Shangri-La Golden Sands Batu Ferringi Penang
Shangri-La Golden Sands Batu Ferringi Penang
Minggu ni dah masuk cuti sekolah, sebenarnya agak terlewat untuk saya upload posting kali ini. Tapi saya share jugak kalau parents tak tau nak bawa anak pergi mana, ada modal lebih sikit boleh lajak pergi ke Pulau Pinang atau senang dipanggil Penang.
Saja nak habaq mai, birthday anak saya yang lalu saya suka buat short vacay biasanya sabtu ataupun ahad. Setakat gi Penang, lepas subuh terus gerak, 4jam dah sampai dari KL. Terus boleh layan nasi kandar dengan majunya!
Jadi pilihan kali ni kami menginap di Shangri-La Golden Sands Batu Feringgi, memandangkan dapat voucher discount Platinum dari Agoda, so kita redeem dapat 50% lepas checkout. Ngam kan.
Harga bilik bermula RM380-RM700 bergantung pada cuti weekend ataupun public holiday. Jadi kalau booking in short date, memang mahal. Kena rancangan cuti dan jadual anda. Nak murah sikit boleh try hari Jumaat ke.
Apa yang saya nak review hotel ni agak best sama seperti Hard Rock Penang. HR Penang maybe mahal kalau school holiday, tapi Shangri-La murah laa sikit.
Paling best kat hotel ni adalah swimming pool dia. Dia ada 4 swimming pool yang mana anak korang boleh layan dengan happily ever after. Pool dia ni macam mini waterpark. Dont worry pool untuk orang dewasa dengan kedalaman 1.5m pun ada. Kesemua pool ada lifeguard yang bertugas.
Ada waterslide, ada water splash, ada kolam dalam 3 meter untuk diving ke apa tah. Normal depth pool sekitar 1.2m - 1.5m kat sini.
Untuk masuk pool adalah percuma bagi guest hotel. Tak kira berapa orang korang bawak, pakai pakaian renang pastu boleh terjun saja. Tak perlu pakai tag tangan macam Hard Rock tu.
Baca review saya bermalam di Hard Rock Penang disini
Kalau korang tak mandi, korang boleh lepak di cafe sekitar pool ni sementara anak-anak korang mandi tu. Boleh layan makan fries dengan pekena coffee. Order pakai QR Code, dorang sampai dan bayar saja pakai kad sangat senang ye.
Dari segi bilik pula bagi saya agak besar untuk occupied 3 orang (2dewasa & 1kanak-kanak).Kalau amik 2 bed dia datang dengan 2 queen size. Toilet ada bathtub, bilik seaview ada balkoni. Cuma perlu hati-hati pasal banyak monyet sekitar kawasan ini. Jadi jangan bukak cermin balkoni. Kena tutup nanti monyet buat party dalam bilik korang.
Budak kalau bab mandi ni memang kena repeat 2-3 kali laa sebelum pulang. Jadi masa mandi petang tu, saya sempat jalan-jalan sekitar hotel pasal nak amik view sunset. Cuma sunset kali in berada pada belah tepi hotel, bukan kena dengan pantai. Tapi view dia masih cantik dan terpesona.
Korang boleh mandi pantai dengan hotel ni, cuma korang akan berkongsi dengan public area. Ada guard yang jaga pintu kayu untuk masuk ke hotel. Jadi orang awam tak boleh simply masuk terjun kolam kat sini.
Mostly booking datang bersama breakfast. Untuk breakfast bagi saya just nice, yang penting dia ada mesin coffee Illy. Memang favourite kalau nampak breakfast yang ada mesin kopi ni.
Dari segi parking macam tak banyak space, jadi bila malam tu korang kena parking jauh sikit, tapi boleh roger hotel untuk pickup dengan buggy car. Kalau malas keluar jauh-jauh time dinner, boleh cross the road. Ada banyak restoran sekitar sini. Lebih baik jalan kaki saja pasal malam minggu biasanya Batu Ferringi trafik dia agak sibuk.
Overall saya rate hotel ini 10/10. Terbaik dan berbaloi untuk datang kalau keluarga ramai. Jimat sikit untuk layan free waterpark.
Disclaimer : Ini adalah review tak berbayar
This is awesome gais!













Comments