Texas Steak House, Bandar Tun Hussein Onn

Texas Steak House, Bandar Tun Hussein Onn

Cuti hari minggu baru ni abang keempunan nak makan western food. Western food saya tidaklah stok macam mengidam nak makan steak Me'Nate mung. Konsep saya mudah saja, ayam adalah feberet sepanjang zaman maka saya lebih gemar untuk makan Chicken Chop, Grill Chicken Chop ataupun ape2 yang dikaitkan dengan ayam.

Sebelum tu, saya belanja la anak naik MRT yang tah kali keberapa tah - dah jadi kegemaran Nazril yang sememangnya suka dengan keretapi. Asal nak naik train dipunya excited macam tak pernah naik train. Kita layankan aje laaa hobby dia.

Dah habis layan naik MRT saya pusing-pusing dalam bandar Tun Hussein Onn, skali ternampak sebuah restoran Texas Steak House yang dah macam memanggil-manggil untuk singgah. Hebat auranya. Maka keputusan dibuat, saya singgah la jugak ke restoran ini dengan jayanya.

Restoran ini terletak berhampiran dengan masjid Bandar Tun Hussein Onn. Dah alang-alang dekat dengan masjid tu silalah tunaikan tanggungjawab baru ler pergi makan dengan hati yang tenang. Kalau nak senang korang google maps atau waze dengan carian Texas Steak House Bandar Tun Hussein Onn. Kalau tak jumpa sila ke masjid dulu mohon doa. Lepas tu confirm jumpa...

Keadaan restoran agak tenang dan bersih. Saya rasa agak selesa lepak didalam restoran yang dihiasi dengan dekorasi kayu yang seperti korang berada di Texas. Lagipun kat dalam ada kipas dan sedikit aircond. Safety anak pun lebih terjamin. Meja kat luar pun ada juga tapi biasalah akan di-conquer oleh abang-abang yang isap rokok. Maka elakkan.

Direct to the point, saya order chicken chop, wife saya order Morocco Chicken Rice. Chicken Chop ni macam biasa lah ada potatoes dgn coleslaw. Tapi yang menariknya, isi ayam chicken chop ni memang tebal dan banyak giler. Agak mengah jugak la nak perabihkan satu pinggan ni. Kalau Morocco Chicken Rice pulak agak sedap pasal ianya didatangi nasi seperti nasi goreng ala-ala arabic dan ada 1/4 quarter ayam grill.

Bagi saya, harganya bleh dikatakan berpatutan dan tidak terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan hidangan yang diberikan. Rata-rata setiap portion menu makanan agak besar dan boleh share kalau yang jenis makan sikit-sikit tu. 






Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1