Restoran Saigon Green House, Ho Chi Minh
Restoran Saigon Green House, Ho Chi Minh
This is Awesome dude!
Mencari kedai makan halal dinegara bukan Islam adalah agak mencabar. Sememangnya tidak banyak kedai makan Halal yang disediakan.
So sebelum pergi lebih baik untuk blogging dulu mencari makanan yang halal dan terus terang dimaklumkan, makanan halal di Ho Chi Minh agak mahal nak banding kedai makan depan rumah kita. Huhuhu....
Tempoh lalu saya singgah makan tengah hari di Restoran Saigon Green House yang terletak di Jalan Nam Kyi Khoi, lebih kurang 0.5KM+ dari pasar Ben Thang.
Restoran ini terletak di tingkat 3, kat bawah tu anda boleh nampak kedai orang jual baju dengan beg. So kena naik lif untuk ke restoran ini.
Sememangnya Awesome! Restoran ini menyajikan masakan ala thai. Perghh ala thai beb... kena hirup sup tomyam dia sangat nimkat.. macam dah lama benar xmakan tomyam.
Suasana kedai sangat bersih dan tak de orang pon. Xpasti samada orang tak tau ataupun orang xnak makan lagi. Tapi pada dinding restoran terdapat gambar2 bikers dari Malaysia iaitu dari kelab Kawasaki, BMW dan macam-macam lagik dah datang ke restoran ini.
Kami order Tomyam, Ikan Siakap Goreng, Ayam Masak Halia dengan buah. Harga pon boleh tahan jugak tapi not bad pasal susah nak dapat makanan macam nih. So kena berkorban laaa dude!
Bila diperhatikan, anda perlu jalan kaki meronda sekitar kawasan pasar Ben Thang, rupanya ada juga beberapa restoran yang macam Saigon Green House, depa terletak pada bahagian atas bangunan kedai kain. Sekitar ini terdapat ramai orang Malaysia so banyak restoran halal yang bukak.
Lepas makan buleh layan orang jual kain ditingkat bawah.
This is Awesome dude!
Comments