House of Nasi Kerabu

House of Nasi Kerabu

House of Nasi Kerabu atau dalam nama singkatannya adalah Honk Honk... Huhuhuhu.... House of Nasi Kerabu ini adalah sebuah kedai makan yang menyajikan masakan Kelantan dan setakat ini Nasi Kerabu dia saya kasik rating 9/10.

Restoran ini terletak di Prima Sri Gombak dan mungkin ramai yang belom mengenalinya so boleh scroll down kebawah tengok map yang saya attach-kan.

Disini menu utama atau menu specialnya adalah Nasi Kerabu NARA dan Nasik Kerabu Combo. Nasi Kerabu NARA ini adalah nasik kerabu yang warna biru dan adna boleh pilih samaada nak daging bakar mahupun ayam bakar.

Manakala Nasik Kerabu Combo pulak dihidangkan dengan ayam percik, ikan goreng dan daging goreng. Kalu korang seorang yang pelahap bolehlah order hidangan combo nih..

Oleh itu, lalu saya singgah dikedai ini dan saya order Nasi Kerabu NARA dan Nasi Kerabu Tumis. Seperti yang saya katakan tadi Nasi Kerabu mereka memang sedap. "Mano-mano ore Kelate buleh laa maghi keda dio, acu try dulu wak pelepah nasi kerabu kapung". Time saya gi tu dah pukul 10mlm so xde orang pon... Kalu korang datang lunch/teatime agak full house jugak laa.

Saya juga mengesyorkan pada mereka yang mahu cuba Nasi Kerabu di KL nih, anda boleh singgah dan banyak lagi menu selain daripada Nasi Kerabu antaranya Nasi Belauk Ayam/Ikan, Nasi Kukus Ayam Dara/ asi Kukus Gulai Itik dan masakan ala-Thai.

Saya pon malas nak typing panjang jela, lebih baih anda singgah saje di restoran mereka dan judge sendiri. Awesome dude!












Source : houseofnasikerabu.blogspot

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1