Jalan - Jalan ke Legoland Discovery Center , Tokyo Jepun
Jalan - Jalan ke Legoland Discovery Center , Tokyo Jepun
Kalau korang jalan-jalan ke Tokyo, salah sat attraction harga murah korang boleh bawa anak-anak masuk ke Legoland Discovery Center. Selain daripada nak bayar Disneysea atau Disneyland RM300+, boleh jimat kocek masuk ke sini dengan harga hanya bawah 100 ringgit.
Legoland Discovery Center ni terletak kat Odaiba. Sapa tak kenal mana terletaknya Odaiba kalau datang ke Tokyo. Salah satu tempat popular jugak laa di kalangan rakyat Malaysia pasal terletaknya patung gundam Unicorn percuma selain dari tengok Gundam Yokohama.
Untuk kesini korang boleh naik 2 train berbeza iaitu sama ada naik Yurikamome Line ataupun Rinkai Line. Harus diingatkan kedua-dua line ini tak cover oleh JR Pass dan harga dia mahal untuk setiap satu station. Jadi pastikan Suica Card atau Pasmo Card kena ada at least 500yen, kalau tak cukup top-up saja kat station nak keluar tu.
Okay untuk harga tiket Legoland Discover Center ini berbeza-beza pada weekday dan weekend. Untuk weekdays harga tiket dia JPY2250 (adult/child) manakala weekend pula JPY2800 Tiket ni korang boleh beli direct dengan website dia disini.
Kalau beli tiket, korang belikan skali activity book yang mana dorang akan bagi satu lanyard tag Legoland lepas tu buku bentuk macam robot untuk anak-anak korang stamping pada setiap activity. Pada akhir discovery, korang dapat tukar full stamping tu kepada 1 mini figure. Jadi tak rugi ler bayor activity book berharga JPY1000. Dapat dua benda laa satu mini figure, 1 lanyard tag Legoland.
Bila dah beli tiket, masa nak masuk tu hanya tunjukkan QR code email yang kita beli tiket, maka tak perlu nak beratur bagai dah. Disyorkan masuk seawal opening hours iaitu jam 10:00am untuk congestion pada hari weekend. This is Tokyo bro... kat mana tempat tak ada orang....?
Dalam ni menarik jugak, Legoland akan bawa korang lebih kepada activity science yang related dengan product mereka. Contoh pada awal permulaan discovery, Legoland tunjuk berapa kepingan Lego untuk capai berat 2 tan. Pada berat 2 tan tu, korang boleh tarik naik atas ke bawah untuk merasakan bebanan dan ketahanan kepingan Lego pada berat 2 tan tu.
Ada section untuk historical product Lego. Bagaimana rupa bentuk Lego pada tahun 1956 sehingga kini. Lego pun ada revolusi bhai mengikut peredaran zaman. Dan kini Lego lebih cenderung ke arah Lego yang lebih details.
Next section yang paling best, iaitu Miniland! Miniland ni adalah tempat yang dorang bina bandar menggunakan Lego. Setiap tempat akan ada bangunan iconic yang tersendiri macam kita pergi Legoland Johor. Dorang pun ada Miniland sendiri cuma bezanya yang ni dalam indoor tak besar macam Johor lerrr.
Baca review saya Jalan - Jalan ke Legoland Johor Bahru
Miniland ni dorang lebih kepada bangunan yang terdapat di Jepun. Salah satunya scenary Shibuya Crossing, Tokyo Tower, Tokyo Skytree tinggi setingkat bangunan!, Narita Airport, Asakusa Temple ahhh banyak lagi ler kalau nak bagitau. Korang tengok laaa gambar bawah ni. Comel -comel ajer dan bukan senang yer nak buat bandar macam ni.
Dorang juga ada ajar, bagaimana impak gempa bumi pada satu-satu bangunan. Legoland buatkan satu simulasi pada bangunan tinggi dan rendah jika berlakunya gempa bumi. Ini adalah satu pendedahan terutama anak-anak di Jepun supaya berhati-hati apa yang perlu dilakukan jika terdapat gempa bumi. Ini memang menarik bro!
Section seterusnya adalah NinjaGo, kat section ni dia sediakan mini playground yang mampu untuk anak-anak korang bermandi peluh walau sejuk. Sesuai denga ntema NinjaGo, maka perlu aktif dengan pergerakkan. Sebenarnya Nazril tak suka sangat NinjaGo, entah lerr nape. Kami tak pernah ada set NinjaGo. Memang dia tak minat. Tapi playgorund ni punya kemain dia dok main.
Bila dah keluar peluh, mesti laparkan. Haaaa dalam ni pun ada cafe, cuma cafe dia tidak halal. Maka apa yang boleh dimakan adalah lego fries, donut kosong, croissant dan air sahaja. Lain-lain menu macam spaghetti tu tak leh laa yer. Sebenarnya, korang boleh aje bawa masuk makanan dalam ni, cuma jangan kuantiti yang banyak. Stakat sandwich, jajan tu boleh ler. Bukan jenis lauk-pauk yang berbau kuat.
Standard di Jepun, segala pembelian perlu beli guna kiosk mesin. Dah order pastu baru tunjuk kat pelayan dan dorang akan sediakan untuk korang. Hampir kesemua restoran buat macam tu.
Dah settle makan kita sambung pulak journey Legoland ni.
Walaupun Legoland Discovery ni indoor, ada beberapa coaster yang kita boleh layan. Macam bawah ni boleh la amik gambar, dan ada satu section tu ride coaster menggunakan VR. Saya tak dapat amik gambar pasal kita tak leh selfie masa ride. Macammana nak selfie, kepala pun ada VR. Coster dia tak sehebat Legoland Themepark laa yer... cukup sesuai pada anak-anak bawak 12 tahun.
Pada tingkat bawah, ada section Legoland Kingdom. Kat sini dia hiasi kawasan dia seperti korang masuk dalam castle, pastu menariknya dorang ada selit laa sikit character Lego Harry Potter. Salah satu yang saya perasan adalah burung Hedwig, burung hantu Harry Potter.
Kalau korang nak tahu, setiap 1 jam akan ada cinema 4D dalam ni. Jadi jangan lepaskan peluang untuk tonton animasi 4D Lego. Tak lama pun amik masa 20minit saja. Apa yang ada dalam Legoland ni semua korang boleh layan, dah include apa yang korang bayar tu.
Keluar saja cinema ni korang akan jumpa Racer section. Kat sini anak korang boleh bina kereta atau apa-apa yang bergerak untuk berlawan dengan pengunjung lain. Akan ada staff yang tolong anak korang bina tapi dorang hanya tahu cakap Jepun sahaja. Jadi faham-faham sendiri je laa yer. Angguk angguk hait hait terus lumba.
Section terakhir mereka adalah Jurassic. Tempat ni greenish habis dan dorang akan ajar kepentingan alam bersama Lego. Untuk dewasa, korang boleh layan video, bagaimana Lego dibina dan di-recycle untuk kesejahteraan alam sejagat. Walaupun kita nampak ianya plastik, tapi lego tak pakai ni boleh dikitar semula.
Kat sini, anak korang boleh pilih task untuk bina dinasour. Jadi dorang kena cari pieces lego (lebih kepada discovery) untuk complete-kan task dorang tu jadi dinasour. Dalam masa yang sama staff akan tunjuk ajar dan turut sama mencari kepingan yang hilang tu.
Bila dah habis session ni, dorang ramai-ramai akan tepuk tangan dan ucapkan terima kasih. Standard Legoland, sebelum keluar mest iada Lego Shop. Dorang tak akan biarkan korang balik saja-saja yerrrr. Wajib kena pawww dulu.
Sebenarnya, dalam ni juga ada Lego Workshop, yang mana dorang akan mengajar anak korang untuk bina lego yang lebih hebat (masterbuilder) tapi, kelas dorang ni hanya dalam bahasa Jepun sahaja. Saya tak pasti ada ke tak dalam English. Jadi saya skip saja workshop ni. Cukup amik gambar saja.
Bagi saya Lego Store ni best, besar dan complete apa yang korang cari. Salah satu yang rare untuk jumpa pada masa tu adalah Nissan GTR Fast Furious dengan Petronas AMG Mercedes. Kat Malaysia sold-out (pada masa tu laaa.... skang dah banyak balik)
Keychain kat sini pun lagi banyak daripada Lego Store yang kami pergi di Tokyo Station. setiap satu berharga JPY700, beli 3 ketul dapat lagi discount.
Malah, disebabkan korang dah masuk Legoland, pada setiap item korang akan dapat 10% discount, dan....... kalau pembelian lebih daripada JPY10,000 korang dapat potong cukai lagi 8% (perlu tunjuk passport) dan dapat lagi free gift set daripada pembelian tersebut. Best terokkk mat! Nahh senget badan Nazril gendong set Lego.
Maka settle sudah perjalanan discovery untuk Legoland Tokyo. Bagi saya, ianya sangat berbaloi dan boleh dimasukan dalam itinerari kalau korang bawa anak. Ahhaa, kalau nak masuk, setiap tiket kena ada anak-anak yer. Tak boleh dewasa sorang-sorang masuk. Hahahahaha kena pinjam anak buah kalau korang yang single ni.
This is awesome gaiss!
Comments