Jalan - Jalan ke Splash Mania Waterpark, Selangor

Jalan - Jalan ke Splash Mania Waterpark, Selangor

Cuti sekolah awal tahun baru ni saya bawa anak dengan anak buah bergolek-golek di Splash Mania sebelum sekolah buka. Plan dah lama cuma nak pergi tu belum kesempatan saja. Lagi pun kian hari harga tiket SplashMania ni boleh tahan juga yer... nak sama macam Legoland Waterpark pula.

Dah nama masuk masa cuti sekolah, kami sampai entrance jam 0930am pun dah ramai orang nak masuk parking. Kita adjust masuk parking bertingkat bagi teduh sikit. Parking bertingkat dikenakan bayaran. Saya dah lupa berapa bayaran dia, just tap-in dan tap-out sahaja. Kalau park luar free and easy.

Dah settle tu kena beratur agak panjang tapi bergerak pasal dorang nak check bag supaya korang tak bawa bahan larangan dan segala makanan atau minuman tak boleh dibawa masuk. 

Dorang suruh beli kat dalam dan kena tinggalkan tempat disediakan. Tu standard rules untuk masuk Themepark mahupun waterpark. Tak perlu laa korang nak bergaduh-gaduh pasal benda tu. Pay and follow the rules, nak bawa makanan macam piknik pi berkelah kat Ulu Yam.



Lepas tu dorang akan scan QR Code ticket - hanya tunjuk QR sahaja. Tiket saya beli 1 minggu sebelum pergi. Agak mahal pasal peak season dengan kadar bayaran Dewasa RM125.00 untuk dewasa dan RM110.00 untuk kanak-kanak (3-12tahun). Bawah 3 tahun adalah percuma. So round up 3 dewasa dan 3 kanak-kanak jadik RM705.00... uhukk uhukk uhukkk


Lepas scan tiket, disarankan korang terus cari storage locker. Pasal ramai orang, tak payah korang nak jalan-jalan dulu nanti sotrage locker habis. Melainkan korang ada orang yang boleh jaga barang-barang. 

Tak silap saya locker kecik berharga RM15, medium RM30 dan besar RM45. Besar cepat habis pasal boleh longgok banyak barang. Maka terpaksa saya ambil 2 locker medium size. 1 untuk boy dan 1 untuk girls.




Budak-budak dah mula huru hara, dorang terus salin baju di changing room terus nak gerak dah. First yang kami main adalah di Omba King Cove yang mana tempat besar seperti pantai berombak. Memandangkan panas terik, memang sesuai nak mandi sini dulu sebelum dorang ni layan slide tah apa nanti.

Baca jalan-jalan kami ke Legoland Waterpark Johor

Sekitar kawasan ni dorang buat ada pasir pantai halus. Jadi yang mana anak anak kecik boleh laa main pasir dengan kolam kecik. Gazebo ada banyak tapi semuanya dah fully booked. Harga pun sedap didengar bermula RM150 hingga RM300.




Dah mula telan air, kami layan pula jenis sungai pula. Nak best lagi kena sewa pelampung. Haa yang tak termasuk dengan tiket yer. Kiranya masuk dalam ni semua add-on lahh... memang cecah ribu laa beb.. hahahahaha

Single tube RM15, double tube RM25. Ada deposit tapi nanti korang return tube boleh dapat balik deposit tu. 


Next theme kami layan Ravage River. Agak panjang river dorang buat ni dengan kedalaman 1.0m - 1.2m. Ada part air laju dan ada air slow yang mana korang boleh get rest ada jenis jakuzi. Best, kami layan 5-6 kali river ni sampai sebelum balik.

Kalau mandi pantai tadi panas terik, kalau rover ni banyak pokok denga nterowong maka tak ada laa nak sub-burning sangat. Saya dnegan wife layan benda ni je santai atas pelampung bagi dorang tolak saja.



Next mandi manda tu budak-budak ni dah mula nak main slide, saya dah tak tahu apa nama slide ada 30 jenis slide. Saya hanya stay pada restoran mereka dan dorang pergi saja sendiri memandangkan kesemua slide hanya guna pelampung dorang. Tak perlu korang nak angkut usung pelampung sewa ni.



Ada satu port yang mana korang boleh lepak mandi sama kalau ada anak kecik yang tak mahu naik slide, iaitu Treasure Tower. Kat sini budak-budak, bapak budak boleh panjat sama-sama pastu layan slide sama jugak. Boleh lepas kan dorang kat kawasan ni dah korang lepak dalam air tempat teduh. Haaaaa gitewww



Saya tak ambil gambar dorang main slide, tak ada pakai cover malas nak kuar masuk. Kalau nak tengok, saya ada share story dalam instagram saya. Boleh tengok di ig : @nazrulakram disini.

Budak-budak ni mandi manda tak reti nak lapar ke apa. Saya terpaksa recall dorang untuk lunch time. Kenyang telan air dah kot dorang ni. 

Untuk makanan dalam SplashMania ni, it is easy to get, ada banyak kiosk yang jual waffel, aiskrim, dan jual air. 

Ada beberapa restoran ditempatkan dan korang tak perlu jalan jauh untuk ke main restaurant dia. Ada Mamak, ada nasi campur, ada arabian style dan western. Tapi kalau nak senang, boleh lepak di main restaurant dia pasal ada banyak pilihan dan tempat duduk yang banyak. 





Harga makanan agak pricey sikit lebih kurang harga Legoland. Setakat yang kami pergi waterpark ni, harga  Lost World Tambun Waterpark adalah paling murah kalau bab makan.

Baca review saya ke Lost World Tambun disini

Paksa dorang makan dulu sebelum sambung mandi manda. Daripada mengigil, dah jadi huru hara balik, terpaksa saya lepaskan dorang dulu, cuma yang kecik ni dah mula tidur, saya temankan kejap di restoran nyambil pekena kopi Costa.

Dalam ni saya persan ada beberapa vendor machine costa coffee dan sebuah kiosk kopitiam. Ada juga famous amos masa entrance tadi kalai nak layan biskut. Makanan berat boleh beli di Mamak, Cube Cafe, Bikini Cafe kalau korang tak kenyang-kenyang.



Bila dah petang, kami layan balik mandi di pantai dan end-up finishing buant 2-3 round Ravage River sambil layan air mini tsunami ni. Kalau layankan dorang ni, memang tak naik naik ler kan. Paksa dorang naik untuk balik. Nak balik next nak pergi ke tempat lain pula. 


Sebelah bilik persalinan tu ada tandas mandi dan juga surau. Selesa juga cuma janganlah buat port tidur dalam tu. Naya orang nak solat dah tak ada ruang bang. Pi laa tido kat bawah pokok ke mana kan... jangan pentingkan diri yo...

Overall bagi saya SplashMania ni best, saya rate 8/10.

Berikut adalah beberapa tips untuk ke SplashMania:

1. Sila pastikan anak anda mencecah 100cm keatas untuk mendapat full ride dan akses pada mana-mana slide Splashmania. Kurang daripada tu boleh datang, cuma gelungsur best-best tu tak dapat laa naik. Life jacket disediakan untuk semua peringkat kanak-kanak secara percuma.

2. Parking berbumbung agak terhad dan berbayar, biasa mudah penuh. Kalau dah penuh park di open space percuma sahaja. Cuma kena menapak laa sikit. 

3. Buat perbandingan pembelian tiket didalam website Splashmania dan juga mana-mana travel agent seperti Klook untuk mendapatkan diskaun lebih.

4. Makanan dan minuman memang tak boleh bawa masuk walaupun roti kecik macam roti gardenia. Jadi kena beli kat dalam sahaja lagipun harga roti dan air kat dalam murah sahaja sama seperti diluar.

5. Sila bawa baju anak lebih pasal lepas mandi kadang-kadang basah lencun jugak jadinya.

6. Kalau beli makanan combo set akan dapat bersama air besar. Lepas untuk minum 2orang dewasa. Rata-rata harga makanan bermula daripada RM25.00 hingga ke RM100.00 untuk satu hidangan. 

7. Waterproof bag dibenarkan masuk tapi bila nak naik slide kena letak ditempat disediakan. 

8. Bilik air ada dimana saja ada, surau ada 1 iaitu di bilik persalinan  dan klinik emergency berada disebelah entrance.

9. Tempat merokok adalah terhad, tapi ada jangan risau. Rokok tidak dijual didalam Legoland. Sila beli siap-siap. Saya tak merokok.

10. Skateboard, skooter budak dan basikal tidak dibenarkan bawak masuk atas sebab keselamatan. Untuk sewaan juga tak ada, yang ada hanya stroller sahaja. Kecuali Wheelchair yang dibenarkan masuk.

11. Bila cuaca panas, banyakkan anak minum air dan belikan ais krim untuk menyejukkan badan walaupun main air. Jangan pulak suruh anak minum air kolam. Bahaya tu tuan-tuan.

12. Storage untuk menyimpan handbag ada di bahagian changing room. Eloknya simpan didalam storage dan bawa wang untuk pembelian didalam SplashMania. Menjadi kebiasaan ibubapa letak barang dalam stroller anak, dan tak kesemua tempat boleh bawak masuk stroller. Banyaknya kena parking di kawasan yang disediakan. 

13. Pelampung boleh disewa dengan harga RM15 untuk kecil dan RM25 untuk double. Nak bawa pelampung sendiri pun boleh.

This is Awesome guys.

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1