Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 7

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 7

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di bandar Tokyo. Cukup saja travel 7 hari pasal cuti tak banyak lepas tu kerja harian sudah memanggil-manggil untuk balik.

Untuk hari terakhir ni, itinerary kami simple sahaja iaitu pusing saki-baki didalam bandar Tokyo iaitu Harajuku, Shibuya, Tokyo Tower dan Asakusa.

Oleh kerana harini perlu check-out pada jam 11:00pagi, maka kami persiapkan terus barang yang mula membiak-biak ni. Packing cantik-cantik untuk dibawa terus ke Tokyo Station. Sementara breakfast di guesthouse, masa tu juga kami packing. Rushing jugak laa.


Jam 09:00pagi kami keluar check-out. Saya meninggalkan pesanan dalam text Airbnb kepada host dan mengucapkan terima kasih atas hospitality yang diberikan. Bila kita guna airbnb ni, tak boleh buat macam hotel. Kita tetap kena kemas rumah dan buang sampah kerana rumah yang disewa itu bukan hak milik kita. Nanti kalau tak follow rules, nanti dia buat review dalam airbnb, udah nak booking airbnb dah tak boleh. Jadi bergunalah peribahasa, budi baik dibalas baik. Ehhh betul ke? 


Kali ni jalan kaki ke Asakusabashi agak penat pasal masing-masing tarik bag 20kg. Biasa jalan laju jer, tapi kalu ni mengah-mengah. Kena pulak station tak ada escalator. Kena laa angkut jugak beg naik tangga. Fuhhhh kali ni baru rasa peluh mengalir walau suhu 10c.



Hari ini adalah hari ahad, maka manusia pun tak berapa ramai. Nasib baik juga, jadi masa naik train menuju ke Tokyo Station tu tak pack. Kiri kanan ada bag ni.

Rupanya silap percaturan, bila tiba di Tokyo station, manusia tetap ramai...! Haish dorang ni tak reti-reti duk rumah ke apa? Huhuhuhu... saya terus mencari tempat untuk simpan bag - luggage locker. Pergi tempat pertama, full house, pergi ke tempat kedua pun full house, patah balik cari tempat drop luggage masa datang Tokyo masa Day 1 pun penuuuuuuh! Haduih...

Lepas tu masa jalan ke arah shinkansen gate, ada ternampak luggage storage manual, iaitu tempat drop luggage yang ada orang jaga. Harga tetap sama cuma beg kecik pun dia charge JPY700. Kalau luggage locker, beg size L adalah JPY700, M size JPY500 dan S size JPY400. Tapi kat sini dia pukul sama rata mat. Nak tak nak, dah tak ada tempat nak drop, kami tinggal jugak luggage kat sini dengan setiap bag kena charge JPY700.



Selesai drop luggage, baru senang selesa nak berjalan, maka saya menuju ke Asakusa. Walau Asakusa ni dekat dengan gueshouse kami, tapi harini baru kami nak pergi Asakusa. Tujuan dia adalah untuk beli souvenir dan layan Sumida River. 





Untuk ke Asakusa, perlu naik Asakusa Line dan turun di Asakusa Station. Tak jauh pun dalam 5 station sahaja. As expectation, orang memang ramai kat sini pasal hari Ahad. Mungkin orang datang untuk sembahyang di Asakusa Temple. 

Temple ini adalah sebuah temple besar dan pertama di Jepun. Dikatakan dibina pada tahun 924. Iya pada tahun 924 yerr... maksudnya sudah berumur 1099 tahun. Uisshhh biar betul ni. Tapi itulah yang dicatatkan dalam sejarahnya. Tapi apa nak dihairankan, Kaabah  pun dibina oleh Nabi Ibrahim A.S beribu tahunnya.

Tapi bukan cerita temple tu yang saya nak kongsikan, yang saya nak cerita jika korang nak beli souvenir bawak balik kampung atau nak bagi ke sedara-sedara tu boleh tawar-menawar kat sini. 

Mostly kedai yang ada kat sini menjual barangan souvenir dan makanan macam kuih manis. Dalam kedai mesti ada jual magnet fridge, keychain, baju macam macam lagi laa... korang tengok lah gambar berapa harganya. Time to drain your pocket here!




Kalau beli setakat sekeping-dua tu susah nak dapat discount, kalau banyak tu ada laa sikit discount. Tapi kalau dah beli banyak, banyak jugak lah duit yang keluar. Minta maaf sapa yang tak dapat souvenir pasal bila saya travel, saya jarang beli cenderahati kecuali kiriman orang mengirimkan dengan dengan duit dan bukanlah kata-kata manis. Cukuplah janji manis mu, saya pun dah cukup manis dengan senyuman gitew!




Habis shopping ala kadar kat Asakusa, saya bawa berjalan ke Sumida River. Sumida river ni salah satu sungai besar dan panjang di Tokyo. Kalau ada masa, korang boleh naik cruise dari Asakusa ni sampai ke Odaiba. Harganya JPY1500 aje untuk cruise 40minit. Baik jugak tapi saya tak nak ke Odaiba, jadi saya tak naik cruise tu.

Dulu, kat Asakusa ni ada satu Rock Shop, tapi malangnya masa covid baru ni, Rock Shop ini tutup. Tak silap saya ada 3 Rock Shop di Japan tutup kerana terkesan dengan pandemik Covid 19, iaitu Asakusa, Fukuoka, dan Kyoto.





Teruskan perjalanan, kami nak ke Tokyo Tower pula. Dari Asakusa perlu naik Asakusa Line, interchange di Tokyo Station dan naik Mita Line. Dari Mita Line turun ke Onamori Station dan boleh tiba di Shiba Park.

Masa naik subway line ni, baru saya perasan. Setiap gerabak no.5 akan ada section dimana sudut khas untuk penumpang kanak-kanak atau dikenali sebagai small rider. Anak-anak orang Jepun sangat berdikari sehinggakan ibubapa mereka membiarkan anak mereka menaiki train untuk ke sekolah seawal umur 6 tahun.

Jadi, pada gerabak ini, akan dikhaskan untuk small rider dan dihiaskan dengan animasi kartun. Lain gerabak lain dekorasinya. Bukan iklan yer, sememangnya khusus untuk kanak-kanak.



Shiba Park adalah view terbaik untuk korang layan Tokyo Tower. Ianya sebuah taman dalam bandar yang ada temple lama dan kawasan berkelah. Senang cerita tempat korang nak golek-golek. Kat sini saya rasa sedikit tenang dan selesa. Walau kiri kanan adalah bangunan pejabat, tapi suasana dia tenang.

Mungkin disebabkan jalan raya tak sesak, orang pun ramai lepas tu dengan cuaca yang sangat cantik. Pada tika ini, jam di tangan menunjukkan waktu 11:30pagi, cuaca pun mula naik sekitar 15c. Jadi boleh bukak jacket untuk rasa cuaca panas seketika.

Bagi saya, wajib untuk tiba ke sini pasal ia adalah iconic panorama Tokyo selain tempat-tempat lain. Kita tengok saja tower ni mesti tahu ini adalah simbolik kepada Tokyo selain daripada Mount Fuji. Sama macam Paris, tengok Eiffle Tower dah tau itu adalah Paris. Jadi tak rugi pun datang, benda pun free saja.



Apa yang korang nak buat kat taman ni tak ada sapa pun heran. Ko nak main bola ke, nak baring ke, nak makan ke tak ada hal. Jangan ko berak tengah taman ni udah lah.. Nanti ada penjaga taman datang tampor. Iya ada penjaga taman yang memerhati kot korang cabut pokok bunga dia aje. Hahahaha...

Habis saja ootd berlatar belakang iconic view, kami jalan kaki ke Tokyo Tower. Tujuanya adalah untuk makan tengahhari. Dalam Tokyo Tower ni ada sebuah kedai halal iaitu restoran Siddique Palace. Ini kedai macam ala-ala hindustani dan arabian. Menu utama nasi beryani, roti paratha pastu ada macam-macam laa menu masakan Pakistani dan India.

Kedai ni macam full house jugak, tapi tak ada laa kena beratur dulu sebelum masuk. Order makanan pun dalam 30minit baru dapat. Perut pun tengah lapar, memang sesuai nak makan nasi time-time macam ni.




Sebenarnya, korang boleh naik di obversation deck di menara Tokyo ni. Harga untuk naik berharga JPY1200. Tiket boleh beli dikaunter, tak ramai pun beratur. Kami tak naik pasal kami nak menuju ke Harajuku. Sebelum tu, saya sempat beli kopi kedai Lawson dulu. Tak tau laa kopi kedai 7Eleven, Lawson dengan Family Mart sedap lain macem!


Dari Tokyo Tower, terus naik subway menuju ke Harajuku. Most popular place di Tokyo untuk korang windows shopping dengan tengok anak-anak muda Tokyo dress cosplay, fesyen dengan bersosial di hujung minggu.

Seperti jangkaan saya, bila tiba di Harajuku Station, memang ramai manusia. Dah macam semut keluar sarang dah. 



Sekadar berkongsi pengalaman, sepanjang saya berada di Tokyo, kebanyakkan beg yang kami pikul ni jarang kami pusing ke hadapan. Bila berjalan tu memang normal saja tapi Alhamdulillah, beg kami selamat dan tak pernah dibongkar pun oleh pengcopet pengcopek beg.

Tapi, dalam masa sama, kita juga perlu berhati-hati, orang Jepun sememangnya jujur dan jenis tak rembat barang orang, tapi kita risau jika bukan orang Jepun yang copet barang kita atau yang buat kerja licik ni. Jadi sentiasa berwaspada. Jangan terlalu ramah jika ditegur oleh pelancong lain. Kadang kala itu hanya drama sahaja untuk buat kita leka, sedangkan kawan depa tengah songlap beg atau dompet anda.

Berbalik kepada cerita Harajuku. Takeshita Street adalah kawasan fesyen street dimana, jenama-jenama hype-beast, fashion, dengan barangan hiasan memang banyak. Manusia kat sini memang ramai.

Uniknya di Takeshita Street ni, tak ada sapa nak marah jika seseorang tu dress-up yang gila-gila. Malah, ada segelintir boleh bergambar dan mereka rasa macam depa tu seorang artis dah.  






Butik-butik yang terdapat kat sini juga menarik, kerana kebanyakkan lorong dan laluan sebenarnya seperti kawasan perumahan sahaja, tapi tingkat bawah terdapat butik pakaian mahal contohnya Adidas, Bape, 2nd Street, Ralph Lauren dengan local brand. 





Penat berjalan, kami singgah kejap di Lukes Lobster. Walau sebenarnya dah kenyang, Tapi saya tetap singgah untuk bagi dorang rasa Roti Lobster dan Udang. Harga dia memang mahal. Sekeping roti lobster berharga JPY1600 kauuuuu! Jadi beli dua saja dan share. Boleh koyak kocek kalau beli sorang satu. Makan buat raso-raso..



Settle makan, hari mula senja, kami jalan kaki balik ke Shibuya. Wife request untuk singgah di kedai Yamada Denki Labi. Dalam ni dia jual barang macam Yodobashi. Nazril sempat beli lagi train Plarail last untuk dia sebelum balik malam ni. 




Dalam ni saya tertarik dengan Google Product. Ada macam-macam google product yang dorang jual. Saya tak pasti kalau beli, boleh pakai kat Malaysia ke tak kerana pilihan bahasa yang terhad. Google Pixel 7 Pro pun harga lepas convert dalam RM4000+ saja. Agak murah kalau nak beli. Tapi duit tak ado, tengok ajer lah.



Dah settle, kami terus balik ke Tokyo Station untuk pick-up luggage. Dari sini, kami menaiki Yamanote menuju ke Shinagawa, lepas tu interchange ke Keikyu Main Line terus menuju ke Haneda.

Nak dijadikan cerita, semasa menaiki train Keikyu Main Line, orang agak ramai dan kebanyakannya membawa luggage. Jadi saya meletakkan bagpack saya pada simpanan atas. 

Bila dah tiba di Haneda Airport, kami terus keluar dari station mencari kaunter checkin untuk AirAsia. Pada masa ni, baru saya perasan bagpack saya tertinggal didalam train. 

Fuhhh perasaan masa tu dah mula berkecamuk. Saya terus berlari menuju ke pejabat Keikyu Line untuk mendapatkan bagpack. 

1 : Perbatasan bahasa. Walau dorang ni kerja frontdesk, tak bermaksud dorang faham english 100%. Jadi, apa yang membantu adalah google translate. Nasib baik saya download google translate Japan to English. Jadi tak perlu rangkaian internet untuk berkomunikasi.

2 : Officer tu cakap, trian yang kami naik adalah train jarak jauh. Dan train itu telah berlepas 10minit dah pun.

3 : Saya tanya, apakah peluang saya untuk dapatkan bagpack saya yang tertinggal? Dia cakap, dia kena tanya pada pada pegawai yang jaga station besar atau penhujung station tersebut. Bagpack saya mungkin ada tapi saya tak akan sempat untuk mengambilnya pada masa ini.

4 : Moral saya dah down. Dalam bagpack saya tu ada 2 jam G-Shock dan beberapa barang yang dibeli sebentar tadi. Nak nangis pun ada.

5 : Saya bertanyakan, pada station manakah bagpack saya akan dihantar? Beliau memberikan sebuah peta dimana kesemua lost&found akan dikumpulkan disana nanti. Jadi saya perlu ke sana untuk mengambil pada keesokkan hari.

6 : Tak sempat ambil, jadi saya guna talian hayat sahaja iaitu dengan menghubungi aunty wife yang ada di Tokyo untuk arrange dan pick-up bagpack saya nanti.

Dalam gambar ni bagpack saya yang tertinggal tu.... Huhuhuhuhuuuu...!


Dengan perasaan penuh kecewa, saya kuatkan hati dan rasa bersyukur kerana walau bagpack saya tertinggal.... passport saya dan Nazril berada pada waist-bag saya didada. Itu yang membuatkan semangat dan syukur saya. Jika passport saya dan Nazril berada dalam bagpack tu. Saya tak boleh balik dan saya terpaksa membeli tiket penerbangan baru untuk mendapatkan passport saya. 


Selepas drop luggage, kami ke 7 Eleven airport untuk membeli minuman, roti dan menghabiskan syiling yen dengan membeli coklat kapal. Coklat ni sedap geng kalau pergi nanti beli dengan harga JPY100 sahaja. Kat Family Mart Malaysia pun ada, dorang jual RM7.90, kat Jepun JPY100 = RM3.30 aje. Syiling kena habiskan pasal money exchange tak terima syiling ye tuan-tuan.x


Berakhir sudah percutian kami walau ending tak cantik. Tak apalah, untuk update korang, bagpack saya tu telah selamat dihantar ke rumah aunty wife di Tokyo. Jadi saya akan kembali untuk pickup balik saja nanti. Alhamdulillah tiada barangan yang hilang pun. Terbaik lah!


This is awesome gaisss!

Comments

sheifa said…
Nice blog! Byk informasi berguna! Encik ada bawa Brahim's tak ke sana
fahezah said…
Beli gshock kat mana murah dan menarik? Memang tak pakai metro pass ke, sepenuh nye pakai suica card sahaja?
Nazrul Akram said…
Sheifa : Saya tak bawa Brahim, saya hanya bawa sardin dan perencah nasi goreng saja. Segala pack food boleh dibawa masuk asalakn declare saja
Nazrul Akram said…
Fahezah : GShock murah di Yodobashi kerana dapat free tax lagi. pastu kadangkala ada gshock day akan dapat lagi discount after discount.

Saya tak beli metro pass pasal byk perjalanan guna JR Line. Saya hanya beli Tokyo Wide pass dan Suica Card sahaja. Bila lalu subway baru saya tap Suica card
Anonymous said…
Terima kasih, sgt informatif. Ramai dah xbuat travel blog mcm ni lepas covid era. Sgt2 membantu org mcm saya untuk susun jadual
Nazrul Akram said…
Terima kasih kerana membaca blog saya sebagai rujukan. Boleh rujuk itinerary post disini :
http://www.nazrulakram.com/search/label/itinerary
Anonymous said…
Salam Tuan,
Dari Asakusabashi Station ke Tokyo Station, tuan pakai 1 kad je ke (Tokyo Wide Pass)? Atau kena guna Suica Card juga?
Nazrul Akram said…
Ya betul, saya hanya guna Tokyo Wide Pass sahaja kerana Asakusabashi adalah Line JR. Untuk ke Tokyo dari Asakushabashi, perlu interchange di Akihabara, lepas tu naik Yamanote Line ke Tokyo Station

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam