Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 1

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 1

Ini adalah pertama kali saya ke Jepun pada musim panas. Biasanya pergi waktu Autumn dengan Winter. Tapi kali ni Summer Trip, nak tau panas takat mana dorang kat negara 4 musim ni.

Oleh kerana February 2023 saya dah pergi Tokyo bersama family saya, maka entry kali ini saya ceritakan summer trip pula. Salah satu misi summer trip ini adalah streetwear hunting dengan membawa pulang beg saya yang tertinggal dalam train February lalu. Kesian..... tapi nasib baik ada. Maka ayuh mari membawa pulang beg.

Kalau nak baca apa tips nak kena prepare dengan bawa semasa travel ke Jepun, boleh baca di entry ini. Saya dah karang cukup lengkap atau boleh baca entry yang saya pergi bersama keluarga yang lalu.

Setakat ini, penerbangan direct yang murah untuk ke Tokyo adalah Airasia. Kalau dalam carian Skyscanner tu mungkin ada yang murah tapi rata-rata ada transit samada di Manila ataupun Ho Chi Minh. Disebabkan transit tu nak kena tukar flight dan self-handle luggage, maka saya tak gemar. Jadi baik naik AirAsia direct saja. 

Penerbangan AirAsia berlepas pada jam 1430PM di KLIA2. Sebelum itu, korang jangan laa datang airport hujung kuku ye. Kita kadang tak tahu ada hal-hal yang muncul pada saat nak check-in laa nak drop luggage laa ataupun orang ramai pada waktu tu.

Jadi nasihat saya, elok laa datang 4jam untuk penerbangan international. Datang awal tak apa, dapat lepas imigresen awal baru laa rileks. Dan sekarang kalau nak terbang oversea mohon semak sekali yer imigresen korang. Tambah-tambah yang tak bayar cukai. Nanti nama naik kena blok wooo. Boleh check perlepasan pintu negara disini.

Penerbangan ke Tokyo ni mengambil masa lebih kurang 7 jam. Jadi bila naik Airasia, siap-sediakan segala bahan hiburan sama Netflix, lagu mahupun buku. Kalau korang jenis kelaparan sepanjang masa, boleh beli nasik 3-4 bungkus dalam flight.


Disebabkan Jepun dah mansuhkan semakan vaksin Covid19, maka, cabin crew akan edarkan borang Custom Declaration pada kesemua penumpang. Borang ini perlu diserahkan pada bahagian kastam untuk semakan bahan yang korang bawa.

Alhamdulillah pesawat tiba dalam masa yang tepat. Selamat mendarat di Haneda Airport pada jam 1030malam waktu Jepun. Kami perlu bergegas kerana train terakhir untuk ke hotel adalah pada jam 12malam. 

Tapi malangnya masa saya nak pickup luggage, beg saya dah pecah entah kena hentam dengan apa tah. Nasib baik juga saya ada balut beg dengan wrapping (balut sendiri). Bila tanya pada staff yang bertugas, dia cakap boleh buat laporan pada bahagian claim luggage. Disebabkan saya ada insuran travel, maka saya boleh membuat laporan di Kuala Lumpur. Asalkan ambil gambar beg pecah dengan situasi luggage di conveyor tu saja.


Perjalanan diteruskan, beli suica card pada vending machine. Kami terus menaiki Tokyo Monorail pasal hotel yang kami stay ni berada di Hamamatsucho. Laluan Tokyo Monorail dan interchange JR Line ke Shinagawa.


Bila tiba di Hamamatsucho tu, kena laa tarik beg menuju ke Tavinos Hotel. Lebih kurang dalam 500meter dari station. 500meter bagi orang Jepun ni sangat dekat, 1km jalan kaki pun depa cakap dekat.

Cuaca pada masa ni tak sejuk dan tak panas sangat. Nampak jalan raya basah macam baru lepas hujan. Kalau datang waktu summer macam ni lah, panas pastu hujan. Kalau autumn hujan,hujan,panas, hujan. Banyaknya hujan tapi panorama pokok-pokok cantik.

Selesai checkin hotel. Dapat laa masuk bilik. Bilik hotel ni jenis bilik tau dan bukan capsule hotel. Kebanyakkan hotel di Tokyo memang kecik tapi complete ada meja, kerusi, tempat simpan luggage dengan tandas dalam bilik. Kat lobby dia siap ada coffee machine free lagi. Tapi kopi dia tak sedap!




Bawah hotel ni juga ada Family Mart yang beroperasi 24jam. Kalau lapar boleh turun bawah hotel pekena kopi dengan makan roti. Pasal kopi free tadi tak best, maka saya beli kopi family mart. Sedap wooo.



 Solat dan rehat untuk perjalanan keesokkan hari.

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 5

Disclaimer : Blog ini ditulis oleh Nazrul Akram sendiri dan kesemua tempat dan lawatan mahupun pembelian adalah berunsur peribadi. Sebarang pertanyaan boleh rujuk atau mesej di Instagram @nazrulakram

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1