Munich, Germany

Munich, Germany

Semasa di Bandar Munich, tidak banyak kawasan yang saya jelajah kerana ini adalah bandar persinggahan kami untuk bermalam sebelum menuju ke Kota Prague. Perjalanan yang jauh daripada Switzerland perlu diambil kira kerana badan mesti mempunyai rehat yang mencukupi.

Salah satu destinasi kenapa memilih bandar Munich adalah kerana bandar ini menpunyai Hard Rock. Ya jadi para pengumpul shirt Hard Rock akan wajib datang kesini dan ianya salah satu koleksi rare untuk negara Germany. Selain daripada itu kepada peminat Bayern Munich pasti tergila-gilakan untuk datang ke Allianz Arena Stadium - Home for Bayern Munich. Saya tak minat bola jadi saya follow saja.

Persinggahan pertama di bandar munich adalah Home of Bayern Munich. Kami tak masuk tour stadium dia pasal harganya agak mahal dan tidak ada peminat fanatik diantara kami melainkan MU. Cukup sekadar untuk bergambar di sekitar stadium dan masuk ke Mega Store Bayern. 


Ini adalah pertama kali saya memasuki kedai cenderahati kelab bolasepak dan ternyata saya agak jakun dan terkejut. Mana taknya, kalau di Malaysia kita dapat lihat hanya sekadar jersey, cawan atau tshirt yang dijual. Ini seolah hampir keseluruhan barangan yang cukup lengkap untuk seisi rumah dengan logo Bayern Munich. Sudu, senduk, cadar katil, karpet, pecungkil gigi, berus gigi - macam macam lagi laa benda yang dijualnya malah shampoo mandi pun ade. Agaknya ada flavour rumput stadium dorang kot ye. 





Boleh luangkan masa dalam 1jam ke 2jam di stadium ini dan pastikan aktifkan kad kredit anda mana lah tau ada orang yang boleh kirim jacket untuk dibawa pulang. Tapi harga di MegaStore agak mahal berbanding dengan kedai pakaian sukan diluar. Mungkin kalau beli barang dalam ni korang akan dapat paper bag edisi megastore yang membuktikan bahawa korang membeli di Home of Bayern Munich, bukan sekadar kedai sukan yang lain.

Selesai di Stadium, cadangnya kami nak pergi ke BMW Welt akan tetapi hujan turun agak lebat pada waktu ini. Apa ada di BMW Welt? Munich adalah bandar pembangunan untuk kejuruteraan jentera BMW. Tidak jauh dari pusat bandar Munich terletaknya BMW Town yang agak besar dimana BMW Showroom terbesar di Germany ada disini (Paling besar di dunia adlaah di Abu Dhabi), BMW Museum dan kilang pemasangan kereta/motosikal BMW. 

Kononya kami nak masuk ke BMW Museum tapi masa melawat dah tamat dan keadaan cuaca tidak mengizinkan. Harga untuk masuk ke BMW Museum adalah berharga  EUR10.00 dan kalau nak lebih jimat, boleh pergi ke BMW Welt, showroom BMW lama dan baru dengan kemasukkan percuma. 

Beza BMW Welt dan BMW Museum tu ada bezanya. Jika sekadar nak amik gambar kereta atau bergaya dengan kereta BMW boleh pergi ke BMW Welt. Kalau nak jelajah sejarah kejayaan dan kejuruteraan BMW kena pergi ke BMW Museum. Malah di BMW Museum korang akan berpeluang untuk lihat kesemua model Series Model BMW termasuk model sebenar Motorsport seperti Formula 1 dan MotoGP Safety Car. Malah lebih dibanggakan lagi, pastinya terdapat logo Petronas kaloborasi bersama BMW. Sayangi Malaysia walau dimana anda berada.

Jika korang mempunyai masa yang lama di Munich, boleh pergi ke Sea Life yang terletak bersebelahan dengan BMW Town, hanya melintasi highway yang terdapat menara TV yang tinggi. Dibawahnya terdapat sebuah tasik dan Sea Life berada berhampiran dengan itu. Jika bawak anak-anak boleh ler singgah. Harga masuk EUR13.90. Okay la, yang bapak tengok BMW Museum, yang anaknya layan Sea Life. 

Oleh mula masuk waktu senja, hujan masih membasahi bumi, maka kami terukan perjalan memasuki bandar Munich untuk tujuan Hard Rock. Macam biasa, waktu senja suhu mula drop secara drastik daripada 15c kepada 10c. Jadi perut ini mula meminta untuk diisi sebelum acara jalan kaki dimulakan. 

Baca : Kembara ke Europe saya selama 12 hari disini

Tiba di pusat bandar Munich, suasana agak tenang tidak seperti Frankfurt. Apa yang saya perhatikan, orang yang bekerja di Munich lebih kemas berbanding di Berlin. Pakaian mereka segak dan sentiasa kemas walaupun semasa pulang bekerja. Laluan jalan yang kecil tidak sesak seperti bandar bandar lain, berpandukan peta Google Maps, kami sampai di Hard Rock Munich. Bangunan Hard Rock Munich agak biasa bagi saya berbanding Prague atau pun Amsterdam. Hanya gantung logo dan signboard dan pintu masuk kedai sahaja.





Selesai membeli barang koleksi, terus menuju ke gerai untuk mengisi perut. Berhampiran dengan Hard Rock ni terdapat sebuah kedai halal iaitu Atila's Feine Kost yang menjual kebab semata-mata. Jangan risau bro, kebab dia sebiji besarnya hampir sama dengan kepala kau. Maka elok lah beli 1 dan share berdua, suruh dia potong siap supaya tak nampak korang ni share sweet-sweet couple. Agak bahaya share makanan suap menyuap di negara Germany ni, LGBT bersepah-sepah.



Sederet dengan lorong ni ada 2 atau 3 kedai cenderahati jika korang nak beli topi, shirt ataupun keychain tapi harganya memang padu bro. Saya tak mahir di Munich tapi apa yang saya perasan bandar ini sedikit mahal berbanding Frankfurt atau di Berlin. Makan malam tadi pun agak keras juga harganya walaupun sebijik kebab. Kalau di Frankfurt boleh dapat nasi sepinggan dengan 2 side dishes lagi. Mungkin Munich bandar orang kaya-kaya di Germany kot. Entah ler.

Perut dah diisi, misi kami seterusnya adalah menukarkan duit mata wang Euro kepada Czech Koruna (CZK). Ini kerana padda keesokkan kami akan memasuki negara Czech dan matawang Czech adalah Czech Koruna, Euro juga diterima pada negara tersebut tapi akan ada sedikit perbezaan susutnilai matawang kelak. Jadi, kami ke Ria Money Exchange untuk sesi menukarkan matawang, nasib baik masih dibuka lagi. 



Hujan mula lebat mulai membasahi bumi. Tiada tempat lagi untuk dituju pada waktu malam ini, maka balik ke hotel adalah perkara yang terbaik. Terus menuju ke Hotel Brecherspitze tidak jauh dari pusat bandar ni. Mengapa kali ini kami stay di hotel? Kerana harga rumah di Munich memang mahal, ada yang murah tapi perlu keluar daripada bandar. Jadi elok kami memilih hotel harga yang serdahana cukup untuk berehat sebelum menuju ke Kota Prague.

This is Awesome bro.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1