Lego Time : Ferrari 488 GTE AF Corse
Lego Time : Ferrari 448 GTE AF Corse
Akhir-akhir ini, banyak Lego telah diperkenalkan dengan hasil koliborasi dengan beberapa jenama dunia seperti Porsche, Ford, Bugatti malah Ferrari. Ada banyak model Technic diperkenalkan cuma duit saja tak menyeru untuk membuat pembelian.
Fenomena ini tercetus mungkin disebabkan atas permintaan atau strategik pemasaran Lego sendiri untuk menaikkan kembali populariti Lego. Malah, kebanyakkan set Lego kini dikeluarkan lebih kepada bapak-bapak bukan kearahan budak-budak lagi. Sesetengah Adult Lego menamakan diri mereka sebagai AFOL (Adult Fan of Lego).
Lego model Technic ini biasanya dikeluarkan 2-3 model setahun. Ada juga beberapa model berkaloborasi dengan movie yang dikeluarkan pada tahun tersebut seperti Avengers, Harry Potter dengan Star Wars. Terkini model yang boleh buat collection adalah model jenis Speed Champions.
Banyak-banyak model, saya baru boleh beli model jenis Technic Ferrari 448 GTE. Model ni dah lama keluar. Saya baru beli dan peram hampir 1 bulan untuk pasang set lego ni. Ferrari 488 GTE ni mempunyai 1684kepingan Lego. Bila dah siap pasang, panjang set lego ini lebih kurang 48cm.
Sama seperti Lego Porsche 911 RSR dengan McLaren F1, model ini mempunyai kejituan atau presis yang tepat seperti engine V6, suspensi, driveshaft, gearbox dan juga dashboard yang lebih realistik.
Model ini juga hampir sama kepada Porsche 911 RSR dari segi pengeluarannya. Hampir tak banyak beza, cuma bahagina luar sahaja yang membuatkan beza antara Ferrari dan juga Porsche. Dari segi pembinaan chasis hampir sama termasuk juga axle dan suspension.
Part paling susah nak pasang pada bahagian axle tayar depan. Kalau salah 1 step kena bukak habis dan repeat balik step yang tertinggal tu. Fuhhh kalau nak bukak balik tu memang kena focus betul-betul.
Saya mengambil masa 2 hari untuk membina model Ferrari 488 GTE dengan 1684 kepingan ni. Agak cepat juga sampai sakit laa juga jari jemari ni. Kalau focus betul-betul mungkin boleh siap dalam masa 10jam tanpa ada gangguan.
Sebenarnya ada banyak lagi model racing car untuk kategori model Technic seperti Buggati, Mustang atau Ford GT. Tapi model Ferrari 488 GTE ni perlu dimilik dan layak untuk masuk dalam rak koleksi Lego saya. Ini betul-betul mencuri hati setelah pandang pertama dalam Lego Store di IOI City Mall. Betul, skang ni Lego adalah permainan untuk orang dewasa dah.
Orang cakap pasang Lego macam budak-budak, cer beli satu pastu pasang. Tengok level sabar dengan gigih anda nak pasang camno...
Tapi apa-apa pun ianya adalah awesome!
This is Awesome bro..!
Comments