Tiara Labuan Hotel, Labuan

Tiara Labuan Hotel, Labuan

Last month saya ker Labuan dan menyinggah ker Tiara Labuan Hotel untuk lawatan kerja. Sebelum ni xperasan pulak Tiara Hotel yang sebenarnya dekat saja dengan pusat bandar, hanya kira-kira 10minit sahaja memandu. Di Labuan ini amat sesuai jika anda dapat sewa kenderaan kerana harga sewa untuk sebuah kereta amat murah dan anda dapat drive satu pulau Labuan ini dalam masa lebih kurang 1-2jam ajer.

Tiara Labuan Hotel adalah sebuah hotel yang dah lama beroperasi dan pihak pengurusan Tiara ini juga selalu menukarkan tema hotel untuk menarik perhatian pelanggan. Rata-rata pelanggan yang stay di Tiara ini orang semenanjung dan foreigner yang berurusan dengan kerja-kerja oil&gas.

Disini mereka menyediakan bilik Deluxe, Two Bedroom Suite, Premier Suite, dan Tiara Villa. Harga bilik bermula RM300 hingga RM2000 dan anda akan mendapatkan diskaun jika anda membuat tempahan secara online. Pastinya bilik paling menarik disini adalah Tiara Villa dimana Tiara Villa merupaka sebuah banglo stand-alone yang mempunyai private swimming pool dan berhadapan dengan laut.

Fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel juga memuaskan pasal dorang menawarkan free gymnasium, basikal mountain-bike untuk 1jam dan breakfast. Dekorasi Tiara Hotel ini lebih kearah jungle resort, nature dan village. Beberapa restoran dan bar juga ditempatkan untuk pelanggan yang ingin membuat seminar ataupun team-building.

Selain itu water-sport juga tidak ketinggalan untuk peminat laut, korang boleh snorkeling dibeberapa pulau kecil sekitar Pulau Labuan dan juga scuba-dive jika anda mempunyai lesen dive manakala jet-ski, banana-boat dan kayak perlu disewa dengan pihak hotel.

Sungguh berbaloi untuk menginap di Tiara Labuan Hotel kerana ianya tidak jauh dari pusat bandar dan pengurusan yang sungguh sempurna dan awesome!











Source : tiaralabuan.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1