Bercuti ke Bukit Tinggi & Padang Indonesia - Day 1
Trip to Bukit Tinggi & Padang Indonesia - Day 1
Dah bosan dengan tips, so lets move it move it babehh..
Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.
Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Bandar Padang.
Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.
Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking
Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat ubatan anda.
Tips #4 : Oleh kerana saya melawat negara Indonesia, makanan Halal adalah tidak menjadi masalah terutama anda mengunjungi ke Padang dan Bukittingi
Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar.
Dah bosan dengan tips, so lets move it move it babehh..
Bukit Tinggi dan Padang adalah nama sinonim jika anda berkunjung ke sini. Trip kali ini hanya short trip memandangkan offer tiket AirAsia yang sangat murah. Perjalanan flight memakan masa hanya 1jam 5minit tidak menjadi masalah. Cuaca agak cerah di bumi Padang, tiada jerubu mahupun kelabu asap.
Cuma silap timing jugak nak berjalan ke negara Indonesia pada hujung tahun pasal iklim pon lebih kurang Malaysia, so hujan sepanjang masa beb.... nak ronda2 sekitar town pun susah.
Tiba di Airport Minangkabau, berjumpa dengan supir yang saya telah booking sebelum ini dan terus menuju ke Bukit Tinggi. Adalah diingatkan bahawa perjalanan ke Bukit Tinggi memakan masa lebih kurang 3jam dan boleh cecah 5jam jika jalan jem.
Loading ajer barang dalam mini bus, saya terus cakap kat supir singgah makan di Lamun Ombak. Palan rata-rata saya seah memang orang Malaysia suka betul singgah kat restoran nih.
Setibanya di Restoran Lamun Ombak, pastinya makanan hidangan Padang akan disediakan, mungkin restoran ini dah ada franchise mereka sendiri, maka harga makanan agak ketara jika berbanding kedai-kedia yang lain.
Sepanjang jalan ini adalah jalan mendaki bukit dan agak sempit. Jika anda pernah melalui jalah dari Tapah ke Brinchang memang sebijik jalannya. Memang sesak beb pasal lori, van kereta semua lalu dowhhh...
On the way ke Bukit Tinggi singgah sebentar di Air Mancur Lembah Inai. Errrr... sebenarnya xsinggahpon xpe pasal hanya boleh amik gambar dengan lepak layan cuaca sejuk ajer. Bayaran dikenakan dengan harga IDR1,000 sahaja.
Teruskan perjalanan kami dengan singgah sebentar di Pusat Dokumentasi Kebudayaan Minangkabau. Jika anda sukakan sejarah dan kesenian senibina, anda sangat dialu-alukan singgah disini. Pusat Dokumentasi ini dah nak sampai di Bukit Tinggi, so cuaca dah agak sejuk macam Cameron Highlands.
Disini akan ada pegawai bertugas yang akan menceritakan sejarah Minangkabau dan beberapa sejarah yang berkaitan dengannya. Agak best lepak dalam rumah dorang pasal cuaca sejuk.. boleh keringkan ketiak yang basah beb!
Sesudah itu saya teruskan perjalanan untuk ke hotel... Saya memilih Hotel Benteng yang berada tidak jauh dari Centerpoint Jam Gadang. Harga agak murah booking dari Agoda.com. Boleh rehat, solat dan tidur sekejap sebelum shopping.
Pada waktu malam kami menuju ke area Jam Gadang dan lepak disekitarnya. Tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan pasal hari hujan malah lebat jugak. sampai demam anak kawe dibuatnya,
Sambung pada Day 2
Comments