Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 8

Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 8

Cuaca pada pagi ini hujan agak lebat. Sebelum tidur pada malam sebelumnya saya juga notice bahawa cuaca akan hujan untuk 2 hari berturut-turut. 

Aduhai, cuaca hujan ni tak berapa best nak berjalan tambah - tambah pula harini kami nak pergi ke Disneyland. Yaaa plan kami agak spoil juga kalau hujan sepanjang hari. Tiket Disneyland tak boleh nak tukar date pun.

Hari ke 3 kami di Paris baru nak pergi ke Disneyland. Tiket Disneyland ni saya beli 2 bulan sebelum tarikh pasal, saya perasan harga tiket berubah-rubah mengikut demand. Asalnya RM250, bila dah dekat dengan tarikh travel makin mahal pula sampai cecah RM290. Maka, terus saya purchase awal-awal. 


Korang boleh baca macam mana trick & tips nak beli tiket Disneyland, tips nak masuk lepas tu benda apa nak kena bawa ke Disneyland Paris kat sini nanti.

Secara overall, Disneyland Paris ni guna Apps dia sendiri. Maka korang kena download apps dia untuk senang nak manage booking, tengok ride apa yang buka pada hgari tersebut dan paling penting dalam apps boleh tunjuk kat mana ada tandas.

Berbalik pada cuaca hujan tadi, maka kami keluar agak lewat sikit. Biasanya jam 0700 pagi dah mula jalan kaki dah, tapi kali ni kami mula keluar pada jam 0800 pagi pasal nak pergi breakfast di  La Favorite Saint Paul.

Mula jalan kaki berpayung dari hotel menuju ke lokasi train station terdekat iaitu di Porte de Saint-Ouen. Kami tak naik ikut Garibaldi pasal hujan tak best nak berjalan kaki becak-becak ni. Lagi pun dari station ni hanya perlu 1 interchange di Saint Lazare. Tapi masa dalam train tu, pelat France ni tak bunyi dia sebut Saint Lazare, malah bunyinya salazar. Nasib laa masa naik train si Nazril perasan untuk turun di Station Saint Lazare ni.


Kalau korang nak tahu, train peak hours di Paris ni bermula 0730 sampai 0900. Ini jam memang full house dalam train. Berhimpit macam sardin boleh lawan laa Tokyo. London tak de laa sesak macam ni. Jadi bila masuk train ramai orang, beg kena letak depan. Kalau boleh jangan berpecah dengan ahli group. Jangan sibuk nak main phone. Pastikan mata alert pada ahli group kot ada pencopek masuk tangan dalam beg.

Bila tiba di station Saint-Paul, rasa kelegaan tu menyerlah macam baru lepas berak. Huhuhuhu... station sini tak ramai turun, maka dapat laa kami jalan kaki santai-santai sikit. Bila keluar saja dari underground dah tak hujan tapi masih berawan tebal. 



Ini lah salah satu punca kenapa nak pergi breakfast di La Favorite Cafe ni. Cafe dia memang awesome habis penuh dengan bunga flora warna pink. Masuk dalam cafe pun warna pink.

Maka kaum hawa bagaikan dijemput-jemput masuk oleh waiter untuk menerima layanan. Kami sebagai lelaki pun rasa cafe ni lawa habis ini kan pula kaum wanita bila tengok bunga pink yer.

Kat luar cafe dia ni, dorang tanam bunga hidup yer bukan bunga plastik. Dalam cafe baru guna bunga plastik.


Makanan dalam ni tak halal, maka jangan cuba nak order makanan lain melainkan scramble egg atau pun baguette. 

Kami hanya order coffee, hot chocolate dengan croissant sahaja untuk breakfast ni. Bila tengok menu, sebenarnya boleh juling juga mata beb.... huhuhuhuhu lagi mahal dari cafe Carette semalam kut... Uhuk Uhuk Uhuk!

Orang cakap jangan convert dalam RM kan.... belikan saja... iya laa kita belikan saja.. balik baru termenung. Tapi bagi saya coffee dan crossaint dia memang best. Sejuk, hujan, fresh coffee. Sememangnya satu kombinasi yang perfect!




Usai minum pagi kat sini, maka kami bersiap-siap untuk ke Disneyland. Kami akan berpecah pasal tak semua ahli masuk Disneyland. Hanya saya sekeluarga, Rul dan anaknya sahaja yang masuk. KakNa, Kak Zura follow supir usop untuk pergi shopping dengan jalan-jalan kat luar Disneyland dan dorang akan balik ke Paris.

Sebenarnya Disneyland Paris ni agak jauh dari bandar Paris, naik train ambil masa 60minit juga tu. Jadi disebabkan kami dah ada Navigo Pass untuk ke sana, maka tak perlu beli tiket tambahan pun. Just tap in dan terus pergi. Kami bermula di Gare de Lyon untuk naik train jenis RER A. Train double decker ni macam train ETS nak pergi dari KL Sentral ke Ipoh laa. 



Tak perlu booking seat pun, masuk dan terus duduk. Last station RER A ini adalah Marne la Valle Chessy ataupun Disneyland Station. RER A ni train direct untuk ke Disneyland, tak perlu nak interchange mana-mana station dah.

Sebelum sampai Disneyland, group satu lagi turun di Val d Europe pasal dorang nak pergi ke La Vallee Village nak cuci mata shopping premium outlet. Tak jauh pun dari Disneyland, sebelah saja. Kami berpecah disini dan terus ke Disneyland.

Hujan di Disneyland Paris

Nyata nasib kami tak berapa baik. Saat tiba di pintu masuk Disneyland masih hujan gerimis. Cuaca masa ni boleh tahan sejuk bro... winter, hujan, berangin... semua tu pakej beb!

Kami jalan melintasi pintu pertama. Kat sini, korang akan diperiksa oleh pegawai keselamatan. Dorang hanya check bag untuk tidak membawa masuk dron, barangan tajam ataupun senjata. Setakat makanan tu korang boleh bawa masuk. Kami bawa masuk sandiwch sardin, dengan nasi putih. Alhamdulillah lepas saja.


Untuk pengesahan tiket, korang kena scan dengan Disney Apps. Scan kat situ untuk kesemua ahli travel. Mudah untuk keluar masuk nanti. Tiket Disneyland ni valid untuk 1 hari. Kalau korang mausk lepas tu nak keluar balik boleh saja asalkan pada hari yang sama. 

Baik juga Disney Apps dia, mudah kalaiu nak cari mana restoran, prayer room, tandas dengan ride mana yang korang nak naik.


Bergambar dulu di pintu masuk Disneyland Paris sebagai tanda hadir. Orang agak ramai tapi tak seramai Disneyland Tokyo. Disney Tokyo memang ramai giler beb!

Pada pintu masuk mana-mana Disneyland mesti akan ada Main Street. Kat sini adalah kawasan yang mana dorang akan bina sebuah bandar seperti di United States. Siap ada TownHall, Hospital, Prayer Room, complete bagai la. Kedai sourvenir besar juga terletak kat sini serta beberapa restoran.







Permainan pertama yang kami main adalah Star Wars Galaxy pasal orang tak ramai beratur. Huukhukhukkkk.. alang-alang dah hujan, lepas tu tempat waiting dia pun teduh maka kami masuk saja laa.

Kat entrance ada pulak sebijik X-Wings... baik pulak dia letak atas bumbung tu terus abam cuba posing sikit ala-ala Obiwan Kenopi.

Sama seperti Disneyland Tokyo, Star Wars Galaxy ni adalah jenis 6D ride yang dipandu oleh C3PO. Lepas habis ride, korang bleh layan merchandise Star Wars Disney. Abam beli 1 barang yang rare untuk Disneyland Paris.



Nak pergi main ride outdoor yang lain masih gerimis. Patut kami nak layan Autopia. Tempat yang korang boleh drive kereta dalam track dia. Tapi orang beratur boleh tahan laa jugak panjangnya.

Maka kami cari ride yang dalam indoor. Pastinya Small World. Ride ni kalau ikutkan untuk Kindergarden pasal ride dia naik sampan pastu dengan patung nyanyi. Layankan saja sementara masih hujan.



Habis daripada ride tu kami pusing-pusing area castle. Boleh masuk dalam castle dan naik ke tingkat atas. Cuma untuk ke top tower tak dibenarkan. Dalam castle ini sendiri ada kedai sourvenir Disneyland. Crowded laa sikit pasal nyambil-nyambil orang nak panaskan badan.




Cuaca gerimis dengan musim sejuk ni memang sejuk bang. Pakai sarung tangan aje laa taknak kasi kebas jari jemari ni.

Kami late lunch di Toada Restaurant. Dalam Disneyland Paris ini hanya ada dua sahaja restoran halal iaitu Toad Restaurant dengan Hakuna Matata Restaurant. Hakuna Matata perlu booking table sebelum masuk dan tak semua menu dia halal. Tapi restoran dia ada serve menu halal seperti veggies meals.

Jadi kami pilih untuk ke Toad Restaurant pasal restoran ini hanya serve fish & chips. Nama saja toad tapi tak ada menu katak yerrrr....


Tak perlu booking untuk duduk, just walk-in ada kosong boleh order di kaunter macam KFC. Tapi menu dia hanya berunsur ikan, seperti fish & chips, fish nugget dengan fries sahaja. Mungkin pasal menu dia sikit orang tak ramai sangat nak lepak sini. 

Jadi kami amik peluang order fish & chips dan makan dengan nasi bekal kami bawa. No worries, dorang tak halang kroang pun nak makan bekal. Malah dorang layan jika kita nak apa-apa dari menu. Bagus jugak layanan dia. Kiranya kalau korang ada anak-anak, korang boleh order dari meja dan bayar guna debit terminal saja. Nice!


Selesai makan, kami layan ke area Adventure. Pastinya nak naik ride Pirates of The Caribbean pasal ride ni tak ada di Disneyland HK mahupun Tokyo. Ride dia ni gelap macam scene At World's End series 3 masa dia nak masuk flip world tu. Kalau korang ingat laaa.





Seperti biasa, hampir kesemua kawasan korang ride ni ada kedai sourvenir dia mengikut tema. Malah, ada banyak kiosk kedai aiskrim, kopi dengan air yang korang boelh beli. Cuma harga dia... uhukkk uhukk uhukkk... secawan kopi panas harga EUR5.00 bhai, hot chocolate EUR8.00. Nangisss beli jugak pasal dah rasa sejuk.


Masa ni hujan dah mula berhenti, maka kami layan laa mana-mana ride yang tak perlu queue panjang pasal kami tengah tunggu Disney Star on Parade berlangsung pada jam 05.00pm. Masa kami duk lalu tu pun dah ada orang yang mula tunggu pada garisan parade tu.

Ada satu kawasan saya dah lupa, kawasan dia cantik betul dia buat macam perkampungan Holland siap ada kincir angin. Belakang kincir angin tu ada anak sungai siap ikan bagai. 





Kadang syaa tertanya juga, tang bila dia buat maintenance semua ni eh...? Tiap-tiap hari tu Disneyland ni open to public. Dorang ni hanya ada masa dar ijam 9.00malam sampai 9.00pagi saja untuk bersihkan kawasan, tanam pokok dengan baiki bangunan. Lain waktu dah masuk waktu operasi Disneyland.

Berbalik pada parade tadi, bagi saya agak crowded jugak orang tunggu parade ni. Jadi beg saya serah pada wife untuk jaga. Dia tengok dari dalam castle saja parade tu. Maka saya bawa Nazril di jambatan untuk dapat view yang clear sikit. 



Disebabkan cuaca hari ini tak berapa cantik, Electric Sky Parade yang guna drone diawalkan 1 jam. Patutnya bermula pada jam 0800malam, tapi dia announce jam 7.00pm akan mula. 

Jadi saya amik kesempatan ni untuk pergi ke melepak di kawasan Disney Village dulu ngupi-ngupi sambil layan souvenir dalam kedai besar dorang. Memang ramai betul orang dalam ni. Mungkin dorang pun plan macam kami juga, berteduh sementara tunggu Electric Sky Parade.

Saya sarankan pada waktu senja atau malam, korang datang lepak kawasan Main Street USA ni. Sini view untuk tengok Electric Sky Parade awesome dan nampak castle yang cantik pada waktu malam ni. Memang tak sia-sia meronda kawasan sini.





15minit sebelum jam 7.00pm, dorang announce sekali lagi bahawa drone untuk Electrcial Sky Parade tidak digunakan, hanya pancaran lampu sahaja disebabkan keadanaan cuaca gerimis dengan berangin. Haduihhhhhhhhh sedeyyyy...

Memang sedeh pasal bila lagi nak tengok drone show. Tapi nak buat macam mana, cuaca tak mengizinkan kami.

Maka layan sajalah Electric Sky Parade ni dengan lightshow. Bagi saya enjoyla jugak lightshow dorang pasal snyc dengan lagu yang dimainkan. Malah sebelum pergi saya juga ada tengok dalam channel youtube full version of Electric Sky Parade ni.





Cuma masih rasa ralat pasal Electric Sky Parade ni hanya ada di Paris Disneyland sahaja. Tokyo Disneyland tak ada, dia ada Fireworks. Ruginyaaaaaaaa... huhuhuhu! Korang boleh tengok video saya dalam ig : @nazrulakamig : @nazrulakam untuk stroy kami di Paris Disneyland.

Habis sahaja show, saya cari balik Rul dan anak nya kami terus balik ke Paris. Saja gerak awal tak nak train penuh masa on the balik ke Gare du Nord. 

Naik saja train RER A dari Marne la Valle Cheesy menuju ke Gare du Nord. Perjalanan lebih kurang 55minit direct tanpa interchange. Budak-budak ni semua kepenantan termasuk laa kami.

Bila tiba di Gare du Nord, kami sepakat untuk naik saja Uber balik ke hotel. Malas dah nak naik Metro dengan jalan kaki. Harga Uber dalam EUR22 per trip pasal amik van untuk 5orang. Korang boleh bayar cash atau pun card. Saya prefer cash saja malas nak register card dalam apps Uber. 


Nasib Kak Na dah masak nasik untuk kami di hotel. Terus makan dan tido sahaja. Terbaik trip bawa Kak Na ni... tak perlu risau pasal makanan. Memang kenyang saja dalam perjalanan. Terima kasih dan terbaik!

This is awesome gais!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam