Bercuti ke Bukit Tinggi & Padang Indonesia - Day 2 & Day 3

Trip to Bukit Tinggi & Padang Indonesia - Day 2 & Day 3

Sambungan daripada perjalanan kami semalam, pada awal pagi kami breakfast saja di hotel. Menu memang sedang sedang saja.. huhuhu akan tetapi udara pagi memang sangat segar dan nyaman. Terasa nak jogging kat sini.

So aktiviti kami pada hari ini adalah untuk shopping dan singgah dibeberapa tempat. Pada waktu check-out, beberapa peniaga macam tau kami nak blah dari hotel tu (Sebenarnya mereka dah deal dengan supir kami.... ) dorang dah mual bentang tikar jual kain pasang dengan baju wanita.

Seriously jika anda memilih mana-mana hotel di Bukit Tinggi ini dan ada peniaga yang berniaga didepan hotel saya sangat syorkan anda beli pasal harganya lebih murah dibandingkan didalam pasar nanti. Mungkin depa ni xbayar perlu bayar cukai kedai dan anda boleh tawak kaw-kaw punya sampai dapat gift yang lain.

Kami sangkut hampir 1jam lebih, wife dengan family saya yang lain turut join beli kain disini dan adalah satu sesalan xborong semuanya.

Aktiviti seterusnya kami target ke Aur Kuning dimana tempat ini adalah kawasan orang menjual kain pasang dan baju yang dah siap dijahit. Tak jauh dari centerpoint Bukit Tinggi ajer... so supir menurunkan kami dengan pesanan berjaga-jaga dengan si pencopet uang. Take more alert guys bila kesini pasal kedai-kedai mereka seperti tidak teratur, sempit dan mudah tersesat. 

Tepat sangkaan kami... harga kain pasang sedikit mahal jika nak dibanding orang yang berniaga didepan hotel tadi... memang tidak Awesome! Hujan mula turun yang membataskan pergerakkan kami untuk ke kedai yang lain. Mungkin bukan rezeki kali ini.

Seterusnya kami menuju turun ke Bandar Padang. Seperjalanan itu kami singgah di Oleh Oleh iaitu kedai yang menjual kerepek. Kedai ni memang besar dan segala kerepek yang dijual di Padang di proses disini. So anda boleh tengok diorang menggoreng dan packing kerepek. Harganya pula boleh dikatakan murah dan lebih awesome dorang boleh tapaukan kerepek yang anda beli dalam kotak... So tak perlu fikir nak cari kotak dan terus masuk dalam cargo.

Habis beli kerepek terus menuju ke Padang, jalan agak jem... perut dah mula lapar... lebih kurang 3jam dalam mini bus kami singgah lagi di Lamun Ombak.. kali ini cawangan yang lain plak... agak pelik, patutnya cara masakan sama akan tetapi kureng sikit... entah laa...

So di Padang kami check-in di HW Hotel. Hotel ini saya tempah melalui Agoda.com. Seriously hotel ini nampak macam biasa tapi sangat best. Ada swimming pool dan restoran mereka sangat selesa. Di Padang kami tak berkesempatan nak ronda-ronda pasal hujan turun agak lebat. 

Pada malamnya kami memilih untuk dinner di restoran hotel ini.. percaya atau tidak.. harganya memang sungguh murah dan yang penting ianya sangat sedap! Oleh kerana hujan berpanjangan, Nazril tidak dibenarkan mandi pool sama sekali... Sorry bro....

Day 3

Siap sedia untuk check-out dan sekali lagi HW Hotel nih sungguh Awesome. Oleh kerana kami xsempat breakfast pasal flight jam 0800, so mereka telah tapaukan kami sandwich dalam kotak untuk setiap orang. Box ni anda boleh makan dalam flight. This is Awesome..

Perjalanan dari hotel ke Airport mengambil masa lebih kurang 45minit. Diingatkan sekali lagi, sekuriti di Padang adalah sangat ketat dibandingkan dengan Padang sehinggakan air untu membuat susu bayi pon mereka sukat.. tak boleh lebih dari 500ml.. Demmmm....

Anyway trip pada bulan Disember tidak begitu Awesome pasal cuaca macam kita jugak.. hujan sepanjang masa.... so next mungkin repeat untuk cuaca yang terbaik...


This is Awesome dude!










Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1