Jalan - Jalan ke Paris Disneyland
Jalan - Jalan ke Paris Disneyland
Februari tahun lalu saya melawat kota Paris. Kiranya agak lambat nak upload entry visiting Disneyland pasal saya duk ingat dah upload, rupanya belum lagi. Maaf laa yer.
Jadi entry kali saya nak share jalan-jalan kami ke Paris Disneyland tahun lalu masa waktu winter iaitu pada bulan 2-2024. Tak kisah korang pergi waktu bila asalkan booking tiket lebih awal sahaja untuk penjimatan tiket yang banyak.
Tapi pada pengalamam saya, lebih baik datang theme park sebegini pada waktu sejuk pasal nanti korang tak berpeluh lencun kerana bahang matahari. Walau waktu siang singkat, tapi paling tidak suhu yang sejuk mampu buat badan tidak berasa kepenantan sangat dan baju pun selesa tidak berpeluh.
Benda pertama sekali sebelum masuk Disneyland mestilah kena ada tiket. Tiket Disneyland ni hanya dijual secara online, samada direct website dia disini, Klook.com ataupun Traveloka. Saya booking direct pada website Paris Disneyland untuk memudahkan process dan manage ticket.
Korang kena tahu, Paris Disneyland ni ada 2 theme park macam Disneyland Tokyo (Disneyland / Disneysea).
1. Disneyland Paris
2. Walt Disney Studio Park
Apa beza dua theme park ni? Korang boleh tengok dalam youtube ataupun review dari tiktok. Tapi bagi saya, saya lebih memilih untuk melawat Disneyland Park pasal banyak themepark yang ada terutama StarWars.. huhuhuhuhu
Harga kedua themepark ini adalah sama harga, bermula dari (RM300 - RM550). Yaaa harga tiket dia boleh berubah-ubah macam tiket flight. Beli awai jadi murah, beli hujung-hujung date boleh cecah RM500+)
Lepas purchase tiket dia, korang kena download Disney Apps - Scan QR Ticket korang (QR Code) guna apps nanti apps Disney tu validate e-ticket. So nanti masa nak masuk tu korang hanya tunjuk ticket dalam apps saja.
Apps Disney ni memang function terutama kalau korang nak tengok berapa lama tempoh menunggu ride dalam theme park, kat mana ride tu, bila masuk waktu liveshow dan booking seat untuk liveshow malah korang boleh cari mana lokasi restoran halal dalam ni.
Tiket dah ada, apps pun dah function, maka ayuh mulakan perjalanan ke Disneyland Paris!
Transporation :
By Car :
Kalau korang naik kereta, boleh drive terus ke Paris Disneyland - boleh point maps ke Parking Disneyland Paris. Harga bayaran letak kereta averga 6-10jam adalah EUR30-EUR40 ( Lebih kruang RM150 ke RM200 yeee) So kena kira juga cost parking kereta.
By Train:
Kalau naik train dari bandar Paris, korang boleh mulakan perjalanan dari station Gare du Nord, naik laluan RER A terus ke Marne la Valle Chessy Station ataupun Disneyland Station. Harga dia EUR12 sehala (RM60). Train ni macam ETS juga, tapi tak perlu bookign seat. Boleh free seating sahaja. Bila sampai Marne la Valle Chessy terus nampak entrance Disneyland Park dengan Disneyland Village.
By Bus:
Kalau naik bas mungkin lagi jimat, korang boleh naik di mana-mana station besar di sekitar Paris, look-up sahaja bas Disneyland Park dan purchase ticket berharga EUR12 untuk dua hala.
Cumanya bas ni duration dia setiap satu jam, tak kerap macam train. Jadi kena semak jadual perjalanan Disneyland Park Bus untuk ketahui masa dan tempat berlepas.
Pada entrance Disneyland Park, korang akan nampak Disneyland Village. Masa saya pergi tu dorang macam ada renovation besar-besar kat situ, mungkin dah siap kot sekarang ni. Disneyland Village ni adalah mall yang orang luar boleh masuk untuk lepak, makan dengan santai-santai. Kiranya depa buat Village ni untuk orang yang nak pergi Disneyland tapi tak beli ticket. Gitewwwww. Boleh laa maik vibes sikit ada banyak restoran dan theme cafe.
Kami terus jalan kaki ke entrance dia. Ada officer yang akan semak beg dan dia akan suruh buka Disney Apps untuk scan QR code.
Checkbag ni bagi saya normal, masa tu kami ada bawa sandwich homemade dengan nasi kosong 1 bekas. Dorang tengok dan saya cakap rice for gluten-free for my kids and sandwich for halal food. Huhuhuhu
Dorang tak cakap banyak, terus zip balik bag dan bagi kami scan QR untuk masuk. East chezzy!
Yezaaaaa we are at Paris Disneyland...! Agak terharu pasal ini adalah Disneyland ke-3 kami masuk selema HongKong dan Tokyo. Malah Paris adalah satu-satunya Disneyland di benua Eropah! Yaa hanya da satu sahaja Disneyland di Eropah. Asia pun duk ada 4 bijik.
Bergambar dulu di pintu masuk Disneyland Paris sebagai tanda hadir. Orang agak ramai tapi tak seramai Disneyland Tokyo. Disney Tokyo memang ramai giler beb!
Pada pintu masuk mana-mana Disneyland mesti akan ada Main Street. Kat sini adalah kawasan yang mana dorang akan bina sebuah bandar seperti di United States. Siap ada TownHall, Hospital, Prayer Room, complete bagai la. Kedai souvenir besar juga terletak kat sini serta beberapa restoran.
Permainan pertama yang kami main adalah Star Wars Galaxy pasal orang tak ramai beratur. Huukhukhukkkk.. masa masuk ni hujan renyai mula turun. Alang-alang tu terus masuk laa dah tak ramai orang beratur.
Kat entrance ada pulak sebijik X-Wings... baik pulak dia letak atas bumbung tu terus abam cuba posing sikit ala-ala Obiwan Kenobi.
Sama seperti Disneyland Tokyo, Star Wars Galaxy ni adalah jenis 6D ride yang dipandu oleh C3PO. Lepas habis ride, korang bleh layan merchandise Star Wars Disney. Abam beli 1 barang yang rare untuk Disneyland Paris.
Nak pergi main ride outdoor yang lain masih gerimis. Patut kami nak layan Autopia. Tempat yang korang boleh drive kereta dalam track dia. Tapi orang beratur boleh tahan laa jugak panjangnya.
Maka kami cari ride yang dalam indoor. Pastinya Small World. Ride ni kalau ikutkan untuk Kindergarden pasal ride dia naik sampan pastu dengan patung nyanyi. Layankan saja sementara masih hujan.
Habis daripada ride tu kami pusing-pusing area castle. Boleh masuk dalam castle dan naik ke tingkat atas. Cuma untuk ke top tower tak dibenarkan. Dalam castle ini sendiri ada kedai sourvenir Disneyland. Crowded laa sikit pasal nyambil-nyambil orang nak panaskan badan.
Cuaca gerimis dengan musim sejuk ni memang sejuk bang. Pakai sarung tangan aje laa taknak kasi kebas jari jemari ni.
Kami late lunch di Toad Restaurant. Dalam Disneyland Paris ini hanya ada dua sahaja restoran halal iaitu Toad Restaurant dengan Hakuna Matata Restaurant. Hakuna Matata perlu booking table sebelum masuk dan tak semua menu dia halal. Tapi restoran dia ada serve menu halal seperti veggies meals.
Jadi kami pilih untuk ke Toad Restaurant pasal restoran ini hanya serve fish & chips. Nama saja toad tapi tak ada menu katak yerrrr.
Baca jalan - jalan kami ke Kota London dan Paris selama 9 hari disini
Tak perlu booking untuk seating, just walk-in ada kosong boleh order di kaunter macam KFC. Tapi menu dia hanya berunsur ikan, seperti fish & chips, fish nugget dengan fries sahaja. Mungkin pasal menu dia sikit orang tak ramai sangat nak lepak sini.
Jadi kami amik peluang order fish & chips dan makan dengan nasi bekal kami bawa. No worries, dorang tak halang kroang pun nak makan bekal. Malah dorang layan jika kita nak apa-apa dari menu. Bagus jugak layanan dia. Kiranya kalau korang ada anak-anak, korang boleh order dari meja dan bayar guna debit terminal saja. Nice!
Selesai makan, kami layan ke area Adventure. Pastinya nak naik ride Pirates of The Caribbean pasal ride ni tak ada di Disneyland HK mahupun Tokyo. Ride dia ni gelap macam scene At World's End series 3 masa dia nak masuk flip world tu. Kalau korang ingat laaa.
Saya pun tak ada nak amik gambar banyak dalam ride ni pasal tak nampak apa pun. Dia lebih kepada 6D dan projectoring film. Nice juga laa ride dia tak membosankan. Seram ader ler... hewhewhew
Seperti biasa, hampir kesemua kawasan korang ride ni ada kedai sourvenir dia mengikut tema. Malah, ada banyak kiosk kedai aiskrim, kopi dengan air yang korang boelh beli. Cuma harga dia... uhukkk uhukk uhukkk... secawan kopi panas harga EUR5.00 bhai, hot chocolate EUR8.00. Nangisss beli jugak pasal dah rasa sejuk.
Sementara nak lepak tu, boleh ler korang tengok kedai jual sorvenir mana-mana theme yang rasa boelh beli. Macam saya cakap tadi, nak beli semua memang koyak rabak poket.
Masa ni hujan dah mula berhenti, maka kami layan laa mana-mana ride yang tak perlu queue panjang pasal kami tengah tunggu Disney Star on Parade berlangsung pada jam 05.00pm. Masa kami duk lalu tu pun dah ada orang yang mula tunggu pada garisan parade tu.
1jam sebelum parade tu kadang dah mula orang beratur tepi laluan dia. Jadi kami tak dapat laa tengok tepi tepi. Dari jauh ajer laa dapat tengok.
Ada satu kawasan saya dah lupa, kawasan dia cantik betul dia buat macam perkampungan Holland siap ada kincir angin. Belakang kincir angin tu ada anak sungai siap ikan bagai.
Kadang syaa tertanya juga, tang bila dia buat maintenance semua ni eh...? Tiap-tiap hari tu Disneyland ni open to public. Dorang ni hanya ada masa dari jam 9.00malam sampai 9.00pagi saja untuk bersihkan kawasan, tanam pokok dengan baiki bangunan. Lain waktu dah masuk waktu operasi Disneyland.
Berbalik pada parade tadi, bagi saya agak crowded jugak orang tunggu parade ni. Jadi beg saya serah pada wife untuk jaga. Dia tengok dari dalam castle saja parade tu. Maka saya bawa Nazril di jambatan untuk dapat view yang clear sikit.
Disebabkan cuaca hari ini tak berapa cantik, Electric Sky Parade yang guna drone diawalkan 1 jam. Patutnya bermula pada jam 0800malam, tapi dia announce jam 7.00pm akan mula.
Jadi saya amik kesempatan ni untuk pergi ke melepak di kawasan Disney Village dulu ngupi-ngupi sambil layan souvenir dalam kedai besar dorang. Memang ramai betul orang dalam ni. Mungkin dorang pun plan macam kami juga, berteduh sementara tunggu Electric Sky Parade.
Saya sarankan pada waktu senja atau malam, korang datang lepak kawasan Main Street USA ni. Sini view untuk tengok Electric Sky Parade awesome dan nampak castle yang cantik pada waktu malam ni. Memang tak sia-sia meronda kawasan sini.
15minit sebelum jam 7.00pm, dorang announce sekali lagi bahawa drone untuk Electrcial Sky Parade tidak digunakan, hanya pancaran lampu sahaja disebabkan keadanaan cuaca gerimis dengan berangin. Haduihhhhhhhhh sedeyyyy...
Memang sedeh pasal bila lagi nak tengok drone show. Tapi nak buat macam mana, cuaca tak mengizinkan kami.
Baca jalan -jalan kami ke Tokyo Disneyland disini
Maka layan sajalah Electric Sky Parade ni dengan lightshow. Bagi saya enjoyla jugak lightshow dorang pasal snyc dengan lagu yang dimainkan. Malah sebelum pergi saya juga ada tengok dalam channel youtube full version of Electric Sky Parade ni.
Cuma masih rasa ralat pasal Electric Sky Parade ni hanya ada di Paris Disneyland sahaja. Tokyo Disneyland tak ada, dia ada Fireworks. Ruginyaaaaaaaa... huhuhuhu! Korang boleh tengok video saya dalam ig : @nazrulakam ig: @nazrulakam untuk story kami di Paris Disneyland.
Habis sahaja show, kami singgah dulu beli sourvenir di Main Street. Nak beli banyak pun harga mahal jugak, beli untuk diri sendiri dengan barang yang orang kirim saja. Maaf yerr
Secara keseluruhannya memang puas hati jalan-jalan dalam Disneyland Paris ni walau hujan dan gerimis. Walau tak kesemua ride boleh naik disebabkan manusia yang ramai dan hujan. Tapi kami puas hati dengan suasana dalam Disneyland yang besar giler. Jenuh berjalan basah kasut tak kira dah.
Anak pasti akan ingat memori ni sampai dia besar. The happies place in the world bak kata Walt Disney.
Berikut adalah beberapa tips untuk ke Tokyo Disneyland :
2. Paling mudah dan murah untuk datang ke sini adalah menaiki train RER A. Naik train dan turun di Marne la Valle Chessy Station. Jalan kaki saja untuk ke Disneyland entrance. Skang ni Disneyland Paris tidak lagi check apa-apa vaksin dan korang tak perlu pakai mask untuk berlibur. Atas kehendak diri sendiri sahaja kalau nak pakai mask.
3. Buat perbandingan pembelian tiket didalam website Disneyland dan juga mana-mana travel agent seperti Klook untuk mendapatkan diskaun lebih.
4. Makanan dan minuman seperti periuk nasi bertingkat tidak boleh dibawa masuk. Tapi boleh bawa masuk kalau dalam pek kecik dan air boleh dibawa masuk seperti air mineral, air kotak dengan tumbler kopi. Kalau ditanya, beritahu makanan special meals untuk anak-anak.
5. Tengok cuaca sebelum beli tiket dalam masa 14hari. Kalau datang musim panas dengan autumn, kebarangkalian hujan adalah sangat tinggi. Harap jangan hujan lebat sepanjang hari. Kalau hujan lebat pun, pihak Disneyland tak akan return tiket korang melainkan dorang tutup entrance sebelum waktu operation hours, baru boleh refund.
8. Setakat ini, tiada restoran halal didalam Disneyland. Yang ada hanya menu halal di Hakuna Matata Cafe dan Fish&Chip di Toad Restaurant. Korang boleh beli churos, waffle atau pun fries jika terdesak kelaparan. Akan tetapi, ada sebuah restoran halal iaitu Vapiano Pizza Pasta Disney Village terletak luar Disneyland Park. Korang kena keluar dan restoran tu.
9. Bilik air ada dimana-mana sahaja. Tak perlu risau tandas dia memang rasa macam boleh lepak dengan nak tidur. Bersih dan wangi.
11. Tempat merokok adalah terhad, tapi ada jangan risau. Cuma kena rajin tengok signboard gambar orang hisap rokok. Agak jauh sikit macam terletak kat Adventure Themepark. Rokok tidak dijual didalam Disneyland. Sila beli siap-siap. Saya tak merokok.
12. Skateboard, skooter budak dan basikal tidak dibenarkan bawak masuk atas sebab keselamatan. Untuk sewaan juga tak ada, yang ada hanya stroller sahaja. Kecuali Wheelchair yang dibenarkan masuk. Stroller baby korang boleh bawa masuk tanpa dikenakan charge.
13. Bila cuaca panas, banyakkan anak minum air dan belikan ais krim untuk menyejukkan badan. Musim panas Paris bukan biasa-biasa yer. Tak macam panas di Malaysia. Jangan pulak suruh anak minum air kolam. Bahaya tu tuan-tuan.
14. Storage untuk menyimpan beg besar ada di bahagian entrance room. Eloknya simpan didalam storage dan bawa wang/kad debit untuk pembelian didalam Disneyland. Menjadi kebiasaan ibubapa letak barang dalam stroller anak, boleh juga cuma berhati-hati kalau tak nak kena cilok. Disneyland adalah kawasan tumpuan pelancong, jadi ramai manusia dari pelbagai negara yang ada dalam tu.
Comments