Restoran Halal di Perth
Restoran Halal di Perth
Apabila anda mengunjungi ke sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam.
Perth adalah salah satu negara yang agak mudah untuk mendapatkan restoran-restoran Halal. Anda boleh membuat carian atau research pada blog dan website Zahibah.com.
Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Perth. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti.
1. Insan Cafe, Murray Street.
Restoran ini sangat terkenal dikalangan pelancong Malaysia. Saya pon tak pasti owner restoran ini samada orang Malaysia ataupun Indonesia. Ada juga yang mengatakan orang Sarawak dan ada juga cakap orang Bandung, saya pula tak tanya dengan orang kaunter. Lapar time tu. Tapi tengok pada menu tu macam orang Malaysia ajer.
Menu yang terdapat di Insan Cafe ini memenuhi citarasa perut orang Malaysia yang mempunyai Nasi Goreng Insan Cafe, Mee Goreng Mamak, Nasi Goreng Kampung macam-macam lagi dan yang paling win ada Teh Tarik. Confirm orang Malaysia.
Harga makanan bermula dari AUD10.00 hingga ke AUD20.00, ada juga masakan lauk campur dengan harga AUD10.00 untuk 3 jenis pilihan lauk dan 1 nasi. Boleh jimat jika makan untuk 2 orang pasal nasi mereka memang banyak.
Restoran ini terletak di Murray Street, kalau nak drive, agak susah untuk dapatkan parking. Kalau jalan kaki korang perlu melintasi London Court dan terus menuju ke penghujung jalan Murray Street.
2. Kaili's Fish Market, Fremantle
Kailis' Fish Market adalah salah satu restoran yang agak terkenal dikalangan pelancong Malaysia selepas Insan Cafe. Tiada menu ayam atau daging dijual di kedai ini dan hanya seafood semata-mata. Hampir sama seperti Sydney Fish Market dimana korang boleh pilih seafood yang korang nak dan terus masak.
Pekerja kaunter juga memaklumkan tiada penggunaan berasakan vine atau alcohol dalam masakan, hanya lebih menggunakan garlic dan cuka. Jadi tidak perlu was-was dalam masakan mereka. Cuma kalau korang jenis ada alergic pastikan ubat bersama anda.
Harga makan sedikit mahal disini bermula dari AUD11.00 hingga mencecah AUD80.00 iaitu full platter seafood yang mempunyai pelbagai makanan laut termasuk lobster dan oyster. Korang juga boleh pekena kopi kat kedai ni seperti Latte ataupun Cappuccino.
Untuk ke sini anda boleh membuat carian google maps Kaili's Fish Market. Kalau datang waktu tengahhari memang ramai dan agak susah untuk mendapatkan parking kereta. Kalau datang menaiki train boleh turun di Fremantle Station dan jalan kaki 200meter untuk kesini.
3. Nando's, Malaga
Seperti lawatan saya ke Sydney tahun lalu, Nando's adalah salah satu restoran halal di dunia dengan menggunakan sumber bahan mentah seperti ayam yang diiktiraf Halal. Walaubagaimanapun beberapa Nando's tidak mengishtiharkan restoran mereka dengan sijil Halal akan tetapi ayam dan daging yang digunakan adalah Halal.
Anda boleh memesan menu makanan seperti ayam dan juga side-dishes, kentang mahupun nasi rempah mereka. Seronoknya makan di Nandos kerana kalau anda tak order air, anda boleh dapat air mineral percuma. Hampir kesemua restoran Nandos di Australia berkonsepkan self-service. Iaitu order dikaunter dan makanan dihantar ke meja.
Harga jualan bermula dari AUD10.00 - AUD40.00 bergantung pada size pilihan dishes. Bagi saya, harganya hampir sama dengan harga jualan Nandos di Malaysia setelah di-convert pada duit Malaysia. Tidak banyak beza tapi beruntungnya korang dapat ayam bersaiz sedikit besar. Saiz perut mat salleh kot.
Untuk kesini anda boleh membuat carian google maps Nando's Malaga. Belakang kedai Nando's ni ada Megabes Outlet yang menjual souvenir yang sangat murah. Bagitau aje.
4. Mc'Donalds Malaga
Saya hanya nak maklum, kawasan Mirrabooka dan Malaga memang banyak restoran Halal pasal komuniti Islam disini agak ramai. Mc'Donalds Malaga juga adalah sebuah restoran Halal, dan ingat yer... hanya Mc'Donalds disini sahaja yang halal.
Kalau korang masuk ke Mc'D ini dah terpapar sijil halal untuk mengendalikan daging serta cara masakan. Walaubagaimanapun, akan terdapat juga pork burger pada menu mereka dan mereka memberitahu masakan daging dan ayam mereka menggunakan dapur yang berlainan.
Bagi yang nak jimat boleh makan kat Mc'D ni pasal harga Mc Chicken bermula dari AUD4.00 dan untuk Mc Deluxe pula sekitar AUD6.00. Mereka akan sumbatkan fries selagi boleh sumbat dalam pack fries tu dan pasti korang akan mengah nak habiskannya.
Untuk ke sini korang boleh membuat carian google maps Mc'Donalds Malaga, tidak berjauhan dengan Nando's Malaga.
5. Nino's Fish Bar and Cafe, Hillary's Harbour
Kalau ke Australia, fish and chips tidak dapat dipisahkan pasal itu aje yang boleh dimakan dengan kadar yang segera dan mudah selain ayam golek mahupon roti canai. Restoran Nino's Fish Bar ini tidak mempamerkan sijil halal, akan tetapi korang mesti bertanya akan cara masakan mereka untuk menentukan ianya halal atau tidak.
Pekerja restoran memaklumkan bahawa fish and chip mereka digoreng dengan menggunakan minyak sayuran, maka tidak perlu was-was. Cuma elakkan menggunakan sos putih mereka kerana agak khuatir dengan ingredient sos tersebut. Sama seperti Kailis' Fish Market.
Bersantai dan berkelah di Hillary's Harbour sangat sempoi dengan angin laut yang segar, ditambahkan pula santai ala-ala Australian yang menyelerakan. Kalau nak jimat, korang beli santapan jumbo. Saya dah lupa ape ke nama tapi ianya untuk santapan 4orang. Kenyang bro untuk makan 8orang.
Harganya pula agak mahal disini memandangkan ianya kawasan kapal layar berlabuh. Harga fish and chips bermula dari AUD12.00 hingga AUD 30.00 untuk saiz besar.
Untuk ke sini korang boleh membuat carian google maps Hillary's Harbour. Parking kereta dikawasan yang disediakan dan berjalan kaki sekitar kawasan Hillary's. Terdapat taman tema air disini yer.
6. Corica Pastries, Perth
Dulunya ada sebuah kedai pastri yang terkenal dan sedap iaitu Danish Pastries akan tetapi mereka telah declare bahawa mereka tidak lagi menggunakan bahan yang halal dalam pastri mereka.
Akan tetapi anda masih lagi berpeluang untuk makan Australia Pastries iaitu di Corica Pastries yang terletak di Aberdeen Street. Tak jauh dari pusat bandar Perth. Anda boleh mencuba Apple Strudle terbaik dari ladang dam beberapa biskut serta pastri dari kedai mereka. Kesemua pastri ini dibuat homemade dan ianya akan dijual habis pada hari berkenaan juga. Jangan risau kesemuanya adalah halal. Bayar dan makan saja.
Harga Apple Struddle adalah AUD24.00, biskut yang siap dibungkus AUD8.00 dan kek potong AUD5.00. Agaka berbaloi untuk mencuba.
Untuk kesini korang boleh membuat carian google maps Corica Pastries.
Kalau anda nak tahu, memang banyak lagi kedai-kedai Halal di sekitar bandar Perth malah terdapat juga luar kawasan bandar. Kalau rajin anda boleh google di web Zabihah.com disini untuk semakan restoran halal di Perth.
Entry ini adalah salah satu restoran yang saya kunjungi dan keluarga saya banyak memasak untuk sarapan pagi dan tengah hari.
This is Awesome dude...

Comments