Gerai Sinar Delima, Kota Kinabalu Sabah - Part 2
Gerai Sinar Delima, Kota Kinabalu Sabah - Part 2
This is Awesome dude!
Last week outstation 2 hari ke Kota Kinabalu, sebuah negeri yang Awesome!
Tak dinafikan sekarang dah xsusah payah nak cari makanan best di Sabah nih berbanding dulu. Korang kena rajin blogging dan searching jer.
Sepanjang waterfront dari Hotel Promenade sampai la Hotel Grand Hyatt terlalu banyak restoran masakan seafood dengan harga jauh lebih murah dari semenanjung.
Disyorkan anda jalan-jalan dikawasan ini sekitar jam 6.00pm untuk tengok sunset yang betul Awesome. Kadang-kadang ada budak2 buat baskin music berhampiran bulatan ikan todak tu..
Tapi saya dah ada panel tersendiri jika mengunjungi KK nih. Pastinya saya akan singgah di Gerai Sinar Delima yang terletak di Anjung Selera berhadapan dengan Hotel Grand Hyatt.
Brader dengan akak tu pon dah kenal sampai dah buleh dapat harga special price beb! Pasal haritu saya outstation sorang jer.. so menu makanan xde laa banyak sangat. Saya hanya amik udang dengan sotong ajer. nak belasah ikan takut tak habis.
Udang buleh didapati dengan harga RM4.00/100gram termasuk harga masak manakala harga sotong pula RM5.00/100gram. Menu utama adalah udang masak butter basah dan sotong masak sambal. Perghhhhh tangkap leleh siot!
Saya taknak cakap banyak, jika anda ke sini anda perlu mencuba semuanya ini. sungguh berbaloi dan sangat murah.
InsyAllah nant saya bawak family kecil saya kesini untuk membuat Sabah trip.
This is Awesome dude!
Comments