Flight Review : Economy Class Singapore Airline
Flight Review : Economy Class Singapore Airline
Beberapa bulan lalu penerbangan Singapore Airline dari London ke Singapore telah membuat emergency landing di Bangkok disebabkan kapal terbang SQ321 dilanda air turbulence yang teruk menyebabkan 1 kematian dan 30 cedera termasuk anak kapal.
Air turbulence diudara memang bukan perkara biasa. Walau saya selalu terbang, bila announcement dari captain yang menyuruh anak kapal duduk disebabkan air turbulence saya sendiri akan mula cuak. Ini bermaksud kapal terbang akan mengalamai turbulence yang agak kuat dan pada waktu tersebut tak sesuai sangat nak makan atau minum.
Walaubagaimanapun itu adalah kehendak Tuhan yang menentukan perjalanan kita baik atau buruk. Kita hanya perlu berdoa sahaja.
Mari saya kongsikan pengalaman terbang Bersama Singapore Airline semasa trip February yang lalu.
Tak dinafikan walau terbang economy class, saya sangat berpuas hati dan dapat layanan terbaik daripada cabin crew.
2 minggu sebelum terbang, saya telah memesan Muslim Meal (MOEL) untuk penerbangan ini. Maka masa kita boarding, cabin crew dah approach pasal meals muslim dan dia tampal sticker siap-siap pada seat kami.
Disebabkan kami bawa 2 kanak-kanak, maka dorang dapat laa sourvenir dari Singapore Airline pada kesemua flight yang dorang ni naik. Bagus jugak ye bawak budak, malah makanan pun macam mudha untuk kanak-kanak
Penerbangan Singapore - London mengambil masa 14.5jam nokkss... kemain lama dalam flight sampai boleh bengkok pinggang.
Susunatur seat Boeing 777 adalah jenis 3-3-3. Dalam flight full dengan entertainment, ada wifi on board, malah ada makan 3 kali. Snack dan coffee adalah free flow sampai kembung perot ko mat.
Dari segi makanan pula, heavy meal dia serve 2 kali. Mula-mula rasa macam 14.5jam flight makan 2 kali je ke..? Sekali bila datang meal makanan, fuhh mengah nak habiskan ye. Untuk muslim meals ni bukan sahaja meal seafood, ada juga ayam, daging lepas tu pasta. Atas request korang dan apa yang dia ada saja.
Kalau tak cukup apa yang dia serve, korang boleh mintak seafood meal. Itu juga halal dan tidak dimasak menggunakan alcohol.
Kalau anak-anak korang lapar, boleh pergi ke galley dan minyak snack seperti roti, cekedis, kek ataupun aiskrim. Sebut nombor seat maka nanti dorang akan sediakan snack meals untuk kanak-kanak. Dorang ni jaga sikit kalau bab budak pasal dorang tahu budak tak boleh duk diam. Bagi makan banyak nanti boleh tido.
Tapi kalau parent pun lapar ke apa, korang juga boleh mintak lebih dengan flight attendance. so far, bagi saya layan steward dari SIA ni tak pernah mengecewakan
Dari segi flight entertainment dia macam guna Disney Hotstar. Ada banyak channel dan music untuk layan flight long haul ni. Takat mana je boleh tidur dengan seat economy ni kan. Baru nak tidur kadang kerap terjaga. Lain laa business class kann... tidur terus macam flat bed.
Sampai Kak Na pun dah tak tau tengok apa, asik tengok maps saja, sure dalam hati ckapa bila laaa nak sampai ni.. huhuhuhu
Kesimpulannya, served dari SIA memang terbaik setakat ini, kalah Emirates dan Etihad masa saya pergi dulu dan orang cakap, nanti cuba Qatar pulak. Best juga cuma harga tiket dia je la yang tak best.
Kalau naik flight transition antara pagi ke malam, atau malam ke pagi memang view cantik sangat-sangat. Dapat seat windows boleh tengok betapa indahnya ciptaan Illahi untuk perlihatan mata kasar kita. Allahuakbar
This is awesome gais...
Comments