White & Black Lakeside, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
White & Black Lakeside, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
Beberapa bulan nan lalu, kami menyambut anniversary yang ke 13. Ahamdulillah dengan kudrat dan rezeki yang diberikan Allah masih memberikan peluang kami mencari rezeki bersama dan susah payah bersama.
Pasal kami sendiri pun dah lama tak dine-in kedia best-best, maka wife saja tengok Tiktok dan jumpa satu restoran baik di Titiwangsa ni. Biasanya anniversary kami staycation mana-mana. Cuma kali ni cuti tak berapa sangat lepas tu kekangan masa.
Saya bawa dorang ni ke White & Black Lakeside Restaurant yang terletak di Tasik Titiwangsa. Masa kami pergi tu time lunch hour weekend, maka masih banyak parking sekitar tasik tu. Kalau waktu petang mungkin susah kot nak dapat parking space. Entah laaa mungkin kot.
Tak perlu buat booking untuk seating dalam restoran ni cuma kalu korang datang ramai-ramai mungkin kena buat kot, senang waiter nak setting table.
Jadi pada waktu kami datang tu tak ramai dan tenang-tenang sahaja. Lalu mendapatkan menu untuk terus order memandangkan perut dah mula bagi sensory bila bau masakan dalam restoran ni.
Macam biasa saya order Chicken Grill, Spagethi Aglio Olio Beef dan Nasi Chicken Butter Milk untuk anak. Dia memang suka makan nasik. Tak reti makan western ayam daging sahaja. Apa-apa kena ada nasi ataupun spageti ke apa.
Sementara korang tunggu order tu, boleh ler nak jalan-jalan tepi tasik jap. Cuma time tengah hari idok ler nak berjalan wey matahari terik atas kepala. Duk bahagian indoor pun terasa bahang bila waiter buka pintu untuk serve orang lepak kat outdoor.
Apa yang saya perasan, restoran ni ramai mat salleh lepak. Dorang makan dan minum kopi kat sini. Tengok gaya bukan pelancong dan maybe yang jenis bekerja di KL. Mungkin bagi dorang masak western kena dengan tekak depa ataupun duk viral dalam komuniti dorang tu. Itu yang ramai lepak bahagian outdoor tu. Rasa nyaman kut....
Malas nak ulas panjang, makanan sampai kita terus santap dulu. Bagi saya, masakan western ni memang best dan sedap. Ini bukan paid review yer... ini free review sahaja.
Sesiapa yang follow blog saya, kalau kedai sedap saya masukkan dalam blog, kalau tak sedap saya just leave it. Tak mahu tutup periuk nasi orang. Bukan senang nak berniaga zaman la ni!
Bagi saya, apa yang anda makan adalah berbaloi apa yang kamu bayar disini. Sama seperti Restoran Gastro Hub Nilai yang pernah saya review sebelum ini. Sama sedap dan boleh repeat.
Nak datang boleh saja, kedai dibuka setiap hari bermula jam 1030pagi hingga ke 0900malam. Kalau rasa free sangat boleh roger kami, belanja sekali aaaa!
Happy Anniversary 13th sayang...
This is awesome gais!
Comments