Redup Kopi & Salai, Dengkil
Redup Kopi & Salai, Dengkil
Minggu lepas saya dan family kecil saja buat aktiviti kesihatan buat kali pertama tahun 2023 kat Putrajaya. Macam biasa, dah berjalan kaki cukup 3km perut comfirm lapar teruk beb.
Jadi pilihan nak lepak santai ni saya google dan jumpa satu kedai kopi di area Dengkil. Sebenarnya ada banyak kedai sarapan pagi kawasan Dengkil ni. korang try laa datang sini lepak. Suasana pun best ala-ala kampung.
Kedai yang kami singgah namanya Redup Kopi & Salai. Kedai ni kecik comel sahaja tapi cukup lengkap untuk sarapan pagi ala-ala western atau local. Korang boleh google maps kedai ni dengan carian Redup Kopi & Salai kat sini.
Saya nak bagitau siap-siap supaya orang tak terkeliru. Kedai Redup Kopi & Salai ni bersebelahan dengan kedai Restoran Dapur Aiman.
Kalau korang tengok review google maps tu, korang akan nampak apsal Redup Kopi Salai ni ada jual roti canai kari kambing la, roti kacang pool laa... Haaa tu sebenarnya kedai Dapur Aiman yang jual, duk sebelah aje dengan Redup Kopi & Salai ni.
Jadi disebabkan perut saya ni tak memberikan kerjasama, maka saya hanya memesan kopi Americano sahaja di Redup Kopi & Salai, makanan pulak order Kacang Pool, Roti Titab dengan Roti Sarang Burung kat Dapur Aiman.
Kopi Redup & Salai ni memang padu dan pekat, cuma harga dia agak pricey sikit. Bagi saya harga itu adalah subjectif untuk owner letak. Pasal itu adalah harga yang owner bersesuaian bagi menampung kos kedai beliau.
Manakala untuk makanan pulak saya rating 9/10. Walau orang ramai, order pun amik masa 30minit nak sampai. Tapi puashati dapat sarapan pagi dengan hirupan kopi Americano ni. Memang superb brada.
This is Awesome!
Comments