Tutorial Online Shopping Zalora
Tutorial Online Shopping Zalora
Nama yang sudah tidak asing lagi dalam field online shooping. Pastinya korang mesti dah tau apa itu Zalora. Cuma korang mungkin tak tahu bahawa Zalora nih dah ada dibeberapa negara Asean.
Di sini saya nak share cara-cara nak online shopping Zalora yang mudah dan memberi beberapa tips diskaun untuk korang. Err... terlebih dahulu korang download dulu app Zalora dan Google Play atau Apple Store atau menerusi web disini... Selebih nya jommm layan.....
1. Register dulu la akaun baru anda. Sangat senang dan mudah beb.
2. Korang fill-up Billing/Shipping Address pasal nanti kalau korang nak shipping ke rumah pasti kena fill-up jugak.
3. Kalau korang perasan, kat column bawah tu dia ada minta email untuk dapatkan voucher RM25.00. Korang fill-up jugak email yang korang register tadi dan Zalora kana hantar Voucher dalam email tersebut.
4. Mulakan carian anda dalam Zalora, typing saja pada search atau search by categories.
5. Jika sudah yang berkenan mahupun dikenang... klik saja pada gambar item tersebut, kadang-kadang akan ada diskaun pada item pilihan anda tu.
6. Jika anda membeli kasut, baju, seluar ataupun barangan yang mempunyai saiz, anda boleh memilih saiz dan juga beberapa jenis warna yang terdapat pada merchant.
7. Bawak cursor pada icon My Bag dan klik pada Checkout Now untuk confirm beli terus.
8. Fill-up maklumat anda seperti nama dan alamat shipping dan klik Save & Continue.
9. Pada page ini, anda boleh pilih cara pembayaran anda samada Cash on Delivery, Credit Card mahupun Online Banking. Di sini saya tunjukkan cara-cara Cash on Delivery dan Online Banking.
9.1 Cara pembayaran Cash on Delivery.
9.2 Cara pembayaran Online Banking
10. Complete Order dan tunggu barang sampai ke tangan anda. Bravo!
Comments