Bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 & Day 3

Trip to Krabi, Thailand - Day 2 & Day 3

Day 2 : 

Breakfast dengan makan roti aje pasal confirm makanan hotel tak halal punya.

Tunggu driver yang kita deal pakej gi pulau tu datang pick-up di hotel. Kami punya amik dengan Sea Eagle Tours. Memang tiptop dan Awesome.

Driver akan bawak berkumpul di Aonang Beach. Korang kena register nama untuk Insuran. (Tak perlu bayar dah). Mereka akan bahagikan kumpulan mengikut wrist-band. Tapi jangan risau, jika anda satu group dorang xakan pisahkan. Follow ajer tour guide dorang nanti.

So 1 Day pakej Phi Phi Island ini akan merangkumi Bamboo Island, Mosquito Island, Maya Bay, Phi Phi Dong Island (Lunch disini)  dan Viking Cave. Lebih kurang jam 4 petang mula balik ke Aonang Beach.

Waktu tengahhari mereka akan ke Phi Phi Don Island untuk makan tengah hari. Sini anda jangan risau mahupun was-was pasal kesemua restoran disini adalah halal.. mengapa ianya halal? Nanti korang berada di Phi Phi Don korang akan tahu mengapa.. sejarahnya disana, so xnk ler saya menceritakan. Sila kasi derma sikit pada tabung Masjid PhiPhi Island. 

Selepas balik dari pulau baru la kami kasi greenlight Nazril mandi kolam, sejuk gila bak ang.... gigil2 beb...

Pada malamnya kami ronda di sekitar Aonang Beach cari kedai makan dengan chill. Anda boleh try dinner di kedai seafood berhadapan dengan Masjid Aonang. Pada waktu malam lagi happening. Nak jalan-jalan pon senang pasal da rasa redup.

Top-up souvenir yang xsempat nak beli kat Night Market semalam. Jangan lupa pekena lagi Banana Pancake. Ini salah satu makanan paling sedap dalam planet nih... Feveret saya adalah Banana Chocolate... perghhhhhhh sedap siot.


Day 3:

Breakfast macam biasa pekena roti sapu dulu kat hotel. Lpas tu tunggu Nazril bangun terus kami ronda di sekitar Aonang Beach dan sarapan sekali lagi dengan cara beli nasi di tempat kami naik speed boat semalam.


Lepas tu kona ronda ronda masuk Perkampungan Islam, layan pusing kampung satu round lepas tu balik hotel siap2 kemas pasal driver teksi jamji jam 1130am nak pickup gi Airport.

Nak layan mandi kolam sekali lagi memang xsempat dah beb... tepat jam 1130 driver sampai terus ke Aiport.

Trip kali nih memang short-trip. Next trip Insyallah kami nak datang 4 hari untuk layan pakej pulau dengan nak gi Emerald Pool.

This is Awesome dude....














Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1