Tasik Kawaguchiko & Oshino Hakkai, Yamanashi

Tasik Kawaguchiko, Yamanashi

Bulan lepas saya buat private trip ke Tokyo Japan. Dalam setiap trip Tokyo, saya akan bawa orang untuk ke sini kerana Kawaguchiko adalah salah satu tempat yang kita bileh tengok Gunung Fuji selain daripada beberapa tempat yang lain.

Sebenarnya ada banyak point view untuk melihat Gunung Fuji ni, tapi Kawaguchiko ini adalah salah satu tempat popular dan senang akses dari Shinjuku Tokyo.

Jika anda mempunyai Tokyo Wide Pass, perjalanan kesini cover dan percuma selagi tempoh masa Tokyo Wide Pass tersebut. Kalau tak ada pun tak apa, korang masih boleh menaiki bas dari Shinjuku ke sana dengan bayaran sekitar JPY2200 sehala.


Tasik Kawaguchiko ini lebih dikenali sebagai Fuji 5 Lakes, Kawaguchiko adalah salah satu 5 tasik sekitar Gunung Fuji dan ianya kedua terbesar antara 5 tasik ini. Masa saya datang kesini, suhu di bandar tokyo sekitar 23C akan tetapi, suhu di Kawaguchiko mula menurun kerana kedudukan tasik ini tinggi dikelilingi dengan bukit bukau sama seperti Nikko. Suhu ketika itu sekitar 17c dengan cuaca berangin.

Apa yang saya nak ceritakan di Kawaguchiko ni, memang best kalau datang kesini. Ada banyak tempat yang kita boleh terokai seperti Arakurayama Sengen Park yang kena panjat 400 anak tangga tu, boelh main theme park di Fuji Q Highland Park malah korang juga boleh melawat perkampungan lama kat sini iaitu Oshino Hakkai.




Sebenarnya, minimum untuk spent time kat sini mungkin seharian dan lebih bagus kalau dapat bermalam disini. Cuma, untuk menginap hotel kat sini tak berapa nak murah. Hotel 3 star saja pun boleh mencecah RM500 hingga RM2000. Kalau dapat RM300 itu adala hrezeki dan mungkin kawasan sedikit jauh dari train station.

Baca perjalanan saya mendaki 400 anak tangga di Arakurayama Sengen Park

Berbalik kepada perjalanan saya kesini, kami mula keluar hotel seawal jam 0600pagi kerana first train untuk ke Kawaguchiko adalah pada jam 0700am dengan menaiki Limited Express Super Azusa.

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, biasanya apabila saya ke Kawaguchiko, saya memilih untuk pergi awal supaya dapat masa yang panjang ketika disana sebelum pulang balik ke Tokyo.

Disebabkan train pada pagi tersebut agak penuh dan saya tidak membuat penempahan tempat duduk, maka kami terpaksa duduk bersepah, dan akhirnya kami semua berkumpul kat pintu train sahaja. Pengalaman kali ni naik train penuh pula. 1jam perjalanan dari Shinjuku ke Otsuki Station.



Tiba di Otsuki Station, terus menaiki local train untuk ke Fujisan Station. Kali in perjalanan 50minit. Sepanjang perjalanan, cuaca nampak macam mendung dan berawan tapi tidak hujan. Masa saya datang pada Februari 2023, seluruh kawasan ini diliputi dengan salji. Sejuk betul masa tu.

Nak datang tengok Fuji ni macam nak tengok Kinabalu. Kalau nasib baik, muncul lah dia depan mata kita. Biasanya, agak susah nak nampak Fuji dengan clear view kerana gunung Fuji juga dikatakan pemalu. Tak semestinya pergi waktu musim sejuk, tak ada awan tak ada ribut boleh nampak. Semuanya rezeki kita kalau nampak puncak Fuji tu. Jadi jangan mengeluh kalau tak nampak, mungkin kena datang lagi lepas tu duduk 10hari kat Kawaguchiko ni. Hahahaha!

Eight Pond of Oshino Hakkai

Bila sampai di Fujisan Station, kami teruskan plan untuk ke Oshino Hakkai. untuk ke sana, perlu menaiki bas antara nombor A1 laluan Kawaguchiko-Gotemba. Masa perjalanan bas boleh rujuk di station bas Kawaguchiko. Bayaran tambang pula tak silap saya dalam 260yen sehala.




Bila tiba di Oshino Hakkai bus stop bernombor 126, ramai penumpang mula turun kat sini. Sekitar kawasan ini kiranya dah masuk kawasan perkampungan rakyat jelata yang mana beberapa signage dilarang membuat bising.

Oshino Hakkai agak popular dikalangan pelancong luar kerana kawasan perkampungan ini sangat cantik, ada anak sungai yang sangat jernih, kolam dan dikatakan rumah-rumah lama disini didiami oleh para ninja yang bertapa dan berlatih. 

Selain itu, kolam Oshino Hakkai juga digelar Eight Pond of Oshino Hakkai. Memang ada beberapa kolam di perkampungan ini malah kesemua air kolam ini boleh diminum kerana ianya mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Korang boleh bawa botol air dan ambil air pada paip yang dorang dah sediakan. 






Sekeliling kolam ni dorang pagar risau kot ada orang terjun mandi kolam!

Walau orang ramai, tapi bagi saya ianya agak tenang kerana rata-rata pelancong yang datang pun diam seolah terpegun dengan persekitaran kawasan perkampungan yang tenang. Ada beberapa anak sungai yang jernih. Boleh mancing kat sini kalau ada ikan laa.

Kawasan ini ada juga orang jual makanan macam ubi bakar, ikan bakar, dan paling best kalau lalu depan gerai kopi. Bau kopi tu jahat mengeletek bulu hidung mat! Saya baru je pekena kopi dalam train dengan train station. Takkan nak pekena kopi lagikan, mau pakinson tangan nanti! Ada juga market dan kedai souvenir kat tepi kolam besar nun.

Kalau diperhatikan, ada beberapa rumah contoh dan muzium kincir air kat sini. Korang boleh ler masuk kedalam rumah untuk tengok reka bentuk dan hasil kraf tangan orang Jepun semasa era Edo dahulu kala. Rumah ini adlaah rumah contoh dan sememangnya khusu untuk pelancong tengok. Jangan laa korang pi masuk rumah orang aaaa.



Selesai lawatan di Oshino Hakkai, terus bergerak menuju ke Kawaguchiko Lake. Time pun dan masuk tengah hari, sejuk-sejuk ni perut mudah lapar bro!

Tunggu bas di busstop 126, naik dan menuju ke Kawaguchiko Station. 

Tasik Kawaguchiko

Bila sampai di station Kawaguchiko, korang boleh saja nak naik bas lagi ke kawasan tasik, tapi bagi saja baik berjalan kaki saja sambil tengok kawasan persekitaran. Lagi pun tak jauh dalam 800meter sahaja. Cuaca sejuk mana nak berpeluh pun.


Kami paksa dorang ni jalan kaki supaya bila sampai tepi tasik terus boleh makan tengah hari. Sememangnya point saya terus bawa makan nasi tepi tasik terus. Lapar dia tak boleh bincang dah mat!

Ternyata rezeki, sampai di Aladin Indo Cafe tak ramai orang, maka dapat seat kat luar. Boleh makan dengan view Tasik Kawaguchiko. 



Sekitar sini ada beberapa kedai halal, antaranya Aladin Indo Cafe, SN Spicehut, Halal Food Cafe dan ada sebuah masjid iaitu Masjid Kawaguchiko. 

Kami order nasi curry ayam dan nasi kebab untuk lapik perut yang tak berapa nak breakfast tadi. Dalam masa sama, saya sempat beli kopi di kedai Lawson depan restoran ni. Dah sejuk pekena kopi mat, kasi badan panas pastu makan kari baru ada surrrr....




Best jugak layan curry mamak kat sini, walau datang angin tak berapa sepoi berbahasa, boleh sarung jaket jugak laaa sejuk dia ni. Tambah pula cuaca masih mendung tak nampak matahari pulak.

Sebenarnya tak jauh dari sini terdapat cable car - Mount Fuji Panoramic Ropeway. Tapi kami tak naik cable car ni pasal itinerary kami pack. Dan sebab itu juga saya sarankan, kalau ada masa dan hari tambahan, boleh cuba selitkan itinerary untuk bermalam di Kawaguchiko ni. Memang banyak tempat yang boleh kita explore.



Selesai makan, terus jalan kaki tengok tasik dulu. Layan amik gambar dan lalu dicelah rumah orang kampung. Memang tenang habis. Senyap sepi seribu bahasa. Kadang bunyi tapak kaki lagi kuat la sampai nak berjalan pun rasa macam nak merangkak. Hahahahah!



Pada akhir perjalanan kami, rezeki kami dapat bergambar dengan kedia Lawson yang viral seluruh dunia ni.

Disebabkan cuaca mendung, maka tak ramai pelancong yang bergambar kat Lawson Kawaguchiko ni pasal tak nampak Gunung Fuji. Tapi kami dah sampai, kita bergambar juga laa sebagai tanda hadir.

Perjalanan balik terus ke Shinjuku untuk sambung ke itinerary seterusnya. Jadi, pengalaman saya, memang berbaloi untuk datang ke Kawaguchiko - Oshino Hakkai ni walau kena naik 2 jenis transport selama hampir 2 jam dari Tokyo. Mungkin kena datang pada waktu Autumn dan Winter, rasa dan alami bagaimana daun-daun di hutan Kawaguchiko menjadi keemasan dan suasana sejuk dari gunung Fuji sendiri. 

Saya doakan kepada pembaca, semoga kalian berpeluang untuk datang kesini menikmati keindahan yang Allah sediakan pada kita. InsyAllah

This is awesome gais!

Comments

Anonymous said…
Best3
Wak Lat said…
naiss., genki desu., ;p

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1