WannaCry Ransomware
WannaCry Ransomware
12 May baru ni kecoh pasal WannaCry Ransomware, katanya bermula di Britain dan mula menular ke 74 buah negara lain dalam beberapa hari sahaja. Seperti makluman Cyber Security Malaysia, virus yang dihantar ini berbentuk encryption dimana kesemua file mangsa akan encrypt tidak dapat dibuka. Satu mesej akan dipaparkan mengenai cara untuk decrypt file berserta bayaran dengan menggunakan Bitcoin. Encrypt virus bukan benda yang baru, dah agak lama dah virus jenis ini cuma ianya bergurau secara kasar. Kalau virus jenis Trojan tu boleh la kita dok godek2 bukak file, tapi macam mana pula kalau kena file penting jadi encrypt.
Persoalannya, menatang apekah itu encrypt? Budak IT tahu la kalau user macam makcik manetahu der. Encrypt dengan kata mudah file ada dikunci untuk mengelakkan pihak ketiga membaca file yang terkandung didalam. Ada juga user confuse dengan Archive.Archive tu lain, kalau nak cerita dah jadi macam wikipedia.
Untuk Wannacry Ransomware ni anda hanya perlu berhati-hati dengan capaian link anda apabila surfing internet serta iklan yang terdapat didalam email, facebook serta mesej tertentu samada didalam messenger atau whatapps.
Berikut adalah salah satu langkah pencegahan dan perkara yang perlu anda lakukan untuk keselamatan data anda.
Must Do :
1. Install dan up to date anti-virus anda. Jangan kedekut.
2. Delete serta merta email yang mengandungi link yang tidak pasti walaupun pada iklan jualan murah.
3. Enable Pop-up blocker on your web browser. Kalau jenis suka booking tiket flight atau banking online, allow-kan link itu sahaja. Yang lain remains.
4. Buat backup file anda secepat mungkin. Kalau guna cloud pastikan cloud yang terbaik seperti i-Cloud, Google Drive tau yang seantero dengannya.
5. Gunakan Wi-fi yang mempunyai kata kunci (password).
Don't :
1. Disable Antivirus untuk performance PC anda.
2. Klik pada link sesuka hati terutama pada iklan didalam email.
3. Membenarkan pop-up dari sumber tidak dikenalpasti.
4. Membuat backup dan menyimpan data backup anda pada peranti yang sama.
5. Menggunakan wifi percuma di public. Ini adalah sangat dumb-ass, nak benda percuma, segala gambar dan file dicuri tanpa pengetahuan anda.
Virus dimana-mana, kalau nak kena tu kena jugak, tapi kalau dah kena menangis tak berlagulah. Contohnya laptop kerja kita yang kena impak dengan data dah 10tahun dok dalam tu. Datang keja pagi esok semua file encrypt tak leh buka. Last choice format, data gone. Bye-bye.
Kalau rasa data tu sangat penting, buat back-up banyak sikit. Kalau rasa tak selamat simpan dalam cloud. Kalau file corrupt dalam cloud boleh susulkan saman. Juga nak ingatkan, jangan suka-suka nak connect free wifi tu. Nanti abang ceritakan apa buruknya free wifi ni.
Kalau abang share menggunakan www.nazrulakram.com dalam facebook pastinya selamat. Jangan risau.
Kalau abang share menggunakan www.nazrulakram.com dalam facebook pastinya selamat. Jangan risau.
This is not Awesome dude...
Comments