Jalan - Jalan ke A'Famosa Resort Melaka
Jalan - Jalan ke A'Famosa Resort Melaka
Cuti 3 hari minggu lepas tidak disia-siakan sama skali cuma bezanya percutian ini ditaja dan kongsi bersama dengan ahli keluarga saya sahaja. Terima kasih kepada sponsorship, semoga murah rezeki.
Saya membuat penempahan hotel A'Famosa Hotel dengan menggunakan Agoda.com dan ada 5% untuk diskaun tambahan. Sebuah apartment 3 bilik ditempahan dengan harga keseluruhan 900+ untuk 2malam penginapan. Agak berbaloi pasal rumahnya sangat besar dan setiap bilik mempunyai 2buah katil queen. Kalau setakat nak sumbat 12orang dewasa dalam rumah ni tiada masalah pun.
Kalau korang lebih daripada 15orang, disarakan amik private Villa yang ada sekitar kawasan ni juga cuma harganya lebih kurang RM700-RM1000 untuk satu malam bergantung kepada keluasan dan jumlah bilik. Villa tu lagi best pasal dia ada private pool. Boleh BBQ tepi rumah ajer.
Family Day ni lebih pada santai-santai aje. Maka plan kami hanya nak masuk A'Famosa Theme Park selain daripada nak tengok Old West Park atau dikenali sebagai Cowboy Town. Musim panas macam ni baik kita layan Waterpark aje kan. Sejukk sikit badannya. Lagipun, budak-budak lebih gemar nak main air daripada tengok show red-indian.
Okay maka keputusan dibuat, beraturlah kami untuk beli tiket kerana plan last minit. Sampai kat gate pun dalam jam 10:30am, fuhhh ramai manusia tengha beratur. Tapi agak cepat jugak la proses pembelian tiket. Kenapa tak beli online? Haaa sebenarnya boleh beli online aje, cuma rasa malas nak layan kita layan beratur ramai-ramai lagi syiok! Hewhewhew!
Harga Ticket Masuk ni ada banyak pecahan dia, korang boleh tengok dalam website mereka yang menawarkan beberapa diskaun dan juga pakej makan tengahhari skali.
Masa saya masuk tu, jatuh pada public holiday dan saya amik tiket Waterpark + Lunch Set. Hargnya RM60.00 untuk dewasa dan RM55.00 untuk kanak-kanak. Warge emas pula sama harga dengan kanak-kanak. Harga berbeza pada waktu weekend dan juga public holiday yawwww.....
Tapi bagi saya masih lagi berbaloi dan berpatutan jika nak bandingkan dengan Waterpark yang besar seperti Sunway Lagoon. Lagipun tiket ini termasuk dengan set lunch skali. Boleh ler tak payah nak beli-beli makanan lagi kan.
Selesai beli tiket terus jalan masuk ke check-in gate. Kat sini dorang akan pakaikan tag pada tangan dan awesomenya, dorang tak cek pun apa ada dalam beg korang. Andai kata nak bawak masuk KFC ker, makanan tapau ke boleh ajer, kasi lalu muka ada senyum sikit kompem lepas. Boleh jimat tu kalau buat macam tu. Bagus!
Dek kerana masuk time public holiday, manusia agak ramai tapi jika nak bandingkan dengan Sunway Lagoon, kesesakkan tu tidak ketara sangat pasal rata-rata beratur untuk sewaan tiub pelampung dalam 10minit aje.
Kami cari tempat lepak, ayah saya pun masuk tapi sebagai storekeeper... hehehe nak bagi chance cucu-cucu mandi dengan selesa. Dapat satu port bawah pokok dan terus sewa pelampung. Harga pelampung RM15.00 untuk double dan deposit RM15.00 dikenakan untuk setiap pelampung. Locker kami tak amik pasal ayah saya cakap dia nak lepak ajer.
Dah dapat pelampung, terus terus kat area Sandy Beach, sini agak best pasal tempat dia besar dan ada ombak buatan. Lepas tu dia dah pasang jaring macam orang tanam pokok tu so redup laa sikit nak main air. Terbaik!
Tapi bagi saya yang paling best adalah Lazy River, iaitu macam sebuah terusan panjang yang korang boleh lepak atau pelampung bagi hanyut ajer. Lazy River ni tak dalam mana pun dalam 0.5 meter ajer dan ianya membuat satu pusingan lengkap mengelilingi Sandy Beach. Pada pertengah tu nanti korang akan passing tempat yang dipanggil Wa-Ha-Ha. Tempat ni best gile kot pasal dia akan lepaskan air besar dan bagi saya dah macam mini tsunami beb! Serius tak gelak.
Kalau korang dok depan skali time air nak turun, laju air dia boleh tergolek kan korang pastu langgar habis apa yang ada dilaluan Lazy River tu. Korang-korang yang solo atau teenages bolh ler dok depan. Jangan ler bawak anak-anak kecik dok depan skali takut kena gulung dengan ombak dia, boleh kira kene pijak dengan orang tergolek-golek lagi tu.
Kami yang duk jauh pun boleh terbalik pelampung time ombak dia dilepaskan... Fuhhh tetiba plak teringat Tsunami Aceh, perghh camni ker rupa tsunami......? Ni baru manusia yang buat tsunami boleh datang daripada-Nya. huhuhuhu Allahuakbar! Tapi bagi saya memang best kalau dok jauh... budak-budak seronok pasal ombak datang pastu tolak pelampung jauh-jauh.
Dalam ni ader banyak slide pelampung yang korang boleh layan, yang bestnya Big Ice-Cream, Hula-Hula dan Inner Tube. Saya tak naik pun slide ni pasal nak beratur panjat bukit tu macam tak sanggup ajer. Tapi nanti korang try ler naik bagi review sikit.
Dah layan Lazy River, baik kita makan tengahhari yang dorang sediakan tu. Macam biasa, beratur la lagi area Food Court. Kat mana Food Court? Korang follow ajer signboard yang dorang tulis Food Court (Food Redemption). Saya beratur dalam 20minit kat sini. Ada 4 jenis pilihan menu masakan iaitu, Nasi Kari Ayam, Nasi Ayam Merah, Nasi Ayam Kicap dan Bubur Nasi.
Air pulak dia bagi air isotonik, teh bunga atau ice lemon tea. Semuanya dorang dah packing cantik-cantik, korang hanya tunjuk resit beli tiket tadi dan dorang akan stamping redemption. Hilang resit tu maka gone laa lunch kau.
Tengah hari ni pekena nasik bawah pokok memang terasa nak tidur. Makan nasi sambil layan orang mandi manda pastu pekena ais-krim yang orang jual pada kiosk dengan motosikal memang awesome!
Budak-budak ni makan nasik pun tak seberapa dah, jadi kita bagi chance layan mandi balik kat Sandy Beach. Kiranya tak lama pun kami lepak dalam Waterpark ni, dalam lebih kurang 4jam lebih aje. Matahari pun tegak mencacak, badan habis dah sun-burn. Lepas tu budak-budak dah macam penat dah. Eloknya berangkat pulang balik ke hotel untuk sambung makan dan tidur.
Secara keseluruhan A'Famosa Waterpark ni memang awesome, suasana agak terkawal, bersih dan selesa kalau nak datang bawak family. Rating saya adalah 8/10 dan saya mungkin akan kembali lagi kesini nanti.
This is Awesome bro...

Comments