...

Jadi dengan kocek tak seberapa, abam purchase tiket masuk snowplay ni dengan harga JPY1800 per person. Tiket masuk ni boleh re-entry dan boleh guna sled dan tubing secara percuma. Tak perlu nak sewa bagai.


Mula-mula macam nak sewa aje pakaian full untuk golek-golek. Tapi tengok orang Jepun pun selamba je bantai jeans dengan kasut biasa. Full attire untuk ski tu korang kena sewa laa, tapi kalau setakat nak golek-golek main meluncur salji guna sled ni tak payah. Asalkan korang bawak spare seluar dengan baju saja kot-kot basah.

Lepas purchase tiket, drop bagpack dalam locker yang bersebelahan dengan office management. Selesa laa pasal tak ada orang pun. Dalam ni nyaman panas saja. Kat luar tu sejuk boleh tahan laa jugak. Dalam sini siap ada vending machine lagi untuk air panas. Harga pun sama saja pukul sama rata dengan Tokyo. 

Perkara pertama adalah main sled. Tak perlu susah payah nak naik bukit pasal ada travelator. Bila sampai kat atas, akan ada staff assist kita untuk launching. Apa lagi, perlumbaan sled bermula lah. Percubaan pertama memang gagal masing-masing berlanggar. Nama lagi first time kheeenn...



Bila dah sampai bawah, naik saja travelator, ulang balik main sled sampai laa korang bergolek-golek dalam salji.

Kat sebelah bukit sled ni ada tempat main tubing. Tapi korang kena amik tubing macam kita mandi waterpark tu. Pun sama tak perlu usung susah-susah, bawak tubing tu dengan travelator sekali. Tempat tubing ni dorang akan jaga supaya tak congest. Jadi one by one kena turun. Masalahnya tubing ni di boleh berpusing-pusing mat, susah nak control melainkan pasrah saja. Tau-tau korang dah kena hentak kiri kanan berpusing bagai sampai ke bawah. 


Main salji ni tak leh lama sangat, mudah kering tekak. Elok masa main salji korang kena pakai facemask. Sekurangnya dapat bantu untuk cegah kering tekak. Jadi kami kerap juga rehat kat locker room tu sambil makan-makan dengan minum air panas. Sementara tu dapat laa panaskan tangan kejap. Sejukkkk woii!



Dah refeul energy sambung balik laa main salji. Walau sejuk, bukan hari-hari dapat main salji kheeenn... saya pun tak kira berapa kali dah naik sled tu. Dah bergegar-gerar dah cushion stopper yang kami duk langgar masa turun sled. Pastu duk main lagi salji kat atas bukit. Buat snowball baling-baling. Abam buat laa dengan susah payah bentuk love. Walau pakai acuan, nak kasi perfect bukan senang ye!











Rasanya kami main salji almost 3 jam kot, walau rasa kejap tapi tak tahan la kesejukkan yang tiba-tiba angin dari bukit tu turun. Kalau tak berangin takpe geng... Angin dia tu jahat beb.. sejuk ketiak bhai.

Kami terus check-out dari Snowplay ni, sambung jalan kaki ke Karuizawa Outlet. Macam saya cerita tadi, Karuizawa Snowpark ni bersebelahan dengan outlet. Jadi tiba masanya untuk mak Nazril pulak shopping. Sementara duk cucimata dalam outlet. Abam singgah jap Starbucks beli Starbucks Mug edisi Nagano skali dengan kad. Rare item beb.

Outlet sini lebih kurang JPO Malaysia. Semua brand ada, duit aje yang kami tak berapa ada. Sempat laa masuk outlet Adidas dengan Nike. Target nak beli kasut lepas tengok apa barang yang boleh jual balik kat Malaysia. 



Karuizawa Outlet ni besar dan cantik kawasannya. Kat tengah outlet ni ada sebuah tasik lepas tu korang boleh layan view gunung tinggi pada sebelah utara outlet. Entah apa nama gunung tu tak ingat dah. Dalam map direction ada bagitau.




Disebabkan masa pun tak banyak, incoming train pada jam 01:58pm. Jadi tak sempat kami nak jalan kesemua tempat. Tapi dalam hati ada baguih jugak... selamat kocek abam bro dari kena paw.

Shinkasen ni on time ya tuan-tuan. Kalau schedule tu bagitau 01:58pm, maka dia akan tiba setepat waktu yang di cakap. Jika tuan-tuan terlepas train, maka tuan-puan kena tunggulah next train yang mungkin mengambil masa 1jam atau lebih. Pasal shinkansen ni train jarak jauh macam ETS Malaysia. Duration dia panjang-panjang dan bukanlah 10minit sekali. So schedule your plan betul-betul.

Naik saja train, kami terus lunch dalam train saja. Lunch nasi goreng yang dimasak oleh wife pagi tadi. Kalau ada konbini dapatla panaskan nasi. Dorang tak marah pun. Sambil-sambil minum kopi.

Destinasi seterusnya adalah Omiya Railway Museum. Ini pun salah satu itinerary untuk Nazril jugak. Dia yang tahu dan dia requst untuk pergi ke muzium ni. Maka saya onz saja memandangkan railway muzium ni seperjalanan balik ke Tokyo.

Untuk ke Omiya Railway Muzium ni perlu berhenti di Omiya Station, dan interchange dengan New Shuttle Line. Omiya Station agak busy kerana ianya adalah interchange station shinkasen. Samada korang nak pergi ke Osaka melalui Hokuriku Arch ataupun ke Aomori Niigata, Hokaido.

Muzium ni tak jauh pun dari station, jalan kaki saja dalam 5minit. Tiket masuk adalah JPY1330 untuk dewasa dan JPY1060 untuk kanak-kanak.

Apa ada dalam railway muzium ni? Ini pun saya akan ceritakan secara details disini untuk korang baca nanti. Salah satu yang menarik dalam ni adalah mereka menempatkan sejarah keretapi jepun dari dorang mula bina local train sehingga ke harini. Juga ada model-model lokomotif zaman perang Jepun dulu sampai train yang digunapakai sekarang.


Dorang akan bawa korang sejarah timeline dorang dan bagaimana Jepun membangun dengan membina kejuruteraan lokomotif dan shinkasen ni. Paling rare dorang letak shinkansen kepala Tohoku E5 dalam ni. Tohoko Shinkasen paling terkenal dan paling berteknologi setakat ini yang pernah Jepun bina. Jadi tak sia-sia masuk dan dapat bergambar dengan kepala shinkasen ni bro!


Selain tu jugak, ada sebuah kepala Shinkansen 0 iaitu bapak segala shinkansen. Shinkansen ini adalah shinkansen pertama dibina pada tahun 1964! Sehingga kini, shinkansen mencatatkan kemalangan sifar sepanjang perkhidmatan selama lebih 50tahun. Semasa gempa bumi besar pada tahun 2011, teknologi yang terdapat pada shinkansen berjaya mengesan gempa bumi dan membuatkan shinkansen berhenti serta merta. Tiada kemalangan atau kecedaraan dilaporkan semasa gempa bumi besar pada ketika itu.

Tak cukup dengan tu, luar bangunan ni ada pula kepala shinkansen Joetsu, kagum tengok pasal train ni jenis double deck. Bapak besar gila body dia. Tengok kat Tokyo Station macam biasa aja, rupanya apa yang kita tengok tu separuh badan ajer, separuh lagi terlindung dengan platform pasal dia dua tingkat. Memang superb habis. 

Dalam Railway Muzium ni memang khusus untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Maka parent tak akan rasa bosan nak layan sejarah lokomotif dan budak-budak pun tak bosan. Pasal bahagian timur bangunan ada mini-train yang anak-anak boleh pandu. Ada juga sebuah cafe yang comel untuk parent lepaskan anak-anak bermain plarail dan bawak train. Memang nice brada. 






Mini train ni saya naik pasal batas bahasa. Dah macam ayam itik pulak nak bercakap. Budak-budak kena bawak train dan dibantu oleh juru-kemudi train. Dorang tak reti cakap english so faham sendiri aje laa... Nak naik mini train ni kena add-on charges. Tak ingat berapa harganya. 


Settle lawatan bersejarah ni, kami nak balik ke Ueno Station. Tapi sebelum tu, saya bawa dorang ni naik shinkansen Tohoku. Dah alang-alang ada pass, bila lagi nak naik shinkasen Tohoku yang superb laju. Dari Omiya kami menuju ke Station Utsunomiya - jarak lebih kurang 120km tapi 20minit saja dengan shinkansen. 

Dah sampai Utsunomiya, kami nak patah balik ke Ueno Station. Kat station Utsunomiya dapat la si Nazril bergambar dengan shinkansen yang lalu berenti kat sini. Salah satu favourite dia kot kalau train ni. Siap hafal nama train lagik.





Memang nak feel the experience betul-betul. Percayalah, ada peluang, korang cuba naik shinkasen. Tak rasa apa pun tau-tau sampai destination saja. Cuma pada waktu petang ni, orang mula ramai dalam shinkansen. Pasal dah masuk waktu orang balik kerja. 

Bila tiba di Ueno, naaaaahhh masuk makin ramai. walau semalam dah datang Ueno Station, tapi harini kena pergi lagi pasal ada orang order baju Hard Rock. Wife follow pasal dia pasti singgah kedai Matsumoto dia tu.

Perut dah mula lapar, jadi, saya tak nak lagi makan nasi kebab. Jadi saya bawa dorang makan ramen pula malam ni. Cuma kena jalan kaki sikit untuk ke kedai ramen halal. 

Restoran ni tak ramai orang Malaysia tahu, saya jumpa dalam google maps saja. Nama kedai dirahsiakan... huhuhu.. nak tau kena PM tepi. Dalam blog Indonesia banyak review kedai ni, tapi orang Malaysia tak kenal sangat. Orang Malaysia duk layan Ayam-ku, Sushi ken dengan Oskar Kebab tu.

Yang jadi nama dirahsiakan tu pasal nak sebut nama kedai tak reti. Tapi saya tahu lokasi kedai. Kalau nak tahu nanti bawak saya je.

Kedai kecik tapi sempoi, jual ramen dan nasi jugak. Order kena buat kat vending machine dorang. Pilih nak makan apa, buat bayaran dan dapat resit. Resit tu nanti bagi ke waiter. 



Restoran kat Jepun ni best pasal korang tak perlu mintak air kosong atau air sejuk. Bila kita duduk, dorang terus hidang air kosong. Jimat tak perlu beli air melainkan korang nak minum teh panas ke kopi panas ke tu kena beli lah.

Selesai makan malam, kami terus balik ke guesthouse. Masa makan tadi, saya tengok forecast akan turun salji di Tokyo dan beberapa tempat pendalaman. Harap-harap esok boleh jalan dan salji tak turun lebat.

This is Awesone gaiss!

Comments

Anonymous said…
Salam Tuan. Tempat salji tu memang ada sepanjang tahun ke?
Nazrul Akram said…
Anonymous : Salji hanya turun pada awal November hingga Februari sahaja.
Faiezin said…
Kedai ramen yang nama dirahsiakan tu, adakah Toribushi Halal Ramen. Kami takde rezeki nak makan situ pasal sampai depan kedai jam 9.20pm dia dah siap2 nak tutup. Tapi memang bahagia sejuk2 makan ramen.
Nazrul Akram said…
Faiezin said...
Kedai ramen yang nama dirahsiakan tu, adakah Toribushi Halal Ramen. Kami takde rezeki nak makan situ pasal sampai depan kedai jam 9.20pm dia dah siap2 nak tutup. Tapi memang bahagia sejuk2 makan ramen.

- Ya betul nama kedainya... InsyAllah ada rezki kemudian hari.. kena pergi lagi laa tu
Anonymous said…
salam, bole tau trip japan tuan ni bulan berapa ya?
Nazrul Akram said…
Trip pada awal bulan Februari

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam