Halab Gate Shawarma, Bukit Bintang Kuala Lumpur

Halab Gate Shawarma, Bukit Bintang Kuala Lumpur

Cuti baru ni kami tak pergi jalan-jalan mana pun memandangkan baru saja balik dari Hard Rock Run Penang 2025. Cuma berkesempatan untuk lepak dengan kawan wife di downtown KL saja.

Pasal nak menuju ke arah KL time cuti tu agak jem, kedai makan pun penuh, maka terlintas idea nak lepak di Bukit Bintang bagi merasakan feel beramai-ramai dalam bandar. Vibes Tokyo katanya kan.

Tapi tak dibafikan, cuti 3 hari tu memang ramai betul orang. Jam 1130pm tu macam 7.00pm time balik kerja. Dorang ni tak reti balik rumah tidoq ke woiii. Tapi benda macam ni bukan hari-hari pun kan, bila lagi nak beramai ramai beronok-ronok kat BB tu... biasa laaa kan

Berbalik pada BB tadi, saya memilih untuk dinner bersama kawan di Halab Gate Shawarma. Saya datang pada jam 07.00pm dan ketika itu tak ramai yang beratur. Tapi kalau malas nak tunggu korang boleh booking dulu dan dorang setting laa tempat duduk. 


Cuma tempat duduk dorang akan hold 15minit sahaja. Tak datang kalu dorang let go pada orang yang beratur. Maka tepatilah masa pasal restoran fullhouse.

Kami pilih untuk lepak kat rooftop, maka dpaat laa view train Monorel dan jalan Sultan Ismail tu. Tak jauh dari sini ada persimpangan BB yang seakan Shibuya Crossing tu yer.



Untuk makanan pula, saya order appetizer Mix Shawarma Plate, Chicken Mandy, Lasagna Beef dengan Lamb Mandy. Topup pula dengan Red Tea Pot. Harga agak pricey sikit kat sini tapi mungkin disebabkan demand dan juga lokasi kedai duk dalam golden triangle BB.




Dapat seat tepi dengan view monorel lalu agak selesa bro... so boleh makan dengan tenang walau ada budak kecik. Dorang duk ralit tengok train dengan bas yang lalu kat bawah. Lepas magrib dorang mula pasang lagu rancak. 

Ada surau kalau nak solat kat sini. Tak perlu nak rushing pergi tempat lain. Cuma tang parking tu korang pikirkanlah sendiri kalau datang kesini. Yang dekat-dekat tu biasa full.  

Overall makanan dia just nice, kalau nak datang makan ramai-ramai makesure buat booking dulu baru tak kaluit

This is awesome gais!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1