Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 5

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 5

Hari terakhir kat bandar Tokyo sebelum pulang ke Malaysia. Kiranya harini tak rushing pasal semua barang pembelian dah complete. Cuma kami plan nak pergi ke Akihabara untuk menghabiskan sisa-sisa baki duit yen ni.

Sambil lepak-lepak tunggu kedia bukak, saya turun ke bawah melayan kopi Famili Mart dulu. Kopi kat hotel dia tak best. Bean dia masuk angin dah lemau. Alang-alang boleh habiskan duit syiling yen beli roti ke atau biskut kapal.



Urusan packing bag menjadi satu acara yang agak serius pasal beg dorang ni tak leh zip. Ini naya bro... shopping kaw-kaw neh... Menjadi satu amalan dan perkhidmatan yang ditawarkan untuk kami mem-zip-kan beg-beg supaya senang nak drop luggage dengan simpan dalam locker di station nanti.


Check-out dan berjalan meninggalkan hotel. Bagi saya, Tavinos Hamamatsucho ni adalah hotel yang agak strategik dan bagus dalam perkhidmatan. Jarak antara station sekitar 500meter dan bawah hotel ada 3 kedai serbeneka. Next time boleh lepak lagi kat hotel ni.

Disebabkan kami keluar pada jam 0900pagi, orang ramai mula buat kalut kat station, dengan beg yang sarat nak angkut naik train. Fuhhhh tak leh imagine kalau client datang bawa stroller pastu nak kena tarik beg mausk train. Naya weyyy..!

Kami terus ke Tokyo Station untuk drop luggage dalam locker station. Antara tempat banyak kosong untuk luggage locket ni Akihabara Station dan Meguro Station. Korang abaikan laa kalau nak drop luggage kat Tokyo, Ueno, Shinagawa nunn.. Kompem penuh kalau datang lambat macamni. Kalau datang pada jam 0800pagi InsyAllah masih ada slot. Itu pun berterabur susun atur beg. 


Bayaran locker besar adalah JPY700, bayar pakai Suica Card boleh, cash pun boleh. Lepas masuk luggage kena amik gambar kot-kot terlupa kat mana kita letak luggage tu.

Settle bag luggage terus sambung shopping last di Yodobashi Akihabara. Kawan saya ada kirim jam G-Shock bapak mahai giler. Semenatara tengok jam kiriman tu... Kita beli laa barang-barnag koleksi Tamiya yang ada. Harga jauh lebih murah dari Malaysia. Asalnya nak beli banyak, tapi mikirkan beg pun dah tak ada slot. Mana nak sumbat semua ni.

Yodobashi ni salah satu tempat department store yang murah kalau ita nak shopping. Kita as a tourist akan mendapat discount 8% lagi semasa bayaran selagi visa di passport masih hidup. Jimat bukan..?




Cuaca luar Akiba ni dah mula mendung, satu tempat yang belum lagi pergi adalah Asakusa Sensoji Temple. Ini adalah itinerary wajib orang pergi ke Jepun. Untuk ke Asakusa tak susah, boleh naik Subway line Asakusa atau Ginza, berhenti saja di Asakusa Station. 

Uniknya tokong ni adalah ianya mula dibina pada tahun 645M dan menjadikan temple budha pertama di negara Jepun. Lama betuk tahun 645M tu.... tapi apa nak pelik kan, binaan Kaabah Nabi Ibrahim pun dah beribu tahun lamanya.

Korang boleh layan sejarah kat sini cuma rata-rata yang datang kesini sebenanrya adalah untuk membeli souvenir. Sama seperti Petaling Steet, Asakusa Temple ni ada banyak kedai yang jual baju, souvenir termasuk laa Katana. Kita boleh beli katana untuk bawa balik ke Malaysia, hanya 1 sahaja dibenarkan.



Sebenarnya ada lagi kedai sourvenir yang menawarkan harga lebih murah. Ianya terletak disekitar Ueno. Hint dia bawah bangunan tu ada Matsumoto dan Daiso. Kalau korang jumpa, korang pasti gembira pasal magnet frdige, keychain dengan barang-barang lain jauh lebih murah dari Asakusa.

Sementara tunggu member shoppping habiskan duit yen, kita pekena dulu Costa Coffee dalam botol. Best sangat bro... apsal menda ni tak jual kat Malaysia haaaa..?


Perut mula lapar, jadi alangkah baiknya kalau makan tengah hari agar perut ni tidak masuk angin. Sekitar Asakusa ni ada banyak kedai halal. Antaranya Yakiniku Panga (Harga Premium), Ayam Ya Halal Ramen, Asakusa Sushi Ken macam-macam laa. 

Senang aje nak dapat kedai halal kat Tokyo ni. Nak makan masakan indonesia ada, Malaysia ada, thailand pun ada. Siap sediakan duit saja. Travel with halal ini sangat mudah.

Tapi untuk harini, saya nak makan ramen di Ueno. Nama kedainya Toribushi Halal Ramen, tak jauh dari Okachimachi Station. Boleh naik Ginza Line dan turun di Ueno-Hirokoji Station. 

Kedai ni harga dia murah, boleh pilih nak makan ramen mahupun nasi ayam. Saya suka ramen dia, topup pula nasi secawan. Baru laa rasa tegak nak jalan pulang bro... Nyambil makan borak dengan satu group dari Malaysia. Dorang baru sampai Tokyo dari Osaka. Terbaik gais.... berjalanlah selagi mampu. Keluar lihat dunia dan buat duit.



Ginza - Tempat Segala Premium Boutique Fashion Di Bandar Tokyo

Next kami jalan kaki membakar kalori makan ramen tadi. Menuju ke Ginza adalah satu perkara yang menarik juga selain menjadi orang acah-acah kaya-raya.

Kebiasaan kalau di Malaysia, nak shopping premium branded di Pavillion kan, kalau di Tokyo nun di Ginza. Sepanjang jalan dan laluan lorong ni adalah branded premium brand. Kalau di Harajuku Streetwear, Ginza pula premium, Shinjuku tempat ganster, Shibuya pula tempat beramai-ramai. Begitulah pengiraan saya.  



Kami ke Ginza ni pasal nak pergi ke Nissan Crossing Cafe saja. Tak ada nya nak singgah butik-butik premium tu haaaa...

Sambil layan showroom Nissan GTR 2024, dapat laa lepak kat Nissan Cafe lepas makan. Dalam ni dorang ada jual souvenir Nismo yang harga dia premium bro. Elok sangat beli kopi aje itu pun harga kopi dia macam dah seganda harga dari kopi kedai biasa yer. Boleh ler untuk buat raso-raso.





Sebelum pulang dan berangkat ke aiport, singgah lagi sekali kedai Don-Quijote untuk beli biskut/coklat untuk bawa balik. Saya suka beli benda ni di Akihabara pasal lepas beli boleh layan tengok shinkasen dengan metro lalu kat sbeelah kedai Makudonardo. 

Maaf saya terlupa untuk snap gambar pasal sibuk merakam video. Boleh tengok dalam instgram saya kat sini. Selesai pembelian dan clearkan syiling yen, maka perjalanan menuju ke airport diteruskan. Kena buka balik bag kat staiton untuk repacking. Lantak ler kalau orang nak tengok janji beg dapat masuk pastu tak lebih luggage allowance 25kg.


Misi saya kali ini berjaya, pasal kalau korang ingat masa hari pertama, saya datang untuk membawa pulang beg galas saya yang tertinggal masa trip bulan Feburari yang lalu.  Alhamdulillah beg saya dapat balik dengan bantuan makcik wife saya yang bekerja disana. Beg tu satu hal, barang dlaam beg tu yang penting sebenarnya. 

Baca Trip saya tertinggal bag di Tokyo yang lalu.

Syukur Alhamdulillah semuanya ada dan complete. Salute dengan negara Jepun. Tertinggal bag, satu barang pun tak lesap malah dorang siap shipping direct ke rumah di Meguro. Terbaik dan pengajaran jangan lagi tertinggal bag. Masih ada rezeki yaa pak.


Saya sarankan kalau korang naik AirAsia, kebiasannya flight waktu 1150pm. Nasihat saya elok korang sampai seawal jam 8.00pm untuk drop luggage. Orang agak ramai pada waktu malam di Haneda Airport. Jadi lepas drop luggage, terus beratur masuk security. Kalau nak lepak, lepak lah lepas stamping immigration. Masih ada kedai dan ada vending machine untuk korang makan/minum.  

Walau flight malam, saya beli juga kopi untuk buat rasa segar tak nak lemau. Dalam flight tetap tido jugak.

InsyAllah next trip saya nak ke Nikko pada waktu autumn pula!

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 1
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 2
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 5

This is awesoem gais.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam