Villaku Residence Kuantan & Family Day Al-Imran 2022 &

Villaku Residence Kuantan & Family Day Al-Imran 2022 

Cuti Hari Malaysia baru ni family abam telah setup satu Family Day untuk keluarga Al-Imran yang dihadiri seramai 110 orang. Ya 110 orang ini anak beranak kami sahaja, semakin ramai dan makin membiak-biak!

Last family day ni dibuat pada tahun 2019 sebelum hadir Covid-19. Dah masuk pandemik maka family day perlu ditangguhkan atas faktor keselamatan kerana ramai dikalangan ahli keluarga sudah mula memasuki ke kategori warga emas.

Saya juga selaku AJK tidak bertauliah telah diberi tanggungjawab untuk menjayakan program tersebut, maka tempat untuk berehat santai dan sukaneka ditetapkan di Villaku Residence, Pantai Balok Kuantan.

Apa yang menariknya di Villaku Residence ni memang terbaik bro... meh sini abam nak huraikan satu persatu apa yang ada pada villa ini sebelum kita menceritakan perihal aktiviti Family Day.

Villaku Residence ni terletak tidak jauh dari Pantai Balok Kuantan, korang boleh google saja dengan carian Villaku Residence dalam google maps ataupun waze. 12km dari bandar Kuantan dan 4km dari pekan Berserah.

Villaku ni terdapat 2 buah dan setiap villa ini mempunyai 7 bilik tidur, sebuah kawasan indoor game, kawasan rehat santai, dapur yang luas, ruang tamu, open kitchen, dan paling penting mempunyai swimming pool sendiri yang mana 5 bilik boleh akses terus ke swimming pool. Menarik kheeeennn!





5 bilik tidur ni tak kecik ya tuan-tuan, rata-rata memuatkan 2 katil queen, ada bilik 4 single bed dan ada bilik ada 1king dan 1 single bed. Malah, 5 bilik ini boleh akses ke swimming pool terus. Bukak pintu terus boleh terjun ye!

Kalau tak nak mandi-manda, korang boleh layan karaoke pada tempat yang dorang buat, TV bersaiz 60inci untuk korang baca lirik karok satu per satu.

Pada bahagian ruang tamu, terselit sebuah pool table, carrom dan juga foosball table. Dart je tak ada mungkin berbahaya takut tertiruk kat dahi orang.



Pada bahagian ruang tamu tu ada banyak kerusi untuk lepas nyambil chill. Dah macam lobby hotel pulak besar dia geng. Ada TV dan juga projector jika korang nak layan movie netflix ramai-ramai

Abam suka konsep dapur dia yang jenis terbuka. Ala-ala villa Italy yang mana ruang tamu luas terbuka terus menuju ke dapur. Dapur pun tak kecik, lepas untuk memasak stok 50orang untuk satu villa. Kat tepi dapur ada balkoni boleh layan kopi dengan makan sambil tengok muara dan angin laut. Dah macam lepak breakfast kat hotel bro!

Untuk outdoor, ada kawasan yang luas untuk korang buat aktiviti sukaneka, BBQ picnic, dan lepas kalau nak main valleyball mahupun bola sepak. Setiap satu villa disediakan 6buah basikal, boleh kayuh basikal nak pergi ke Balok atau pun kuantan, cuma jangan hilangkan saja. Hilang kalu kena ganti RM1,000 sebijik.



Apa yang abam ceritakan kat atas tu untuk 1 villa, maka setiap satu villa ini mempunyai kemudahan pada villa itu sendiri. Dorang tak campur kemudahan dengan kitchen diantara 2 villa tu. 

Oleh kerana villa ini lawa, konsep dia pun ala-ala Viscany Italy, maka harga pun agak keras. Harga 1 Villa untuk weekdays adalah RM3000.00 atau public holiday RM3500.00 satu malam. Hukhukhuk... Kalau amik 2 villa jadi RM6000.00 weekday atau RM7000.00 satu malam.

Maka, family day kami hari itu jatuh dapa Hari Malaysia, maka charge public dikenakan, kami ambil 2 villa + 2 malam = RM14,000.00... Uhukk uhukk uhukkkkk. Terima kasih kepada sponsorship pada keluarga Al-Imran. Semoga dimurahkan rezki kalian.


Family Day Al-Imran 2022

Okay berbalik kepada Family Day, saya selaku organizer bertindak untuk menjayakan program selama 3hari 2 malam ni. Bahagian pemakanan tentunya ditempah pada katering yang merupakan ahli keluarga juga, di villa tu hanya kami hidangkan secara buffet dan top-up makanan jika tidak cukup.

Untuk membahagikan tugas sama rata, 110 orang ni saya kena bahagikan kepada 3kumpulan, makan setiap kumpulan akan bertugas pada hari-hari tertentu untuk melancarkan proses penyediaan makanan, pembungkusan hadiah, AJK sukaneka dan hal-hal yang lain.

Acara suka dilaksanakan pada hari Sabtu waktu pagi memandangkan cuaca panas, matahari mula terik, beberapa acara sukaneka terpaksa ditangguhkan dan digantikan dengan acara mandi-manda. 

Mandi-manda ni no time limit ya tuan-tuan, suka hati kamu lah nak mandi jam berapa. Wife saya cakap, makcik-makcik saya mandi jam 12.00malam pasal nak taknak nenek saya tahu dorang sedang buah party buih dalam kolam. Pandai yerrrr...

Bagi acara sukaneka, macam saya ceritakan sebelum ini, saya telah membahagikan 3 kumpulan dan setiap kumpulan ini ada 3 kategori, iaitu kategori Dewasa, Remaja dan Kanak-kanak. Maka setiap kategori itu akan bermain 2 jenis permainan. 















Waktu malam kami berkumpul seluruh ahli keluarga sambil layan dinner BBQ, dan pada masa ini acara persembahan cosplay anak-anak berlangsung. Comel-comel saja dorang ni. Kami lantik 3 panel juri untuk menentukan permarkahan dan pemenangan peserta.



Kemuncak majlis pastinya acara pemberian hadiah kepada kumpulan yang menang. Memang enjoy habis dan ianya pasti menjadi satu kenangan pada ahli keluarga kelak. Juga diadakan acara gift change untuk 14 adik beradik, hadiah kepada Nenda Anisah dan juga hadiah pada anak-anak kecil. 











Last acara adalah music chair yang mana acara ini open kategory untuk lelaki. Dulu kami pernah buah acara rebut coklat open category, tapi acara tersebut telah di-banned oleh AJK kerana ianya melibatkan keganasan dan keselamatan. Sampai koyak tikar macam rugby worldcup jadinya. 



Secara keseluruhan, berkumpul beramai-ramai bersama ahli keluarga ini mampu mengeratkan hubungan. Walau enjoy sakan, seruan agama tidak dilupakan, solat jemaah bersama-sama, selepas solat subuh ada tazkirah ringkas dan waktu malam ada bacaan Yasin untuk disedekahkan kepada ahli keluarga yang telah meninggalkan kami. 


















Family moment is precious! Semoga semua hali keluarga Al-Imran dimurahkan rezki dan dirahmati selalu. Semoga kita berjumpa lagi.

This is awesome guys

Kredit kepada jurugambar bertauliah : Zaqwan Nazmi

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1