Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Switzerland
Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Switzerland
Bagi yang ingin melawat negara Switzerland, memandu kereta bukanlah perkara yang rumit malah ianya menjadikan sebuah pengalaman yang hebat dan awesome!
Walaupun pemanduan mereka adalah pada sebelah kiri, tapi nescaya anda akan biasakan diri selepas memandu lebih kurang 30minit. Tak percaya? Sila bawa sendiri atau melainkan anda memiliki lesen terbang.
Baru ni saya membuat pengembaraan di bumi Swiss dan juga 3 negara lain iaitu France - Germany - Italy. Untuk pengembaraan seperti ini, adalah lebih sesuai untuk memandu berbandng dengan menaiki public transport malah kosnya lebih murah berbanding membeli tiket train dan juga bas.
Disebabkan saya juga membawa orang yang memerlukan private trasporation, maka saya telah menyewa dua jenis kenderaan iaitu multi MPV jenis Mercedes Vito 9 seater dan juga sebuah SUV Renault.
Kali ini saya nak share bersama korang tips untuk menyewa kereta dan tatacara pemanduan ketika di Swiss atau di Eropah. Mungkin tips ini boleh digunapakai pada bandar lain untuk pemanduan pada sebelah kiri dan juga negara European Union.
1. Lesen Memandu Antarabangsa (International Driving Permit - IDP)
Ada setengah orang cakap tak perlu lesen antarabangsa pun, cukup hanya ada lesen kad yang sah. Tapi bagi saya, selangkah anda berada di negara orang, anda wajib akur dengan undang-undang negara yang anda jejaki.
Kebanyakkan rental cars tidak mintak pun IDP, cukup tunjuk lesen kad sah anda. Tapi IDP ini akan digunapakai bila korang berhadapan dengan penguatkuasa seperti polis, pengawal sempadan serta pihak insuran. Gagal tunjuk maka korang kena sama tak kurang EUR100. Darab 5 tau....
Lebih baik dapatkan dan mendaftar dengan JPJ Malaysia untuk mendapatkan Lesen Antarabangsa. Jangan susahkan diri, sila pergi ke JPJ dan bayar RM150.00 untuk tempoh 1 tahun.
2. Pemilihan Kereta dan Kapasiti Penumpang
Kapasiti penumpang perlu diambil kira untuk keselesaan dan juga faktor keselamatan. Di Eropah, pemakaian seat belt wajib sama seperti kita termasuk para penumpang. Jadi kereta perlu cukup ruang untuk sumbat passanger, tak boleh duduk beriba walaupun bayi. Jika ada bayi korang wajib menyewa babyseat / childseat.
Undang-undang dorang, semua babyseat/childseat kena sarung dengan seatbelt. Ibu yang menggendong anak perlu duduk belakang bersama babyseat. Anak-anak yang jenis tak reti duduk diam, wajib pakai seat belt.
Korang boleh cuba kalau nak lepaskan anak duk main-main dalam kereta, tapi harus diingatkan, di Swiss dan Germany ni dorang ada polis yang guna kereta biasa. Tau-tau siren terbukak suruh kereta sahaja sama seperti di UK. Bayar saja laa saman. Nak marah anak pun dah tak guna dah. Melayang CHF100 (RM500)
Selain itu juga, pemilihan kereta juga perlu diambil kira luggage kita yang kompem banyak. Seperti saya menyewa Merc Vito, penumpang yang saya bawa adalah 7orang, akan tetapi disebabkan pengiraan luggage yang banyak, maka saya terpaksa menyewa sebuah SUV hanya untuk membawa luggage sahaja.
Keselesaan penumpang kena kira juga - sama seperti korang jika ada 4 orang penumpang, mungkin kena menyewa SUV untuk 7 seater bagi nak sumbat bag-bag yang besar tu.
3. Online Booking
Saya membuat tempahan sewaan kereta secara online. Ada juga yang jenis suka walk-in. Bagi saya yang tak berapa berduit saya lebih suka online booking kerana harganya sangat ketara bezanya.
Jika anda booking online, pilihan kereta lebih banyak berbanding walk-in yang kebanyakkannya dah ada orang sewa. Malah anda mungkin dapat lebih diskaun dengan membuat sewaan secara online.
Cara pembayaran pula adalah urusniaga matawang negara yang anda menyewa, bayar sahaja dengan menggunakan kad kredit.
Biasanya saya akan menyewa dengan syarikat Sixt, Budgets, ataupun Eurocars. Kesemua rental cars ini memerlukan tempahan menggunakan card credit atas nama pemandu.
Nama pemandu wajib sama dengan kad kredit yang ditempah. Tak boleh guna kad kredit mak ayah untuk booking sewa kereta. Kalau atas nama orang lain, dorang boleh cancel booking anda semasa checkin atau menukarkan nama tempahan pada pemegang kad kredit. Bergantung pada budi bicara syarikat.
Insuran ni memang sensitif bagi saya. Kalau tanya saya, WAJIB ambil yaa pasal dah nama insuran, ianya memang nampak tambah harga tapi dialah yang akan tolong anda nanti kalau kereta accident ataupun kena langgar.
Ramai yang ambil sambil lewa pasal insuran kereta pasal terasa mahal. Mahal dia tu bukanlah sampai beribu, mungkin add-on 200-400 sahaja dari booking kereta. Tapi insuran ini akan cover kerosakkan damage kalau berlaku kemalangan nanti.
Korang jangan ingat repair kereta di Eropah murah macam repair kat Kepong Jinjang bro... Dibuatnya sewa Merc Vito, pecah headlamp kena batu mau kena ganti CHF1200 (RM5600). Itu jam pihak rentalcars charge-kan saja credit card kalau tak ada insruan. Itu baru lampu, belum kira kalau kena sagat besi parking. Mau pergi beribu-ribu Swiss. Lagi mahal kereta sewa, lagi mahal laa korang kena bayar.
Maka play safe, travel safe, ambil sahaja insuran yang hanya tambah RM300-RM500 and you are travel happily ever after.
5. Pemeriksaan Kenderaan Yang Di Sewa
Setiap kali menyewa kereta korang mesti WAJIB untuk menyemak kondisi kereta terutama pada bahagian luaran kenderaan contohnya kesan calar, cat kopak mahupun lengkuk. Benda yang dianggap remeh temeh ini mampu menjadikan kos ribuan ringgit jika anda cuai dan kos baikpulih dikenakan atas anda.
Sebelum menerima kunci pastikan korang tengok dengan teliti keadaan luar kenderaan serta bahagian dalaman. Juga check tayar spare serta alat bantu baik kereta bahagian compartment. Kalau lupa boleh ambil video dan berjalan sekeliling kereta. Mana nak tahu bila nak return kereta, company cakap calar tu korang yang buat.. Tak ker nayakan...
Kalau korang amik full covered insuran, maka tak perlu hirau benda-benda macam ni. Semuanya cover dan tak perlu check dah lepas return kereta.
6. Pemanduan Pada Bahagian Kiri
Di negara Eropah, semua pemanduan adalah pada sebelah kiri melainkan di UK. UK, driving pada sebelah kanan sama seperti di Malaysia ni, jadi mungkin tak rasa ganjil.
Negara Swiss dan negara Eropah lain, lorong slow berada pada bahagian kanan dan laju bahagian kiri. Biasanya kenderaan tak stay pada bahagian laju tu. Bila habis memotong, dorang akan masuk balik. Berbeza dengan kita yang akan stay lane kanan dari KL sampai JB - lane hogger.
Jika korang mempunyai 2 orang pemandu dalam satu pemanduan, korang boleh bergilir-gilir untuk memandu pada jarak yang jauh. Saranan saya, pemanduan maksimum jika travel ke Swiss adalah 4jam sahaja. Ini kerana kita travel tak nak habiskan masa dalam kereta.
Buat plan dan itinerary secara santai untuk ke sesebuah tempat. Dalam pengembaraan saya ini, saya stay di Lucerna, yang mana capaian saya ke Italy, France dan Germany semuanya dibawah 4 jam one way journey. Jadi kita akan masa yang banyak untuk explore tempat lain selain habiskan masa atas jalanraya.
Google Maps adalah maps paling cekap di Swiss dan negara Eropah, Waze boleh simpan, memang tak function pun. Biasakan diri guna Google Maps. Malah kebanyakkan kereta di Eropah dah ada CarPlay yang mana korang boleh sync maps ke display media dashboard kereta.
Jika anda memandu, mohon co-pilot membantu korang juga dalam assist jalanraya. Ini kerana jalanraya di Swiss ada banyak intersection dan juga terowong. Dalam terowong pun masih ada interchange. Maka co-pilot perlu ingatkan driver dan assist driver untuk lalu jalan mana. Kalau dalam google maps, dia akan bagitau code highway/jalanraya mana perlu kita turnover seperti E1, E12, H2301, H3321A gituuu.
7. Isi Minyak
Biasanya kenderaan yang disewa telah diisi minyak penuh oleh syarikat pengendali kereta sewa. Kereta yang disewa mengamalkan sistem tank to tank yang bermaksud, dapat full tank, pulang pun kasi full tank jugak. Jika korang hantar kereta tak isi minyak full tank, depa akan charge 50CHF untuk lebih daripada halftank, 100CHF untuk kurang daripada half tank. 50CHF banyak bro...
Isilah mana-mana minyak selagi ianya Petrol (jika kereta anda petrol) Tak perlu risau Ron 97, 95, 92 atau 88. Ya mereka juga ada Ron88, kami isi aje Ron88, elok aje SUV Alpine tu jalan 3500km, pasal Ron88 adalah minyak paling murah sekitar 1.66CHF
Disebabkan kami juga menyewa Merc Vito, MPV ini menggunakan diesel, maka diesel agak mahal di Swiss iaitu 1.80CHF. Kalau luar bandar tu mungkin sedikit saja murah hanya beza sen-sen sahaja. Full tank untuk Merc Vito ini lebih kurang CHF90.00 (RM450 kaauuu!)
Jika sampai Pump Station, korang kena isi minyak dulu baru bayar. Ya betul, bukak tank, isi berapa banyak korang mahu, dan bayar di kaunter. Diorang kat sini sangat percayakan pelanggan, jadi memang macam tu caranya. Bagaimana kalau tak bayar?
Entahlah, kami tak buat pasal kami taknak masuk balai pasal nak curi minyak harga 50CHF. Tak berbaloi langsung.
Biasanya highway di Swiss ni Petrol Pump dia akan ada convenience shop dan juga cafe. Jarang nak ada RNR macam Plus Highway di Malaysia.
8. Roundabout, Tukar Lane, Parking dan Toll
Perkara ni agak struggle jugak pasal pada awalnya susah dan bila jarang-jarang jumpa roundabout macam ralat jugak. Ini kerana roundabout mereka adalah anti clockwise - pendek kata berlawanan dengan roundabout kita. Co-pliot kena tolong driver time ni, pasal masing-masing akan jadi kelam-kabut sikit jika dah masuk bandar.
Swiss memang banyak roundabout kecik terutama dalam bandar dan pekan-pekan. Jadi untuk masuk roundabout kena tengok belah kiri incoming car. Untuk exit pula jangan tersilap makan jalan orang aaa nanti kena hon panjang.
Masa driving atas highway, nak tukar lane sama bagi signal, cuma korang kena perhatikan lorong mana yang korang nak masuk tu. Elakkan tukar lane tergesa- gesa. Jangan risau terlepas interchange. Swiss highway dia banyak interchange, kalau terlepas korang exit highway dan buat u-turn.
Parking pula hampir kesemua parking di Swiss kena bayar walau depan rumah selagi ada kotak parking warna putih. Tiada yang free di negara ini kecuali buang sampah dalam tong. Cara membayar parking ini boleh menggunakan mesin bayaran parking macam DBKL dulu-dulu tu atau pakai apps TWINT.
Mostly harga untuk bayaran parking di Swiss bermula CHF1 untuk 30minit sahaja. One day boleh cecah CHF15.00. Parking majlis tepi jalan tu perlu bayar sampai malam tau. Free masa jam 12000am sampai 0600am jer.
Masa nak bayar parking tu korang kena tengok nombor kotak parking. Bayar dan paparkan di dashboard. Tak buat macam tu dapat la saman. Tak bayar saman nanti car rentals kereta tolak aje dalam credit card. Mudah bukan?
Sewa kereta di Swiss memerlukan Vignette iaitu Toll Pass. Kalau korang sewa kereta dalam Swiss, Vignette pass ni dah include, kalau korang sewa dari Italy-Germany-France, maka korang perlu beli Vignette pass Swiss ni berharga CHF40 sebelum masuk ke Swiss.
Autria - Harga Vignette Pass adalah EUR12.40 untuk
10hari
Germany - Tiada toll (Awesome!)
France dan Italy - Toll
berdasarkan jarak sama seperti toll di Malaysia. Cara pembayaran dia boleh
bayar menggunakan kad debit ataupun cash.
9. Signboard
Apa yang saya perasan, kebanyakkan kenderaan kereta sewa mempunyai dashpanel yang ada touch screen. Mostly mediaplayer ini ada built-in gps ataupun ada Apple Car / Car Play.
Jadi apabila anda memandu tanpa menggunakan googlemaps, mostly kereta ni dapat detect speedlimit hampir kesemua negara Europe. Yaa betul, saya tak tahu macam mana gps dorang ni detect, bila korang nampak signboard speedlimit 60, maka di dashboard panel akan blinking 60kmh.
Jadi tugas kita sebagai pemandu memang wajib untuk follow speed limit. Di Swiss, speed limit dalam bandar/pekan adalah 60kmh. Highway dia hanya 90kmh dan 110kmh sahaja. Kebanyakkan orang dia pun nampak tak speeding pun. Pengalaman saya pernah kena saman speedtrap dengan kelajuan 98kmh, jalan saya tu 90kmh. Harga saman perlu saya bayar adalah mencecah CHF100 (RM540.00 bro.....)
Tapi ada juga beberapa signboard yang mengelirukan anda pasal tak pernah nampak sebelum ini. Signboard ini kadang kala banyak terdapat didalam bandar atau nak masuk bandar.
Untuk Italy dan France lain pula speed limit dia, di France boleh cecah 130kmh sama seperti Italy manakal Germany pula no speedlimit pada Autobahn.
Antaranya signboard kereta bertindih, maksudnya sila ikut laluan, ada signboard berpalang 4garis, maksudnya patuhi kelajuan sekitar dan bukannya tiada had laju. Paling keliru adalah signboard bulat merah. Rupanya itu adalah signboard kenderaan tidak dibenarkan masuk pada jalan tersebut walapun jalan tersebut besar macam trailer boleh lalu. Demm yaw. Tak pasal kena high beam dengan honk dengan trelar.
Ada juga signboard parking yang dia bagi gambar kereta dan nombor 30-60. Itu bermaksud parking limit adalah 30minit, 60minit atau 90 minit. Lebih daripada tu pun kena saman juga. Nasib lerr bang. Saya pun dapat jugak saman macam ni. Harga dia CHF40 jerrr... (RM250.00 jerrrr)
10. Nombor Kecemasan
Ini juga adalah salah satu perkara yang penting semasa memandu di negara orang kerana tak semua nombor kecemasan menggunakan nombor 999, 911 atau 119. Di negara kesatuan Eropah, jika berlaku kemalangan anda perlu hubungi 112. Tempoh menjawab panggilan kecemasan adalah kurang dari 10saat.
Sila simpan juga nombor telefon syarikat kenderaan penyewa anda dan juga nyatakan jika berlaku kemalangan, bagaimanakah prosedur yang perlu anda laksanakan. Jangan panik, jika amik full insuran berkemungkinan besar anda pun dapat pampasan. Pentingnya insuran brader!
Oleh yang demikian, sila buat kajian dan banyak membaca sebelum mula memandu di Negara Eropha khususnya Switzerland, ianya mudah saja dan sangat best cuma korang perlu banyak patuhi peraturan trafik. Gagal berbuat demikian datang ler saman pada anda.
Kalau tanya saya, saya akan memilih memandu kereta jika ke negara-negara Eropah kerana korang akan dapat singgah pelbagai tempat menarik berbanding dengan menaiki train ataupun bas. Dengan memandu, masa korang lebih flexi dan lebih santai.
Kalau malas semuanya ini, boleh roger saya dan captai saya untuk trip ke Swiss - Austria dan Italy
This is Awesome bro...
Comments