Indulgence Living & Restaurant, Perak

Indulgence Living & Restaurant, Perak

Di Ipoh Perak terdapat sebuah restoran yang asalnya menyajikan hidangan menu barat dan beberapa local food yang dinamakan Indulgence Restaurant, telah diubahsuai dengan menambahkan hotel untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara ke Ipoh Perak.

Indulgence Living & Restaurant ini terletak di Jalan Raja Hilir Ipoh Perak dimana restoran Indulgence tersebut menjadi restoran hotel. Hotel ini menggunakan senibina asal Villa peninggalan sejarah ketika zaman penjajahan British satu ketika dahulu. Senibina ini sungguh awesome kerana terdapat beberapa bilik dan mereka juga telah melakukan beberapa ubahsuai untuk penambahan bilik.

Indulgence Living menawarkan 7 bilik dan kesemua bilik mempunyai tema dari negara yang berlainan supaya pelanggan dapat merasai suasana bilik dari luar negara. Antara bilik yang mereka sediakan adalah Ildi Cotemporary, Kinnari Thai, Guilliana Itallian, May-Suit Chinese, Tzarrah Morrocan, Beverly English Country dan Qatrynka Roccoco.

Lebih dari itu, mereka yang menetap di Indulgence Living ini akan mendapat bedroom breakfast mengikut tema bilik mereka contohnya jika mereka menetap di bilik Tzarrah Morrocan, maka meraka akan mendapat menu dari negara tersebut. Sungguh Awesome, tak perlu pergi makan cari kedai lain.

Manakala di Indulgence Restaurant, mereka menyediakan makanan ala-barat, local food dan beberapa menu special. Juga terdapat beberapa Private Dining untuk keluarga iaitu Alessandria Room, Krystal Room dan The Parlour. Akan tetapi restoran ini juga menawarkan wine, oleh itu kesahihan status Halal mereka juga meragukan dan perlu tanya dahulu cara masakan mereka walaupun mereka tidak menyediakan makanan berunsurkan 'pork'.

But this Indulgence Living & Restaurant adalah sebuah tempat yang awesome untuk dikunjungi di Ipoh Perak, nice nice.. Awesome!









Source : indulgencerestaurant.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1