Kaffa Cafe Damansara Utama, KL
Kaffa Cafe Damansara Utama KL
This is Awesome dude!
Memang dah lama nak upload pasal coffee house area KL nih tapi apakan daya kemalasan melanda. Beberapa bulan yang lalu saya dah menyinggah di Kaffa Cafe yang terletak di Damansara Utama KL atau lebih glamer Damansara Uptown.
Kaffa Cafe nih pastinya dah ramai orang tau dan dah banyak blogger lain review, so saya tak heran semua tu pasal saya hanya nak upload kerana ianya sangat awesome!
Time saya singgah tu dalam waktu Brunch, so customer pon ada la sorang dua. Paling nice adalah decoration dia yang menepati kepiawaian pengemar coffe yang suka lepak menghabiskan masa...
Hanya lepak dan menghirup Long Black Coffee yang dah nak masuk lunch sebenarnya bukan waktu yang sesuai. Tapi Arabican coffee mereka ternyata membuatkan anda pasti datang lagi. Suasana kedai yang tenang dan sempoi. Adalah dicadangakan jika korang nak berdating disini yawwww...
Harga pula sekitar RM5.00 hingga RM12.00 bagi coffee... manakala makan pula boleh dikatakan agak mahal, sewa kedai mahal bro... kena makap sikit nak cover semuanya... kene faham tu.
End word, Kaffa Cafe memang sempoi untuk anda having coffee, mungkin next time kene datang tea time.
Comments