Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 1
Bercuti ke Hat Yai Thailand 2024 (3Hari 2 Malam) - Day 1
Bulan lepas kami buat short trip weekend ke Hatyai Thailand pasal mengidam nak pekena kopi Amazon. Kat Shah Alam tu dah tutup maka terpaksa laa drive masuk siam semata nak minum kopi ye.
Jadi entry kali ni saya buat seringkas mungkin sebagai rujukan kepada anda untuk berjalan-jalan ke Hatyai serta panduan memandu masuk dengan kereta.
Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang tak nak overbudget bila dah sampai Hatyai walaupun rata-rata cakap murah.
Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, minyak, tol, Tuktuk, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.
Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Hotel di Thailand sangat strict dengan kapasiti orang dalam bilik. Jadi kalau nak sumbat ramai-ramai tu mungkin dorang akan kenakan charge.
Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, minyak, tol, Tuktuk, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.
Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Hotel di Thailand sangat strict dengan kapasiti orang dalam bilik. Jadi kalau nak sumbat ramai-ramai tu mungkin dorang akan kenakan charge.
Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada termasuk ubat ubatan anda.
Tips #4 : Oleh kerana saya melawat Hatyai, makanan Halal sebenarnya mudah didapati disana, jadi saya tak bawa bekalan makanan pun.
Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar. Saya tak hired Tuktuk seharian, saya naik Tuktuk untuk ke oneway destinasi sahaja dan bawa kereta.
Tips #4 : Oleh kerana saya melawat Hatyai, makanan Halal sebenarnya mudah didapati disana, jadi saya tak bawa bekalan makanan pun.
Tips #5 : Jangan sesekali mudah percaya dengan 'ulat' local travel agent. Ini untuk mengelakkan anda ditipu dengan hidden cost. Lebih baik ambil dengan hotel atau travel agent berdaftar. Saya tak hired Tuktuk seharian, saya naik Tuktuk untuk ke oneway destinasi sahaja dan bawa kereta.
Untuk budget keseluruhan, boleh rujuk itinerary saya ke Hatyai disini.
Ayuh mari saya ceritakan bagaimana pengalaman dan cara-cara nak pandu masuk dengan kereta melalui pintu masuk Bukit Kayu Hitam.
1. Insuran Kereta - Korang kena beli insuran untuk masuk ke Thailand. Saya lebih gemar untuk beli dengan GoThai. Senang nak berurusan dengan dorang, WhatsApp saja dan pertanyaan, pembelian semuanya online wasap sahaja.
Tapi bagi saya, belilah insuran yang tak peningkan kepala korang. Jangan laa nak amik mudah pasal insuran. Selangkah kita di negara orang, kita perlu akur dengan undang-undang mutlak mereka. Jadi belilah insuran yang agak tinggi sikit nilai untuk travel dengan tenang.
2. Geran kereta - Mulai 1 Ogos 2024, pihak Kastam Thailand telah mengeluarkan notis bahawa kesemua kenderaan perlu membawa Geran Original. Tiada lagi salinan atau surat angkat sumpah. Tak dak original, kereta kena pusing balik Malaysia.
Geran kereta kalau tertinggal boleh reprint di Kiosk JPJ Bukit Kayu Hitam. Cuma pastikan owner kereta kena ada. Kalau kereta yang tak ada owner tu saya tak pasti. Boleh tanya pihak insuran yang korang beli tu.
3. Isi Minyak - Tiada had limit untuk isi minyak kalau drive masuk Thai. Nak jimat korang isi lah minyak sampai full, setakat nak gi Hatyai - Songkhla pastu return balik ke Malaysia InsyAllah masih ada berbaki minyak.
Itu saja benda yang kena ready sebelum masuk Thai, semuanya boleh buat online saja bro.
Ayuh kita jalan!
Day 1
Semasa blog ini ditulis, pertukaran matawang 1THB=MYR0.12
Seawal jam 4.00pagi saya mula bertolak dari Hulu Langat terus menuju ke Bukit Kayu Hitam, singgah Petronas isi minyak dan solat subuh di RNR. Breakfast pun kopi-kopi dalam kereta saja pasal nak kasi clear perut untuk santapan pagi dan tengah hari di Hatyai.
Alhamdulillah kami sampai di Changlun sekitar jam 0930pagi, trafik lancar saja sepanjang perjalanan, singgah kejap di office GoThai untuk pickup insuran dan borang TM2 form. Semua dorang dha prepare masa buat bayaran minggu lepas.
Masa saya pergi tu hari Jumaat, jadi Immigresen BKH tak ramai orang sangat pun. Cop passport Malaysia dan pemeriksaan Kastam. Clean and clear to go.
Tiba di Immigresen Thai, anda tak perlu turun pun untuk cop passport. Follow saja signboard kereta nanti ada laa pegawai Thai assist masuk lorong mana. Masa cop passport Thai tu passanger kena keluar hanya untuk ambil gambar. Semua orang kena amik gambar pada webcam dia. Tak rumit pun.
Pada bahagian kastam, owner kereta kena turun untuk mengesahkan borang TM2 berserta geran original kereta. Sini owner saja perlu beratur dan amik masa dalam 15minit saja. Pihak Thai akan kembalikan borang yang disahkan dan perlu simpan. Borang yang dia cop ni perlu serah nanti nak balik ke Malaysia. Hilang kalu panjang cerita. Dia boleh charge kereta curi.
Saya tak beli simkad Thai tu. Saya on kan roaming Maxis pasal roaming sekarang dah murah. Jadi setkan GPS terus ke Kim Yong Market.
Tapi sebelum ke HatYai wife saya request nak singgah kedai kosmetik dulu kat Danok. Kedai ni kedai kosmetik yang jual macam-maca barang skincare apa yang kita tengok kat Sephora, Watson malah barangan penjagaan untuk para pria juga ada.
Nama kedai dia Abang Kosmetik Danok, dia ada celah lorong nombor berapa tah tak ingat, tapi yang pasti sama lorong dengan pejabat pos Danok.
Kalau nak compare dengan harga Malaysia, jualan barangan dia lagi murah laa bang. Sama maca barang kat 7E nunn..... beza kot harga dia dengan harga premium kita.
Selesai membeli 2-3 beg, perut dah mula lapar maka kami teruskan perjalanan ke bandar HatYai. Jarak Danok ke Hatyai lebih kurang 50+km dengan pemanduan 40-50minit.
Jalanraya dia tak ada laa macam Plus Highway tapi yang pasti pemanduan yang selesa. Jalan double pergi dan balik, kalau korang terasa nak kencing atau memerut ke, saya cadang berhenti di pump station PTT. PTT Pump Station ni dia besar, tandas dia sentiasa bersih dan ada pili air.
Kaitod Meena & Kim Yong Market - Lunch
Destinasi pertama kami singgah makan lunch dulu di Kaitod Meena. Cari kawasan parking tak jauh dari Kim Yong tu. Jangan parking suka-suka hati, nanti kena kunci tak apsal kena bayar saman 1000THB.
Kita pekena dulu nasi komok Khairul Aming viralkan. Kebetulan tak ada orang pula, sampai terus boleh dapat seat. Memang rezeki terus. Kita order nasik laaa jawabnya. Harga nasi komok + ayam 1/4 adalah 40THB. Air kita pekena air mineral saja pasal jap lagi nak minum Nescafe.
Nasi dia style beras brasmati yang jenis cepat kenyang, ayam pulak juicy goreng panas terus tuang dalam pinggang korang. Kalau tak makan nasik boleh saja makan ayam goreng dia. Meja dia kecik saja macam meja kantin sekolah, rasanya muat untuk 10orang. Jadi kalau makan tu jangan laa nak santai-santai bang... kesian orang lain pun nak makan juga.
Settle lunch, kita masuk kejap dalam pasar Kim Yong Market. Macam saya ceritakan entry saya ke Hatyai sebelum ni, pasar ni jual macam kacang, buah, sayur ada juga baju tapi orang kita lebih gemar beli kacang dengan buah kat sini. Setakat baju boleh beli kat pasar lain je.
Saya tak minat kacang jadi saya tak beli pun, dorang saja beli. Jadi kami pergi lepak kat Nescafe Cafe seberang jalan tu.
Pasal sekitar kawasan ni tak ada Amazon Cafe, maka kita pekena saja Nescafe dia ni. Kebetulan masuk langsung tak ada orang. Jadi boleh ler lepak minum kopi ais sambil sejukkan badan.
Huihhh time kami datang ni panas dia boleh tahan bang. Mencucuk-cucuk kulit nih haaa kepanasan dia. Elok kalau ada budak kecik bawa saja laa payung. Tak payah ler korang nak guna ayat "ni baru panas dunia". Apo kau pernah pergi neraka balik hari ke apa?
Bagi saya, kopi ais Nescafe ni boleh laa untuk hilangkan dahaga. Masa order kena bagitahu tak nak gula. Saya rate cappuccino ais dia 7/10 saja ler, creamy dia tu ada laa juga cuma kopi dia tu tak rasa power. Ke pasal serbuk Nescafe dia masuk angin?
Orang pesan suh minum kopi mesin 7E. Saya bukan taknak minum kopi 7E tu, kopi dia tu manis sangat. Orang cakap sedap, mulut saya cakap manis bak hang... kalau minum jangan ler berhari-hari. Boleh kena potong beb! Haritu minum terus pergi tandas. Apa yang masuk itulah yang keluar. Hahahahaha!
Time to check-in - Crystal Hotel
Dulu saya stay di Monkham Village Hatyai pasal hotel dengan swimming pool dia best. Hotel dia macam ala-ala resort walau dalam bandar. Tapi pergi kali ni hotel dia mahal kemain. Tak tau pasal apa cecah RM380 per night.
Jadi saya booking Crystal Hotel yang berhadapan dengan Central Hatyai Shopping Mall. Booking satu malam lebih kurang 180 per night. Saya nak stay hotel ni pasal dia ada swimming pool. Kami 2 beranak ni kalau hotel tak ada swimming pool memang boleh badmood.
Dah nama lagi pergi bercuti. Jadi percutian akan jadi lengkap kalau ada kopi dan pool. Gitewww.
Solat rehat, lepas tu wife nak sambung jalan ke Central Hatyai dengan adik dia, so boys ni kita terjun pool walau hari nampak macam nak hujan. View dia stunning betul. Boleh nampak flight nak landing ke Hatyai Airport dan ada laa sikit nampak Central Hatyai tu.
Bila mandi kolam ni, perut mudah lapar sebenarnya. Saya pula lupa nak beli jajan sebelum check in tadi. Jadi kena laa juga berjalan kaki masuk ke Central Hatyai. Wife cakap kat bawah ni ada banyak haa kedai halal.
Central Hatyai - Shopping Mall
Mall Central ni adalah shopping mall paling besar di Hatyai. Agak selesa nak bersiar-siar dalam ni tambah pulak sejuk. Cafe ada banyak. Kedai halal pun ada banyak kat Lower Ground.
Depan entrance dia ni ada Starbucks, sjaa laa nak bagitau dalam ni ada Starbucks Mug Thailand, Songkhla dengan Bangkok. Harga tak tau. Pi tengok sendiri lah.
Floor LG ni ada supermarket kalau macam Jaya Grocery lah, tapi apa yang saya nak beli dalam ni adalah jenis-jenis kopi.
Serius bagi sapa yang coffee lover, korang boleh beli pelbagai kopi dalam ni dengan harga murah. Discount dapat hari-hari tertentu. Kat Lotus's pun ada juga setakat kopi Nescafe Gold, UCC, Colombia tapi tengok pada discount juga lah.
Uihh boleh naik pening bro nak pilih beli kopi apa. Sudahnya kita beli ler juga 3-4 botol bawak balik. Dah murah bila lagi kan... kena pulak kopi UCC ni harga dalam RM22 ajer. Mana nak dapat biasa kat Malaysia RM40+ kot.
Nescafe Gold Blend Japan pun duk main harga RM25 saja. Nohhhhhhh beli juga beb. Minum tak habis lain kiralah. Kita share dengan budak budak office saja nanti. Cuma kopi Illy ni dia sama saja harga di Malaysia. Mungkin tak ada promo kut untuk dia. Huhuhuhu.
Duk pusing ronda dalam Festival Hatyai ni sampai jam 7.00pm lebih. Dari hujan sampai kering dah hujan, maka kita terus jalan kaki saja pergi ASEAN Night Market. Tuktuk nak lipat 200THB untuk perjalanan 400meter. Kami pulak jenis kedekut, maka jalan kaki saja laa santai-santai.
ASEAN Night Market - Dinner
Sini port yang agak ramai orang Malaysia kunjungi. Masakan tidak, kesemua gerai makanan yang dijual di ASEAN Night Market ini adalah Halal dan lebih murah berbanding dengan Lee Garden Night Market.
Bagi saya, saya lebih selesa untuk makan disini walaupun orang ramai. Tapi biasanya kalau datang pada jam 7.00pm masih ada meja lagi untuk kita duduk. Lagi satu, ASEAN Night Market ni berbumbung sepenuhnya. Maka tak perlu risau kalau hujan lebat ke hujan renyai ke korang boleh santai makan dengan menikmati segala yang dijual kat sini.
Kebanyakkan gerai makanan pula dijual pada harga murah, banyak pilihan dan tak sama. Maksud saya tak sama tu sesetengah gerai tak jual makanan yang sama dengan gerai yang lain.
Maka banyaklah pilihan anda. Paling best adalah laksa siam, satay thai dengan layan dessert roti canai coklat sebagai pemanis. Air kena sulam dengan air mineral water saja yer. Nak layan teh thai pun boleh tapi air kosong kena ada juga.
Lepas makan kita sambung jalan-jalan tengok apa yang dorang jual kat sini. Target macam nak cari jersey MU dengan seluar tidur.
Kat sini korang masih boleh nego harga tapi dengan harga yang masuk akal la. Rata-rata seluar tido ala siam tu 100THB, kalau kain full cotton dalam 150THB. Jersey pula tengok gred, kalau player issue dalam 300THB juga. Kalau cutting biasa boleh dapat 200-250THB.
Greenway Street Life Market
Perut pun kenyang lagi, malam pun masih awal lagi. Kami decide jalan kaki membakar kalori ke Greenway Market.
Kat sini kalau korang jenis kaki bundle wajib datang. Dalam 1 bumbung yang besar ni semua baju dan barang pre-love baik punya. Boleh dapat baju rare tapi harga pulak macam kena penumbuk. Stakat nak cari baju pre-love Simpsons, Star Wars semua ada kat sini. Kondisi baju pun lawa-lawa lagi.
Serius kalau nak tengok baju bundle wajib datang sini bro. Harga pun boleh dengar lagi laa kecuali barang rare kepala kain.
Kat sini pun ada food court dia, tapi kena tengok kedai pasal tak semua kedai tu halal yer.
Malas nak jalan, maka kami naik tuk-tuk saja balik hotel. Harga 100THB per trip. 100THB adalah harga reasonable untuk bergerak ke satu destinasi. Pasal market, pasar, Lotu's, kedai Amazon semua ada dalam bandar ni tak jauh. Kalau dorang cakap 200THB tu boleh abaikan, baik naik grab saja.
Sampai hotel, rehat solat dan tidur.
This is awesome gais
Bercuti ke Hatyai Thailand 2024 - Day 1
Bercuti ke Hatyai Thailand 2024 - Day 2 & 3
Comments